Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

27 February 2012

Win Malaysia's 1st 4G Internet Car


Want to win the one-of-a-kind 4G powered PROTON and other amazing prizes? Join the Facebook contest today! Hurry! Contest ends on 27th March 2012.




meh tolong saya..just clik "Join Now" dekat saya punya my profile....Be a part of my entourage and help me win Malaysia’s 1st 4G Internet car!

Details: http://www.yes.my/v2/proton.do

01 February 2012

Link content telah dikemaskini.

Saya lupa nak bagi tahu yang link content ONLINE DICTIONARY, HEALTH dan NEWS telah saya updatekan dengan link-link yang biasa saya guna. Kalau nak tengok link-link apa yang ada, bolehlah cuba-cuba link tersebut. Content yang lain saya akan update dari semasa ke semasa.

Antara koleksi online dictionary saya. Dari bahasa jepun sampai lah ke bahasa melayu. "Other" itu saya letakkan google translate sebab sekarang saya tidak boleh hidup tanpa google translate. hehe

Saya ini pengemar mencari informasi tentang kesihatan. Minat dalam bidang perubatan menyebabkan saya sering melayari web-web tersebut. Termasuklah infomasi tentang gadget di dalam bidang perubatan.

Belajar kena belajar. Isu semasa pon kena ambil tahu. Kalau tidak, tidak berkembang minda kita.

Selamat mencuba!!

07 January 2012

Astro B.yond: Mengawal TV anda dengan remote B.yond

Saya boleh katakan "Astro adalah satu keperluan bagi rakyat Malaysia" dan saya pasti ramai yang akan menyokong kenyataan saya ini. Kalau ada orang nak membantah atau nak kutuk kenyataan saya ini, saya tak kisah. Itu hak anda. Post kali ini bukan nak membincangkan kenyataan tersebut. Tetapi satu perkongsian dari saya untuk pengunjung blog ini yang menggunakan astro di rumah.

Saya nak kongsikan bagaimana untuk mengawal "volume" TV anda menggunakan remote control astro BEYOND. Senang sahaja caranya, orang yang tiada background engineering pon boleh buat. Cuma anda kena pastikan, setiap TV mempunya kod yang berbeza. Kalau ada dua TV di rumah yang  ada astro BEYOND, satu remote hanya boleh kawal satu TV sahaja. Lainlah kalau kedua-kedua TV adalah dari jenama yang sama. Ikut sahaja langkah di bawah;

List of codes

Sekarang remote control BEYOND anda sudah boleh control ON dan OFF TV anda. Teruskan untuk kawal VOLUME.

Tahniah, anda telah berjaya untuk membolehkan remote astro beyond anda mengawal ON/OFF, VOLUME dan AV INPUT. Semoga bermanfaat hehe

Kita masuk sedikit topic MBBJ, macam mana nak sebut astro b.yond dalam bahasa jepun? Sebutnya macam ni;
アストロ ビヨンド
Jumpa lagi next post.

01 December 2011

Tema Baru Blog ceido.blogspot.com


Blog ini sedang saya perkemaskan design dan kandungan yang akan saya masukkan. Pada mula saya offkan dulu supaya pengunjung blog ini tak nampak keserabutan saya menyusun kembali bahagian-bahagian yang ada dalam blog ini. Banyak yang saya perlu baiki untuk pastikan kandungan lama blog boleh diguna pakai dalam theme baru. Walaupun ada beberapa bahagian yang saya belum sempat edit lagi, harap pengujung blog ni tak kisah dan terus mengikutinya. Dari masa ke semasa saya akan cuba siapkan proses pemindahan ke theme yang baru.

Sempena theme yang baru ini, saya berhajat untuk mengurangkan post-post peribadi yang mungkin membosankan para pengunjung setia blog ini. Saya cuba untuk membawa topik topik yang berkaitan dengan bahasa jepun dan perkongsian ilmu dalam blog ini. Jika pengunjung berminat nak tahu kisah hidup saya, bolehlah ke blog peribadi saya yang baru nanti. Blog peribadi itu belum siap lagi. Template pon tak decide lagi hehe...InsyaAllah waktu cuti nanti saya settlekan.

Post-post yang lain seperti "Siri bercakap dengan jin" akan saya pindahkan ke blog yang baru agar tak menganggu mood nak belajar bahasa jepun. Maklum la, bila da tersangkut kat cerita-cerita dalam siri itu, memang susah nak berganjak dari depan skrin computer. Sebenarnya boleh saja saya linkkan semua dalam satu page untuk kesemua siri bercakap dengan jin tersebut. Tetapi saya dengan sengajanya letak satu satu dalam post saya kerana dalam waktu yang sama, saya nak baca balik siri tersebut. Terkenang zaman kecik-kecik berebut dengan abang nak baca dan terpaksa baca bawah lampu suluh sebelum tidur.

Mungkin ada banyak lagi perubahan dalam blog ceido.blogspot.com yang akan saya lakukan. Perubahan yang saya fikirkan perlu untuk me"meriah" kan lagi post-post dalam blog ini. Di harap pengunjung setia blog ini senang dengan perubahan yang saya bawa dan teruskan memberi sokongan dalam memajukan blog ini. Semoga Allah berikan saya kekuatan  untuk menjayakan niat dan hasrat murni ini.

Kalau ada nak komen theme baru, jangan segan sila komen kat bawah ni ye...







12 October 2011

Sayangi masa anda

Terdetik dalam hati saya untuk mengkaji semula keberkesanan saya menggunakan waktu seharian. Ramai yang mengadu yang mereka tidak cukup masa, terlalu sibuk dengan kerja di pejabat, kekurangan waktu bersama keluarga, etc dan mereka menjadikan ini sebagai perisai atau alasan jika mereka gagal dalam merancang waktu. Perancangan waktu adalah amat penting untuk individu jika mereka inginkan masa mereka digunakan secara yang betul dan efisien. Perancangan waktu dan kajian semula penggunaan waktu ini, akan memberikan "feedback" kepada diri saya sendiri dimana waktu yang saya guna dengan betul dan di mana waktu yang banyak saya bazirkan untuk aktiviti yang kurang bermakna.

Dipendekkan cerita, (dalam jadual waktu, kalau ada lebih saya cerita lagi hehehe ) saya telah mengkaji semula di mana waktu yang banyak saya bazirkan dalam sehari. Saya ambik sehelai kertas putih dan saya tuliskan kesemua aktiviti-aktivti yang telah saya buat pada hari tersebut. Mungkin anda boleh menggunakan word atau notepad jika anda terbiasa menulis dengan komputer. Tapi bagi saya, menulis di atas kertas ni memberikan 'sentimental value' yang lebih dan impak yang berbeza dalam munasabah diri. Setelah melihat kembali penggunaan waktu saya ini, saya dapati banyak masa yang saya telah bazirkan dalam melayari laman web sosial FACEBOOK. Ada juga aktiviti lain yang saya lihat banyak "makan" waktu-waktu saya tetapi saya letakkan FACEBOOK sebagai pe 'makan' utama saya. Saya pangkah setiap aktiviti yang saya rasa perlu dikurangkan dan berikan keutamaan aktiviti mana yang perlu diambil tindakan secara berperingkat. Bukan apa, orang kata kalau lakukan 'Hijrah' secara drastik, nanti dia pantul balik. (macam rebound diet)

Sebagai langkah pertama untuk mengendalikan pe "makan" utama waktu saya ini, saya cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin saya boleh displinkan diri saya dengan bertekad untuk tidak membuka laman web FACEBOOK untuk masa masa yang tertentu. Tetapi malangnya usaha ini biasanya gagal atas sebab semangat untuk membuka dan melihat setiap notification rakan dalam facebook adalah tinggi.Mungkin  "Facebook Addiction syndrome" atau "Facebook Addiction Disorder" ada sedikit dalam diri saya.


Mungkin saya boleh terus memadamkan account FACEBOOK ini, tetapi bila pikirkan ramai kenalan dan network yang telah dibuat sewaktu menggunakan facebook, terasa sayang untuk padam. Mana la tahu ada peluang baru atau bisnes baru yang menarik, kat facebook la tempat yang biasanya "kick-start" untuk aktiviti aktiviti ini. Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan akhirnya saya jumpa apa yang saya carikan. Firefox Add-On untuk sekat laman FACEBOOK mengikut "setting" yang kita sendiri tetapkan. Kepada sesiapa yang pakai browser Firefox, boleh cuba layari Add-On LeechBlock ini di sini.

Yang bagusnya Add-On LeechBlock ni, kita boleh tetapkan laman web, waktu, hari dan bagaimana kita mahu sekat laman laman web tersebut. LeechBlock adalah alat produktiviti mudah yang direka untuk menyekat laman web membuang masa yang boleh menghisap kehidupan hari kerja kita. Apa yang kita perlu lakukan ialah menentukan laman web yang mana perlu disekat dan bila untuk menyekat mereka.

Kita boleh menetapkan sehingga enam set laman untuk disekat, dengan masa dan hari yang berlainan bagi setiap set. Kita boleh menyekat laman web dalam tempoh masa yang tetap (contohnya, 09:00-5:00), selepas had masa (contohnya, 10 minit dalam setiap jam), atau dengan gabungan tempoh masa dan had masa (contohnya, 10 minit dalam setiap jam antara 09:00 dan 17:00). Kita juga boleh menetapkan kata laluan untuk akses kepada pilihan lanjutan, untuk memastikan kita mendisplinkan diri untuk menyekat laman tersebut. Yang bagusnya, kita tidak boleh tukar tetapan sekatan jika ianya telah bermula, kena tunggu sampai tamat. So, memang kena sabar dan displinkan diri betul betul.


Sebagai langkah pertama, saya set tetapan untuk menyekat laman web FACEBOOK dalam waktu bekerja di pejabat. Saya ingin tetapkan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5.00 petang. Tiada lagi waktu ber FACEBOOK di tempat kerja ye. Waktu rehat saya nekad untuk hanya membaca surat khabar atau artikel-artikel menarik di laman web. Waktu-waktu saya surfing membaca berita dan artikel ni pon perlu saya kurangkan. Tapi takpa, step by step, next time bila da ready saya akan sekat laman laman web tersebut. Sebagai tambahan dalam tetapan sekatan FACEBOOK tadi, saya setkan saya hanya boleh melihat FACEBOOK 2 jam sehari dalam hari hari biasa tidak termasuk hari minggu. 

Kepada yang berminat untuk melihat contoh bagaimana kita setkan tetapan LeechBlock ini, boleh rujuk di sini. Untuk tetapan saya di atas, saya menggunakan contoh berikut:

Example #4: You want to block www.somesite.com and www.anothersite.com from 10:30am to 4:30pm on weekdays only, but you also want to block these sites after browsing them for more than an hour over the course of a whole day (on weekdays only).
  • Enter somesite.com anothersite.com as the domain names of the sites to block.
  • Leave blank the Load from URL field.
  • Enter 1030-1630 into the field for the time periods.
  • Enter 60 into the field for the time limit and select day from the drop-down menu.
  • Select within time periods OR after time limit as the condition for when to block the sites.
  • Select Mon Tue Wed Thu Fri as the days on which to block the sites.
Semoga langkah murni saya ini berkesan dan memberikan saya cara hidup yang baru. Pulangkan kembali masa masa emas saya supaya saya dapat menggunakannya dengan betul dan berhemat. Saya berdoa agar masa yang saya dapat jimatkan ini dapat saya gunakan untuk jalan Allah dan terus mencari keredhaan Nya. Kepada yang berminat boleh mencuba, bukan apa, "tool" sudah ada, gunakan sahaja.

 You will never "find" time for anything. If you want time, you must make it. - Charles Bruxton-



15 September 2011

UK Trip - Arrival

Bila la bas nak sampai ni

Ingat bus stop No. 11 ni kalau nak ke Oxford dari T5

Nak gak bergambar hehe

Terminal 5, Heathrow Airport


Hebatkan kami seret beg-beg ni..

next time nak bawak beg kecik aje heheh

Ruang tamu

Ruang makan

Bilik tidur (before kemas yek)

Ruang belajar sebelah bilik tidur

Ruang masuk

Shower and bath tub

ehem2 dengan tenang waktu winter sebab heater sebelah aje hahaha



Dapur

Ramai yang tertanya-tanyakan gambar masa trip kami ke UK. So saya uploadkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Sebenarnya trip ke UK kami pada kali ini adalah untuk isteri saya yang akan menyambung pelajarannya di UK dan saya menyelam sekali untuk 'settle' kan process PhD saya. Alang-alang sudah sampai kat sini, saya harap process tu lebih mudah sebab tak perlu hubungi ikut email-email lagi. Doakan saya dapat tempat di sini. Tiada la saya duduk berjauhan lagi dengan isteri tercinta. UK dengan Malaysia jauh tu hehehe...

Sedikit cerita tentang hari pertama kami sampai di UK, kami mendarat di Heathrow Airport, London setelah berada lebih kurang 13 jam di dalam kapal terbang. Di dalam kapal terbang, kami menghabiskan masa dengan layan satu movie ke satu movie. Kami pakat tengok movie yang sama supaya lepas habis cerita, boleh komen sama sama perkara yang menarik dan pelik tentang movie tersebut. Gitu lak rutin kami dalam kapal terbang selain hidangan selang seli makanan atas kapal terbang yang bagi saya amat sedap. Mungkin tekanan 35,000 kaki atas paras laut menyebabkan rasa hidangn itu amat berbeza hehe...

Sampai sampai di Heathrow Airport, kami cuba tenangkan diri untuk mencari cara untuk pergi ke Oxford. Walaupun agak gabra sebab trip kali ni saya memang tak buat persediaan langsung untuk perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Biasanya saya akan buat trip plan sebelum pergi supaya lancar perjalanan kami. Tetapi kali ini, agak kelam kabut dan saya tak sempat untuk buat sebarang plan. Dengan muka yang tenang, kami cuba bertanyakan dekat orang local di airport cara untuk pergi ke Oxford. Walaupun mereka menerangkan dengan jelas cara untuk pergi, tetapi disebabkan tidak biasa dengan kawasan di airport menyebabkan kami buntu hehehe..

Nasib baik ada number keramat yang banyak membantu kami untuk sampai ke destinasi. Setiap step-step untuk sampai ke destinasi saya comfirmkan dengan number ni ++44777267**** . Terima kasih yang tidak terhingga kepada G'are (ex-student saya dulu di UTM, baik orangnya...kalau berminat boleh cari 4 nombor terakhir di atas heheh) sebab banyak membantu kami dan menyusahkan dia untuk ambik kami di stesen bas di Oxford. Barula kami tahu untuk ke Oxford, kami perlu pergi ke Terminal 5 dan ambik bas Airlines Express ke Oxford. Memandangkan kami mendarat di terminal 4, kami perlu ke terminal 5 sama ada naik bas atau train. Kalau nak ikutkan hati, nak aja naik teksi terus ke Oxford. Tapi bila tanyakan harga teksi yang harganya lebih kurang £150 , terus tak jadi.

Nak ke terminal 5 pon kami terpaksa mengharungi pelbagai rintangan disebabkan beg-beg kami yang besar dan berat. Tengok aja laa gambar di atas. Mungkin boleh bayangkan bagaimana kami mengheret kesemua beg tersebut ke sana ini untuk bertanya dan akhirnya terpaksa naik bas untuk ke terminal 5. Di dalam bas ke terminal 5 pula, driver bas boleh la pulak bawak bas macam bawak kereta FI.  Macam naik roller coster sambil nak imbangkan badan pegang beg-beg yang banyak tu. Perjalanan 5 minit 'roller coster' kami berakhir setelah sampai di terminal 5 dengan selamatnya.

Dekat terminal 5 ni pon satu hal lagi. Kami tak jumpa bus stop Airline Express dan terpaksa menelefon lagi nomber keramat di atas heheh. Tepat pukul 7:00 PM waktu tempatan, kami berjaya juga naik bas ke oxford. Di dalam bas kami banyak menghabiskan masa kami dengan melayari internet memandangkan bas kat sini ada kemudahan Wi-Fi. Perjalanan dari airport ke Oxford mengambil masa hampir 45 minit jika jalanraya tidak sesak. Kami tidak dapat menikmati pemandangan kampung-kampung di UK sebab di luar sana telah pon gelap. So layan internet ataupon tidur ajalah di dalam bas.

Setelah sampai di Oxford City Centre, kami sekali lagi telefon nombor keramat di atas dan tunggu G'are ambil kami di stesen bas. Cuaca di sini agak sejuk sedikit dibandingkan dengan cuaca dekat London. Dari stesen bas City Centre, kami heret sekali lagi beg-beg kami yang besar tu ke tempat taxi dan terus ke kolej penginapan isteri saya. Setelah mengambil kunci di pejabat kolej, kami terpaksa mengambil teksi sekali lagi untuk ke apartment kolej isteri saya kerana jaraknya yang agak jauh dari pejabat kolej. Terpaksa telefon balik driver teksi tadi dan naik balik teksi ke apartment isteri saya.

Perasaan lega tak terhingga apabila berjaya sampai ke apartment kami di Oxford. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam untuk sampai disini dan rintangan yang perlu diharungi menyebabkan kami ternanti-nanti bantal dan tilam untuk berehat. Setelah selesaikan beberapa perkara dan borak-borak dengan Gare, kami mengambil keputusan untuk terus tidur. Esok baru pikir nak berkemas ke apa. Cukup sampai sini saya berceloteh tentang pengalaman pertama trip kami ke UK. Banyak lagi nak diceritakan tetapi nanti boring lak korang nak baca..hehhhe so tengokla gambar-gambar di dalam rumah baru kami ni. Next post saya cerita apa yang ada dalam rumah ni..adios..

ps; Kalau nak tengok gambar dari profesional photographer, boleh tengok kat sini Mr.Siso blog.

28 April 2011

FKBSK Dinner 2011

Majlis Makan Malam FKBSK yang dianjurkan oleh FKBSK dan BIOMEHS. Makan malam ini meraikan pelajar tahun empat FKBSK yang akan meninggalkan UTM setelah tamat pengajian mereka. Walaupun belum lagi tamat peperiksaan akhir mereka, tetapi mereka sudah boleh "enjoy-enjoy" sedikit sebab baru sahaja tamat pembentangan PSM. Perasaan lepas pembentangan PSM memang rasa macam sudah habis pengajian, tak apa saya paham. Dulu masa saya buat "degree" pon macam itu gak. Kalau nak diceritakan tentang majlis malam tersebut, macam-macam boleh diceritakan. Apa yang penting, semua yang hadir "enjoy" sambil berprotokol. Walaupon dekat hujung-hujung majlis, da hilang segala protokol malam tu hehe

Terima kasih di ucapkan kepada penganjur utama, BIOMEHS kerana berjaya meraikan senior-senior mereka. Nampak kerjasama dan "teamwork spirit" mereka dalam mengatur majlis. Semuanya berjalan dengan sungguh lancar. Tahniah!!!

Oleh kerana malas nak bercerita panjang lagi, saya selitkan beberapa gambar yang di "share" kan di facebook saya. Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar yang menarik, tapi saya pilih yang mana yang sempat sahaja.



14 April 2011

Komen pertama yang diterima

Sudah hampir seminggu saya mulakan blog ini, merangkak-rangkak lak jugak untuk tukar "template", nak seragamkan warna dalam blog supaya senang nak di baca, dan susun "layout" blog untuk pastikan blog ini "user-friendly" untuk dilayari. Banyak juga saya "surfing" blog-blog rakan-rakan yang lain, search di google untuk mencari contoh-contoh blog yang ranknya tinggi untuk mendapatkan ilham tema apa yang saya nak selitkan dalam blog saya ini. Makin banyak blog yang saya surfing atau "blog-walking", semakin saya pening nak ikut yang mana satu. Mungkin saya sudah sampai ke tahap yang orang kata "analysis paralysis". Tahap dimana terlalu banyak yang telah di pelajari, terlalu banyak "information" yang perlu di analysis dan berakhir dengan menjadi lumpur atau "paralyzed" untuk bertindak. Saya tak mahu cerita banyak tentang "analysis paralysis" ini, nanti saya masukkan dalam post yang khas untuk menceritakan hal-hal yang berkaitan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites