Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

Showing posts with label Peribahasa. Show all posts
Showing posts with label Peribahasa. Show all posts

21 June 2013

Better a good enemy than a bad friend

MBBJ terjumpa ayat yang sedap didengari dan mempunyai maksud yang mendalam. MBBJ kongsikan untuk post kali ini walaupon sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Sorry ye kawan2!!!




"Better a good enemy than a bad friend"
悪い友よりも、良い敵のほうが、はるかにましである
Warui tomo yori mo, yoi teki no hou ga, haruka ni mashidearu

01 October 2012

Kotowaza: Narau yori nareru (習うより慣れる)

Post kali ini MBBJ nak kongsikan satu lagi simpulan bahsasa yang mudah tapi memberikan maksud yang mendalam. Simpulan bahasa ini memang amat relevan kepada yang akan atau sedang belajar bahasa jepun. Simpulan bahasa tersebut adalah:

習うより慣れる (Narau yori nareru)

Jika diterjamah secara literal atau secara langsung

習う - belajar, より - lebih baik daripada, 慣れる - membiasakan diri

Dengan mengambil kira struktur ayat atau tatabahasa jepun, simpulan bahasa di atas MBBJ terjemahkan sebagai

"membiasakan diri adalah lebih baik daripada hanya belajar "

Jika simpulan bahasa di atas di ambil kira dalam konteks pembelajaran bahasa jepun, ianya menekankan maksud membiasakan diri dengan bahasa jepun adalah lebih baik daripada hanya mempelajarinya semata-mata. MBBJ amat bersetuju dengan konteks ini kerana MBBJ berpendapat, pembelajaran bahasa jepun adalah lebih pantas dan berkesan jika kita membiasakan diri dengan bahasa jepun. Berbanding kita belajar bahasa jepun secara terus dari buku teks atau rujukan tatabahasa jepun sahaja.

Kadang kala, seperi pembelajaran bahasa jepun, tidak cukup dengan hanya kita focus kepada tatabahasa yang ada dan menghafal tanpa mempraktikkannya di dalam aktiviti seharian. Bukan hanya untuk bahasa jepun sahaja, tetapi juga kepada bahasa-bahasa yang lain. Yang mana melibatkan "language learning".  Walau bagaimana pon MBBJ tidak nafikan penghafalan adalah amat penting di peringkat awal pembelajaran bahasa jepun.

Pada perspektif yang lain, simpulan bahasa jepun di atas juga lebih kurang bermaksud "Practice make perfect". Seperti yang MBBJ telah nyatakan di atas, untuk menguasai sesuatu bahasa yang baru, kita perlu selalu mempraktikkannya supaya kita terbiasa dengan struktur dan tatabahasa yang kita pelajari.  Nasihat MBBJ, jangan terlalu focus untuk menguasai tatabahasa jepun tanpa mempraktikkannya. Tidak cukup dengan hanya kita menguasai tatabahasa jepun secara penghafalan, cuba praktikkan di dalam aktiviti seharian dan banyakkan membuat latihan. Uji diri sendiri dengan latihan di dalam buku dan latihan di "luar" buku.
 Kalau boleh, cuba untuk menggunakan bahasa jepun selalu. Kalau yang tidak boleh focus atau ada gangguan dari luar, boleh rujuk tips yang MBBJ pernah kongsikan dulu. Tampal di pintu bilik masing-masing. MBBJ post balik linknya di sini...hehehe


Sore jya...

31 October 2011

Kotowaza: Malang tidak berbau

Saya tertarik dengan simpulan bahasa (kotowaza) dalam bahasa jepun yang saya terjumpa di dalam nota dan saya ingin kongsikan bersama pada post pada kali ini. Seperti dalam bahasa melayu, masyarakat jepun juga kaya dengan simpulan bahasanya sendiri. Dengan mengetahui simpulan bahasa yang terdapat dalam budaya sesuatu masyarakat, kita dapat belajar dan menguasai budaya mereka dan bertutur dalam gaya yang lebih "original".

Kenapa saya kata "original", ini kerana masyarakat jepun percaya yang orang luar kurang mengambil berat tentang kepentingan budi bahasa dalam bertutur. Apabila kita menggunakan simpulan bahasa jepun ketika bercakap, kita seakan akan telah memahami budaya mereka dan mewujudkan bon emosi yang membawa kita lebih dekat dengan budaya mereka. Penggunaan simpulan bahasa jepun dalam konteks yang sesuai akan memeranjatkan mereka dan menyebabkan mereka lebih gembira untuk berkomunikasi dengan kita.

Mari kita lihat salah satu contoh simpulan bahasa jepun.

花に嵐 (Hana ni Arashi)

Jika diterjemahkan secara literal, mungkin sukar untuk memahami maksud simpulan bahasa di atas. Saya terjemahkan simpulana bahasa di atas sebagai

Berbunga waktu ribut
(Kehidupan kadangkala membawa nasib malang di saat bahagia)

Sebenarnya simpulan bahasa ini adalah versi pendek untuk "tsuki ni murukumo, hana ni arashi", yang secara literal diterjemahkan, "bulan disebalik awan, berbunga waktu ribut". Di dalam kehidupan seharian, kadang kala kita ditimpa nasib malang walaupun di saat atau waktu bahagia.

Untuk lebih jelas lagi, saya bagi contoh penggunaan simpulan bahasa di atas.

A:  Kekkon shite isshuukan de kyuuni goshujin ga nyuuin to wa okinodoku nee.
B:  Shiawase ippai no tokoro ni zannen nee. Demo maa "hana ni arashi" to yuu kurai da kara, kooyuu koto mo unmei deshikata ga nai wa ne.

A:結婚して一週間で急に御主人が入院とわお気の毒ねえ。
B: 幸せいっぱいのところに残念ねえ。でもまあ「花に嵐」と言うくらいだから、こういうことも運命で仕方がないわね。

A:  Kesian, baru sahaja kahwin seminggu, suaminya dimasukkan ke hospital.
B:  Kesian, di saat bahagia mereka. Tetapi sebagaimana orang kata, "kehidupan kadangkala membawa nasib malang di saat bahagia". Sudah nasib. Kita tidak boleh buat apa apa.

Harap terjemahan saya dapat membantu untuk memahami simpulan bahasa di atas, di samping contoh untuk menperjelaskan lagi penggunaanya. Kalau dalam bahasa melayu, yang paling dekat, simpulan bahasa "Malang tidak berbau". Walaupun mempunyai maksud yang hampir sama, mungkin perbezaan budaya menyebabkan kedua-duanya simpulan bahasa ini di tulis secara berbeza.

Saya tidak la pakar dalam bahasa, mungkin rakan rakan lain boleh membantu untuk menyedapkan terjemahan saya ini. Yang penting maksud simpulan bahasa ini sampai.


Nanti saya kongsikan lagi kotowaza yang lain ye...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites