Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

28 September 2012

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Post kali ini MBBJ nak berkongsi drama jepun yang MBBJ rasakan menarik dan boleh membantu rakan-rakan di luar sana untuk belajar bahasa jepun. Walaupon sudah lama ditayangkan di jepun (Julai 2010), MBBJ baru berkesempatan untuk menontonnya di youtube. Di akhir post nanti MBBJ akan kongsikan link tersebut. Drama yang berkisahkan seorang "jurujual karisma" kedai pakaian (Haruko Kano) di Shibuya bercita-cita untuk menjadi seoarang guru. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang guru sekolah menengah dan berjanji akan membantu Haruko untuk mencapai cita-citanya. Tetapi sebelum menjadi seorang guru, Haruko diminta untuk mengajar asas bahasa jepun di sekolah swasta dahulu.

Keseluruhan drama ini membawa kisah cerita dan pengalaman Haruko mengharungi pelbagai kerenah pelajar antarabangsa dalam pembelajaran bahasa jepun. Cerita dan karakter yang ada di dalam drama ini dibawa secara santai dan lawak tetapi penuh dengan informasi. MBBJ rasakan informasi yang ada di dalam drama ini banyak membantu rakan-rakan yang serius untuk belajar bahasa jepun. MBBJ seronok tengok drama ini kerana banyak perkara yang boleh dipelajari. Antaranya, asas bahasa jepun (hiragana, katagana, kanji dsb), bahasa formal vs bahasa pasar, pengunaan tatabahasa yang betul dan banyak lagi.

Apa yang menarik lagi, MBBJ banyak belajar penggunaan bahasa jepun yang lebih tepat. Ini kerana kebanyakkan tatabahasa atau penggunaan bahasa jepun di dalam buku teks jepun adalah amat formal. Kadang kala ayat yang harus digunakan nampak pelik kepada masyarakat jepun sekarang. Apatah lagi penggunaan bahasa jepun seperti mana yang ada di dalam buku teks menampakkan diri seseorang macam "gaijin" atau orang luar. Walaupon betul tetapi nampak pelik. Selain daripada itu, drama ini juga membawa penonton kepada budaya dan cara hidup masyarakat jepun dan bagaimana untuk menghadapai situasi berkenaan.

Secara peribadi, sebagai bekas pelajar bahasa jepun, drama ini banyak membantu dalam mengetahui selok belok bahasa dan bagaimana untuk fasih atau menguasai sesuatu bahasa. MBBJ baru tengok beberapa episode dan tak sabar-sabar nak tengok kerenah-kerenah pelajar antarabangsa yang lain di dalam drama ni. Setiap pelajar mempunyai cerita dan pengalaman yang tersendiri. Ada yang lawak, ada yang romantik dan ada yang menyusahkan. Teringat kenangan masa di Jepun dahulu. Macam ni rupanya MBBJ dulu hahah..apa-apa pon, MBBJ harapkan rakan-rakan terhibur menonton drama ni. Serius seronok...MBBJ tak tipu hehe


Lupa nak cerita, drama ini sebenarnya di ambil dari karakter dan scenario di dalam buku ni. Buku bergambar yang menceritakan pengalaman seorang guru bahasa jepun mengajar bahasa jepun kepada pelajar antarabangsa.










Kepada yang ada internet laju, bolehlah singgah di youtube di bawah. Cepat2 selagi masih ada di sana. Yang ada link lain atau cara lain nak tengok, boleh la kongsi di bahagian komen.





23 September 2012

Koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini. MBBJ kongsikan kepada FB Page MBBJ dan juga kepada pengunjung setia blog ini. Semoga bermanfaat...

Di dalam koleksi ini, anda akan dapat:

MBBJ Facebook Cover Photo


MBBJ Wallpaper


MBBJ Tent Calander - October


MBBJ 2012 Calander 


Anda boleh download kesemua koleksi di atas di sini:


ps: untuk MBBJ Tent Calander dan 2012 Calander, MBBJ kongsikan dalam bentuk pdf supaya anda semua boleh print dan terus guna koleksi tersebut. 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites