Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

Showing posts with label Belajar secara Online. Show all posts
Showing posts with label Belajar secara Online. Show all posts

01 February 2012

cara menyebut は dalam ayat - oleh Shiori Sensei

Terima kasih diucapkan kepada Shiori Sensei kerana meneruskan usaha murni beliau membuat video yang menarik dalam belajar bahasa jepun. Sejak saya mengikuti perkembangan video beliau, terasa seronok dan teruja menanti video-video terbarunya.

Topic kali ini, Shiori sensei mengajar kita cara membaca は (ha) dan わ (wa). Kepada yang baru dalam belajar bahasa jepun mungkin akan keliru penggunaan は dalam bahasa jepun. Terutama yang belajar bahasa jepun dengan menggunakan hurup romaji. Mungkin anda belum lagi jelas setakat ini. Saya bagi contoh yang mudah.

Jika saya menyebut
"watashi no namae wa Syaido desu",
 jika disuruh menulisnya di dalam bentuk hiragana, munkin anda akan menulis
"わたしのなまえシャイドです"
Sebab dalam jadual hiragana dan katagaa, sebutan wa ditulis sebagai わ. Tetapi untuk kali ini, sebenarnya jawapan yang betul adalah は.  Itu yang cuba disampaikan dalam video Shiori sensei. Kalau  nak tahu lebih lanjut, layan dulu video ini. Kalau tidak paham boleh tanya di bahagian komen di bawah.

ha wa


Shiori sensei juga ada mengajar tatabahasa ~は~です。(~ wa ~ desu). Bila sudah bersedia nak masuk tatabahasa nanti, kita bincang kembalik topic ini.

31 January 2012

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 3]

Cute kan Shiori sensei punya "chon chon".
sonant 1


sonant 1


Half sonant


Diphthong

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 2]

ha hi fu he ho


ma mi mu me mo


ya yu yo


ra ri ru re ro


wa wo n

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 1]

Terima kasih kepada Shiori sensei kerana sudi berkongsi video yang menarik ini. Saya tertarik dengan gaya dan cara Shiori sensei mengajar. Cara yang sama patut dipraktikkan semasa kita belajar. Tulis hiragana/katagana atau kanji, membaca apa yang ditulis dan akhir sekali, ulangi sampai kita hafal. Dan cara terakhir, mengajarnya kepada orang lain (cara yang paling berkesan) seperti yang telah saya bincangkan dalam post yang terdahulu. Kalau sudah lupa, boleh rujuk di sini.

Saya kongsikan antara koleksi Shiori sensei mengajar asas bahasa jepun.
 aiueo


ka ki ku ke ko


sa shi su se so


ta chi tsu te to

21 January 2012

KC Lab Hands-On Project

Hari ini MBBJ terjumpa satu lagi website yang menarik untuk dikongsikan kepada pengunjung blog ini. Website ini adalah sebahagian daripada projek “Kids Creative Lab.” , yang menyediakan medium interaksi yang menyeronokkan antara ibu bapa dan kanak kanak. Projek ini menyokong ibu bapa yang ingin memberikan pendedahan awal kepada anak-anak mereka dengan kaedah "bermain sambil belajar".

Mungkin anda boleh menggunakan website ini untuk belajar bahasa jepun. Website ini; KC Lab Hands-On Project menarik perhatian MBBJ kerana banyak bahan rujukan yang boleh di muat turun secara percuma. Anda boleh muat turun file pdf yang ada di dalam website ini dan jadikan sebagai latihan harian anda. Amat sesuai kepada yang masih baru dalam belajar bahasa jepun. Gambar-gambar yang digunakan di dalam latihan ini juga menarik dan kawai.

Selain daripada belajar bahasa jepun, anda juga boleh cuba permainan kanak-kanak yang disediakan. Kepada yang mempunyai anak kecik, tak salah kalau nak mencubanya. Anda boleh cuba dulu website ini dan boleh tinggalkan komen di bahagian bawah.



MBBJ Online Resource


Antara bahan yang MBBJ telah kongsikan untuk belajar bahasa jepun secara online. MBBJ akan cuba kemaskini dari masa ke semasa. Rajin-rajinlah tengok kat PAGE ini untuk bahan yang terkini. Kalau tak perasan, ada di sebelah kanan atas blog MBBJ. Di atas logo MBBJ. Selamat mencuba!!


04 November 2011

Erin Challange - Nihongo Dekimasu

Hari ini terjumpa satu website menarik dan saya ingin kongsikan bersama pembaca blog ini. Apa yang menarik bagi saya adalah pendekatannya untuk belajar bahasa jepun sambil menonton situasi sebenar. Macam tengok drama jepun tetapi informasi yang padat dan penerangan yang jelas tentang tatabahasa jepun. Dalam drama ini, Erin membawa watak utama, datang untuk belajar di sekolah tinggi jepun, di mana dia membuat kawan dengan rakan sekelasnya. Dia bersosial dengan rakan-rakannya dan belajar cara hidup di Jepun.


Anda boleh menonton video-video pendek yang ada di dalam website ini sambil melihat terjemahan (kanji, hiragana, katagana dan bahasa inggeris). Selain daripada itu, anda boleh mempelajari cara perbualan harian mereka, di dalam waktu yang sama menghayati sepintas lalu kehidupan masyarakat jepun di sekolah. Terdapat 25 episod yang anda boleh tontoni di dalam website ini. Anda boleh juga tengok di Youtube. Hanya gunakan keyword, Erin Challenge ataupon Nihongo Dekimasu.


Setiap epidod juga akan disertakan latihan, skrip dan drama versi mangga, yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua. Selamat melayari website tersebut dan selamat menonton!!

Website: https://www.erin.ne.jp/en/

23 April 2011

Belajar Bahasa Jepun secara Online - AJALT

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi website yang menarik untuk anda cuba. Saya belek-belek website ini dan saya rasa ianya amat menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang ingin belajar bahasa jepun. Jom kita lihat apa yang ada dalam website ini.

Pertamanya saya nampak website ini berguna untuk anda yang ingin belajar asas kepada perbualan, perbendaharaan (vocab), membaca, tatabahasa dan banyak lagi. Terdapat juga perbualan dan  pembacaan untuk yang sudah menguasai bahasa jepun tetapi ingin untuk mempertajamkan lagi kemahirannya.

Saya amat tertarik pada beberapa bahagian di dalam website ini. Antaranya:

Survival Japanese
Di sini akan dapati beberapa perbualan atau dialog yang amat berguna untuk anda terus hidup (survive) jika anda dicampakkan ke negara jepun. Anda boleh terus gunakan tatabahasa, perbendaharaan dan perbualan yang ada di dalam bahagian ini. Jadikan bahan di dalam website ini sebagai persediaan bagi anda sebelum pergi ke Jepun. Pengalaman saya, ramai yang bertanya kepada saya, apa yang perlu di hafal sebelum pergi ke jepun. Kadang kala yang bertanya adalah pekerja yang di hantar ke jepun untuk menjalani latihan atau urusan kerja. Jadi, bahagian ini adalah yang paling sesuai untuk jawapan kepada pertanyaan tersebut.

Real World Japanese
Di sini anda boleh dapati perbualan harian yang boleh dipraktikkan. Anda boleh pilih mengikut situasi / senario yang berbeza dan tingkatkan "level of difficulty" mengikut selera anda. Di sini anda akan belajar kepelbagaian untuk menggunakan bahasa jepun. Dari ayat yang mudah sampai ke ayat yang lebih rumit (dalam konteks jepun, ayat yang sopan). Jika anda ingin berlatih "listening", anda boleh OFF kan tulisan dan anda akan hanya dengar perbualan sahaja.

Bahan yang ada disini adalah untuk melengkapkan isi buku "Japanese For Busy People". Anda boleh belajar cara membaca angka, masa dan tarikh kalendar. Anda juga boleh belajar kata kerja dan kata sifat yang asas di sini.



Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh dapati dari website ini. Hanya 3 contoh sahaja yang saya ceritakan di atas. Yang lain anda boleh layari sendiri. Bahan-bahan yang terdapat di dalam website ini adalah sebenarnya dicipta oleh AJALT, Association For Japanese Language Teaching. Banyak bahan rujukan yang telah dikeluarkan oleh AJALT, anda boleh rujuk di sini. Antara yang sering kita nampak "Japanese for Busy People Series". Buku ini sering di rujuk oleh tenaga pengajar bahasa jepun.

Anda berminat nak dapatkan buku ini? Meh saya kongsi sementara boleh kongsi. Tapi ingat jangan gunakan buku ini untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Tanamkan dalam niat masing-masing yang buku ini hanya untuk tujuan pembelajaran. Cuba dahulu "Japanese For Busy People I", jika ada permintaan yang tinggi, saya akan pikirkan bagaimana nak kongsi dengan anda buku-buku rujukan yang baik ini.

Macam biasa, selamat mencuba!!!

UPDATE: website; http://www.ajalt.org/e/online/online.html

20 April 2011

Belajar Bahasa Jepun secara Online - uPal

Laman web yang membantu anda dalam belajar bahasa jepun. Kalau anda cuba layari web tersebut, ada boleh dapati ianya ada penterjemahan dan kamus dan boleh berlatih kanji, hiragana dan katagana melalui audio dan kuiz di dalam laman web tersebut. Yang menariknya dalam web ini, anda boleh mengunakan mouse untuk menulis kanji dan mengetahui maksud dan bagaimana untuk menyebutnya. Anda juga boleh cuba kuiz yang disediakan untuk berlatih hiragana, katagana dan kanji. Jika anda klik Menu "podcast" di sebelah atas laman tersebut, anda boleh melihat animasi yang menunjukkan bagaimana kanji di cipta.

14 April 2011

Belajar hiragana & katagana secara online Part I

Sudah agak lama saya tidak buat kelas bahasa jepun. Terasa rindu nak bercakap dalam bahasa jepun. Kalau dulu saya ada jugak membuat kelas bahasa jepun untuk berkongsi dengan sesiapa berminat untuk belajar bahasa jepun. Selain itu, kelas bahasa jepun yang saya buat jugak memberikan peluang kepada saya untuk refresh balik kanji-kanji dan bumpo yang dalam lama terkaram dalam otak saya. Kalau berkesempatan, mungkin saya akan adakan balik kelas bahasa jepun percuma saya ini. Itupon kalau ada sambutan yang mengalakkan. Kita tunggu sahaja.

Kali ini saya bukan nak mengajar bahasa jepun, bukan tak nak mengajar tetapi dengan masa yang cemburu dengan saya, tak sempat nak buat post khas untuk memulakan kelas saya secara online. Saya mahu berkongsi dengan anda sumber-sumber dari internet yang boleh anda cuba untuk belajar bahasa jepun. Jika anda search di internet, anda mungkin terjumpa website-website yang bagus untuk memulakan perjalanan untuk belajar bahasa jepun. Saya hanya hendak berkongsi antara website yang saya selalu lawati untuk belajar bahasa jepun.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites