02 May 2011

Stay hungry, stay foolish

Seperti tahun-tahun yang lepas, sebelum tamatnya kelas untuk setiap semester, saya akan terpikir tentang apa yang hendak saya sampaikan kepada pendengar-pendengar setia kelas saya sebagai kononnya nasihat terakhir dari saya. Saya cuba untuk mengingatkan kembali apa yang telah saya sampai kan pada tahun-tahun sebelum ini. Malangnya tak berjaya nak keluarkan apa-apa. Nampak sangat 'long term memory' lemah hehehe.

Pada sem ni saya ambik petikan dari ucapan Steve Jobs semasa konvokesyen Stanford University, 12 Jun 2005. Ucapan oleh beliau yang agak panjang yang menceritakan kisah hidup Steve Jobs sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Cerita yang menarik untuk diteladani dan dicontohi. Dalam ucapan beliau, dia menceritakan bagaimana dia menggunakan peluang yang ada dihadapannya dan bagaimana dia meletakkan 100% fokus dan 'passion' dalam melakukan sesuatu. Dalam ucapannya juga, dia berkongsi pengalamannya apabila mengetahui yang dia mempunyai kanser. Tatkala dia mengetahui yang dia mempunyai kanser, dia merasakan yang ajal akan menjemputnya tidak lama lagi. Tetapi perasaan yang hebat untuk menghadapinya ditukarkan dengan satu "kuasa" untuk meneruskan hidupnya. Dia menjadi lebih semangat untuk membuat sesuatu yang dia inginkan. "Kuasa" yang menolaknya untuk terus kehadapan.

Di saat saya mendengar ucapan beliau, terdetik di hati saya, memang manusia akan melakukan sesuatu dengan sepenuh hati bila dia tahu bila dia akan mati. Dalam keadaan 'terdesak', manusia akan sanggup melakukan apa apa sahaja. Tak heran, banyak pakar motivasi yang mengatakan, jika anda mahu melakukan sesuatu dengan 110% tenaga dari diri anda, pikirkan yang anda akan mati pada keesokkan hari. Bila dipikirkan balik, memang ada manusia yang berjaya menyelesaikan sesuatu kerja selepas di desak. Alasan mereka, dalam keadaan terdesak ini baru mereka berjaya mengeluarkan idea dan fikiran yang bernas. Mereka-mereka ini saya suka labelkan sebagai 'last minute person'.

Sumber gambar: www.magneticfotostudio.com
Berbalik pada ucapan Steven Jobs, dia juga menceritakan bagaimana dia telah gagal dalam membuat sesuatu dan menjadikan kegagalan itu sebagai 'feedback' untuk memperbaiki perjalanan hidupnya. Itulah antara intipati ucapan beliau. Tetapi yang saya mahu 'highlight kan disini, di akhir ucapannya dia ada memetik satu ayat dari majalah The Whole Earth Catalog edisi terakhir; 'Stay hungry, Stay foolish'. Ayat yang pada mulanya membuatkan saya termenung dan berfikir. Setelah seminit dua berfikir, baru saya dapat tangkap apa yang dimaksudkan dalam petikan tersebut. Pada saya, ayat tersebut lebih kepada konteks kehidupan seharian kita. Kehidupan adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Jika kita jatuh, kita belajar untuk bangun kembali, jika kita jalan setapak, kita belajar untuk tapak yang seterusnya, dan waktu tidur pun sebenarnya kita sedang belajar. Dalam proses pembelajaran ini, semangat dan keinginan untuk terus belajar harus di tanam. Semangat dahagakan ilmu, 'lapar' untuk mendapatkan sesuatu, memberikan satu 'kuasa' dalam proses pembelajaran ini.

 'Stay foolish' pula bagi saya memberikan dua maksud disebaliknya. 'Stay foolish' bukan bermaksud yang kita harus sentiasa bodoh setiap masa tetapi ianya satu cabaran kepada kita untuk memperbaiki diri dan terus untuk menimba ilmu. Jarang kita dengar orang yang bodoh akan senang berada di dalam zon bodoh meraka. Bila mengetahui dirinya bodoh, seseorang akan bertindak untuk memperbaiki dirinya dan keluar dari zon bodoh mereka itu. Orang yang bodoh sahaja yang akan terus bodoh. Orang yang bijak akan perbaiki kebodohannya.

Maksud yang kedua yang saya dapat tafsirkan, sentiasa membuat keputusan yang kurang bijak. Kalau dilihat maksud 'foolish' dalam kamus DBP, salah satu maksudnya, kurang bijak. Kenapa kita kadang kala membuat keputusan yang kurang bijak? Bagi saya, keputusan yang kurang bijak ini akan menghasilkan kegagalan. Kegagalan ini sebenarnya yang mengajar kita bagaimana untuk berjaya. Seperti di dalam salah satu buku Robert Kiyosaki (Penulis buku bestseller Rich Dad Poor Dad series), 'Success is a poor teacher'. Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh. Mungkin ada yang kata, kejayaan juga boleh mengajar kita untuk terus kehadapan. Saya tidak nafikan. Tetapi mengikut pemerhatian Adam Khoo (Penulis bestseller Master Your Mind, Design Your Destiny), orang yang berjaya akan terus berjaya jika dia memiliki sesuatu, iaitu 'passion' dan minat yang kuat terhadap sesuatu. Tambahan, Anthony Robbins ( Penulis bestseller Unlimited Power) menyatakan untuk terus berjaya, seseorang itu perlu gagal dahulu, dan meletakkan 'the right emotional' terhadap feedback dari kegagalan tersebut.

Saya tak nak berceloteh panjang pasal bagaimana mahu berjaya, cuma saya ingin sampaikan bagaimana saya melihat 4 perkataan dari ayat atas. 'Stay hungry, stay foolish'. Mungkin banyak lagi maksud yang tersirat dalam ayat tersebut. Mungkin anda akan keluar dengan pelbagai tafsiran dari ayat tersebut. Apa yang penting, kita bertindak apa yang kita takfsirkan. 'The power of NOW'. hehe Mungkin anda boleh berkongsi tafsiran anda di bahagian komen. Bagaimana anda melihat ayat 'Stay hungry, stay foolish' tersebut. Kalau nak berkongsi pengalaman dan cerita pon boleh. Kepada yang ingin mendengar ucapan dari Steven Jobs, boleh la lihat di video di bawah. Selamat bertindak!!!


PS: sebenarnya sudah lama post ini berada dekat 'draft' di dashboard. Tak tertekan button 'publish'. Ingat nak tambah lagi, tapi takpa laa..cerita-cerita bagaimana mahu berjaya saya cerita kat entry lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites