27 April 2011

Tatabahasa Yoda

Saya hendak berkongsi satu info yang saya jumpa semasa "surfing" tentang belajar bahasa jepun. Saya amat tertarik dengan cara dia mengolah tatabahasa jepun supaya senang difahami. Tentu anda pernah dengar nama Yoda atau Master Yoda, karakter di dalam movie Star wars. Saya sering teringat ayat atau quote dari Master yoda di dalam movie tersebut, "Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering." Karakter Yoda ini amat "cute" bagi saya kerana nampak sahaja kecil, tapi Master yoda sebenar nya mentor kepada jedi-jedi di dalam star wars. Bayangkan la kalau jedi sendiri digeruni oleh masyarkat masa tu, apakan lagi mentornya.

Post kali ini bukan nak menceritakan kehebatan Yoda tetapi nak menceritakan tatabahasa yang digunakan oleh Yoda. Kalau anda hendak tahu, karakter Master Yoda sebeanarnya adalah dari inspirasi dari filem jepun, seorang ketua samurai jepun yang bernama Yoda. Dan kalau anda perasan, walaupun Master Yoda bercakap dalam bahasa inggeris, tetapi sebenarnya dia masih lagi menggunakan tatabahasa jepun. Kalau tak perasan, boleh main balik movie star wars dan tengok balik lirik atau skrip master yoda. Kadang-kadang boleh tergelak bila dengar balik skrip dia. Tonggang langgang. Sebenarnya Master Yoda masih lagi bercakap menggunakan tatabahasa jepun, dari versi bahasa inggeris. Menarik kan, jom kita tengok bagaimana tatabahasa Master Yoda ini.

Tatabahasa ini tiada dalam silibus rasmi kementerian pelajaran jepun. Kalau cari pon takkan jumpa. Ianya hanya sekadar perumpamaan dan salah satu cara belajar bahasa jepun yang lebih menarik serta senang di fahami. Mari kita mulakan dengan ayat yang mudah.

Ini ialah bas
Pertamanya, kalau kita hendak sebut "ini adalah bas" di dalam bahasa jepun dengan tatabahasa yang betul, 
Bus: bas
It is: Desu (bunyi -su akan hilang, biasanya disebut dess)

Berbalik kepada Master Yoda, bagaimana dia akan sebut ayat di atas? Master Yoda akan menyebut "bus it is" (bas ini ialah). Nampak tak Master Yoda masih lagi mengunakan tatabahasa jepun walaupun dia bercakap bahasa inggeris. Mari kita bandingkan setiap tatabahasa termasuk tatabahasa Master yoda,

Melayu: Ini ialah bas
English: It is a bus
Master Yoda: bus it is
Japanese: bas desu

Sebenarnya, anda boleh tukar "bas" dengan perkataan yang lain. "Pen desu" (ini ialah pen). "neko desu" (ini ialah kucing). Perbagai kata nama yang anda boleh tukarkan. Ikut sebanyak mana "vocab" yang anda telah kuasai. Macam mana nak tambahkan "vocab"? Cuba di sini.

Tatabahasa ini juga boleh diguna pakai untuk "past", "negative" dan "past negative" seperti dalam bahasa inggeris.
It was = deshita
It is not = ja arimasen
It was not = ja arimasen deshita

Jadi kita boleh tukar sesuka hati kata nama yang kita hendak gunakan dan jadikan ayat,
English: It was a bus
Master Yoda: Bus it was
Japanese: Bas deshita

English: It is not water
Master Yoda: Water it is not
Japanase: Mizu ja arimasen

English: It was not Syaido
Master Yoda: Syaido it was not
Japanese: Syaido san ja arimasen deshita

Senangkan tatabahasa jepun untuk kali ini. Mulakan dengan ayat yang mudah seperti tatabahasa di atas. Kalau dulu semasa belajar bahasa jepun, habis semua benda saya cuba. Pantang nampak benda, saya akan cakap "jam desu", "pensel desu", "pemadam desu". Jangan risau untuk mencampur aduk kan bahasa melayu dengan bahasa jepun. Kuasai tatabahasa ini dahulu baru pikirkan vocab kata nama di atas. Sudah "power" sedikit, baru cuba "tokei desu", "enpitsu desu", Kesigomu desu".

Kalau lupa juga atau keliru, ingat balik Master Yoda yang "cute" dan seksi tu. Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Tatabahasa asas bahasa jepun. Boleh juga nak panggil tatabahasa Yoda. Selamat mencuba dan sampai sampaikan kat orang lain.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites