Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

Showing posts with label hiragana katagana kanji. Show all posts
Showing posts with label hiragana katagana kanji. Show all posts

10 October 2012

Kanji Tahun 2011 - Kizuna (絆)

MBBJ lupa nak kongsikan tentang kanji yang semalam MBB pos di Pages Facebook. Kalau nak tahu, sebenarnya kanji 絆(きずな)tu adalah kanji untuk tahun 2011 atau kebiasaannya dipanggil "Kanji of the Year" untuk tahun 2011. Kalau dalam bahasa jepun dipanggil 今年の漢字. Kanji tahunan ini adalah kanji yang dipilih oleh orang awam melalui  pengundian yang di buat oleh JKATF (Japan Kanji Aptitude Testing Foundation). Kanji yang dipilih akan mewakili peristiwa atau tema yang sesuai untuk tahun itu. Setiap tahun pengumuman kanji yang terpilih akan dibuat di sebuah kuil Kiyomizu-dera di Kyoto, dimana ketua sami budhha di sana akan menulis kanji tersebut di atas sekeping kertas yang besar untuk paparan umum.

MBBJ masih ingat masa berada di sana dulu, banyak rancangan tv jepun pada waktu itu akan melansungkan secara "Live" majlis tersebut. Apa yang menariknya, saat-saat debaran menunggu sami buddha menyiapkan tulisan kanji di atas kepingan kertas tersebut. Setiap coretan kanji akan di ulas oleh pengacara tv, meneka kanji yang akan terpilih dan di akhiri dengan "aaaaaaaa" selepas ketua sami siap menulisnya.
Berbalik kepada kanji untuk tahun 2011, kanji tersebut di pilih berdasarkan tragedi gempa bumi yang berlaku di jepun pada tahun itu. Bencana alam yang mengemparkan seluruh dunia dan mengherot masyarakat jepun untuk hidup diselubungi kesusahan dan kesedihan. Tsunami yang merempuh pantai utara-timur jepun pada 11 Mac, membunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan kerosakan yang teruk di bahagian yang dilanda tsunami. Akan tetapi, tsunami yang datang tidak dapat membunuh semangat orang jepun dan sikap tabah; keazaman mereka untuk menarik perhatian antarabangsa bersama-sama untuk mengharungi dugaan tersebut.

Rakyat jepun membuka mata antarabangsa dengan memaparkan semangat kerjasama dan bagaimana ikatan yang terjalin di antara satu sama lain. Kanji kizuna yang dipilih amat tepat untuk menyimpulkan ikatan silatulrahim atau "bond of friendship" yang ada pada waktu itu. Rakyat jepun mencari semula kepentingan ikatan tersebut untuk bangun semula selepas tragedi tsunami 2011.

Selain daripada itu, MBBJ juga dapat maklumat yang kanji kizuna terpilih atas sebab kemenangan skuad bola sepak wanita jepun di  FIFA Women's World Cup 2011. Mungkin kemenangan yang diperolehi adalah hasil keyakinan dan semangat kerja berpasukan di kalangan pemainnya.

Untuk melihat kanji-kanji lain untuk tahun sebelumnya, boleh lihat di laman Wikipedia.



31 January 2012

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 3]

Cute kan Shiori sensei punya "chon chon".
sonant 1


sonant 1


Half sonant


Diphthong

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 2]

ha hi fu he ho


ma mi mu me mo


ya yu yo


ra ri ru re ro


wa wo n

Asas bahasa jepun oleh Shiori Sensei [Part 1]

Terima kasih kepada Shiori sensei kerana sudi berkongsi video yang menarik ini. Saya tertarik dengan gaya dan cara Shiori sensei mengajar. Cara yang sama patut dipraktikkan semasa kita belajar. Tulis hiragana/katagana atau kanji, membaca apa yang ditulis dan akhir sekali, ulangi sampai kita hafal. Dan cara terakhir, mengajarnya kepada orang lain (cara yang paling berkesan) seperti yang telah saya bincangkan dalam post yang terdahulu. Kalau sudah lupa, boleh rujuk di sini.

Saya kongsikan antara koleksi Shiori sensei mengajar asas bahasa jepun.
 aiueo


ka ki ku ke ko


sa shi su se so


ta chi tsu te to

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites