26 November 2011

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi satu tool yang selalu saya gunakan untuk membaca artikel atau website berbahasa jepun. Pengalaman saya ketika membaca artikel-artikel ini, kadangkala keseronokkan saya membaca terbantut apabila terjumpa kanji atau perkataan yang tiada dalam vocab saya. Dan kebiasaannya, saya terpaksa membuka kamus elektronik (kepada siapa yang ada la) ataupon Ctrl c dan Ctrl v (Copy and Paste) dekat kamus online yang ada dalam website-website seperti google translate, alc.co.jp etc. Ada masa tertentu juga, sudah malas nak asyik copy and paste, saya terus gunakan google translate untuk menterjemahkan keselurahan artikel yang sedang saya baca. Memang senang tetapi matlamat atau tujuan untuk belajar bahsasa jepun dengan membaca artikel berbahasa jepun sudah tersasar.

Memang banyak laman laman web yang menyediakan servis untuk menterjemah dari bahasa jepun ke bahasa yang lain. Tetapi secara pratikalnya, agak menyusahkan kerana kita perlu "copy and paste" satu persatu perkataan yang kita ingin terjemahkan. Tetapi dengan adanya tool yang saya ingin kongsiikan ini, anda tidak perlu lagi lakukan seperti di atas. Apa yang anda perlukan, hanya dengan membawa "pointer" mouse anda ke perkataan yang kita inginkan dan "tool" ini akan terus memaparkan terjemahan perkataan tadi. "Tool" yang saya maksudkan ialah Rikaichan.

Jom saya kongsikan bagaimana nak install tool Rikaichan ini. Langkah-langkah di bawah adalah cara untuk install Rikaichan untuk Firefox dan Rikaikun untuk Chrome.

Mozilla Firefox: Rikaichan
1.  Dapatkan Firefox Add-ons Rikaichan daripada laman Firefox add-ons gallery. Anda boleh search "Rikaichan" di bahagian search di laman tersebut atau terus klik "add-on Rikaichan yang telah saya linkkan.

2.  Seterusnya,klik "Add to Firefox" dan Firefox akan meminta kebenaran untuk install add-on tersebut. Tak payah risau, ianya selamat dan teruskan sahaja dengan "Allow". Firefox akan mendownload add-on tersebut.

3.  Setelah selesai, pilih "Install now"

4.  Kemudian anda perlu "restart" browser firefox anda setelah selesai install rikaichan. Sekarang anda perlu pula mendownload dictionary untuk kegunaan rikaichan ini. Anda boleh dapatkan dictionary tersebut di rikaichan developer site.

5.  Sekali lagi Firefox akan meminta kebenaran untuk install dictionary tersebut. Ulangi langkah seperti di atas.

6.  Tahniah anda telah berjaya memiliki Rikaichan dalam browser Firefox anda. Untuk menguji keberkesanan Rikaichan, anda boleh bukan mana-mana laman berbahasa jepun. Ataupon pergi post saya yang sebelum ini yang bertajuk ネコがネズミを追いかける訳.

7.  Untuk Mengaktifkan Rikaichan, anda hanya perlu "right-click" dan pilih Rikaichan. Atau anda juga boleh aktifkan dengan menekan butang bulat disebelah kanan bawah browser anda. Butang tersebut akan padan jika rikaichan dalam keadaan OFF dan menyala jika ON.

8.  Untuk menyahaktifkan rikaichan, "right-click" dan pilih sekali lagi rikaichan. Atau tekan butang

Google Chrome: Rikaikun
1.  Buka google chrome browser dan pilih "Apps". Pergi ke Chrome Web Store dan search Rikaikun. Ataupun boleh saja klik di sini. Rikaikun Google Chrome extension.

2.  Klik "Add to Chrome" dan google chrome juga akan meminta kebenaran untuk install. Pilih sahaja install.

3.  Setelah install, anda akan dapati icon Rikaikun akan berada di bahagian atas kanan browser. Klik untuk ON dan untuk OFF, klik sekali lagi icon tersebut.


Sekarang anda boleh gunakan Rikaichan atau Rikaikun untuk membantu anda dalam membaca artikel bahasa jepun di browser masing-masing. Tidak perlu lagi "copy and paste". Setelah mahir menggunakan tool ini, anda boleh tukar setting rikaichan anda seperti di bawah. Sebagai contoh, semasa paparan terjemahan keluar, anda boleh menukar dictionary anda dengan menekan butang nombor 1-9 keyboard anda jika anda ada install dictionary-dictionary yang lain.

Janji telah ditunaikan dan semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!!!

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites