Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

15 September 2011

UK Trip - Arrival

Bila la bas nak sampai ni

Ingat bus stop No. 11 ni kalau nak ke Oxford dari T5

Nak gak bergambar hehe

Terminal 5, Heathrow Airport


Hebatkan kami seret beg-beg ni..

next time nak bawak beg kecik aje heheh

Ruang tamu

Ruang makan

Bilik tidur (before kemas yek)

Ruang belajar sebelah bilik tidur

Ruang masuk

Shower and bath tub

ehem2 dengan tenang waktu winter sebab heater sebelah aje hahaha



Dapur

Ramai yang tertanya-tanyakan gambar masa trip kami ke UK. So saya uploadkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Sebenarnya trip ke UK kami pada kali ini adalah untuk isteri saya yang akan menyambung pelajarannya di UK dan saya menyelam sekali untuk 'settle' kan process PhD saya. Alang-alang sudah sampai kat sini, saya harap process tu lebih mudah sebab tak perlu hubungi ikut email-email lagi. Doakan saya dapat tempat di sini. Tiada la saya duduk berjauhan lagi dengan isteri tercinta. UK dengan Malaysia jauh tu hehehe...

Sedikit cerita tentang hari pertama kami sampai di UK, kami mendarat di Heathrow Airport, London setelah berada lebih kurang 13 jam di dalam kapal terbang. Di dalam kapal terbang, kami menghabiskan masa dengan layan satu movie ke satu movie. Kami pakat tengok movie yang sama supaya lepas habis cerita, boleh komen sama sama perkara yang menarik dan pelik tentang movie tersebut. Gitu lak rutin kami dalam kapal terbang selain hidangan selang seli makanan atas kapal terbang yang bagi saya amat sedap. Mungkin tekanan 35,000 kaki atas paras laut menyebabkan rasa hidangn itu amat berbeza hehe...

Sampai sampai di Heathrow Airport, kami cuba tenangkan diri untuk mencari cara untuk pergi ke Oxford. Walaupun agak gabra sebab trip kali ni saya memang tak buat persediaan langsung untuk perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Biasanya saya akan buat trip plan sebelum pergi supaya lancar perjalanan kami. Tetapi kali ini, agak kelam kabut dan saya tak sempat untuk buat sebarang plan. Dengan muka yang tenang, kami cuba bertanyakan dekat orang local di airport cara untuk pergi ke Oxford. Walaupun mereka menerangkan dengan jelas cara untuk pergi, tetapi disebabkan tidak biasa dengan kawasan di airport menyebabkan kami buntu hehehe..

Nasib baik ada number keramat yang banyak membantu kami untuk sampai ke destinasi. Setiap step-step untuk sampai ke destinasi saya comfirmkan dengan number ni ++44777267**** . Terima kasih yang tidak terhingga kepada G'are (ex-student saya dulu di UTM, baik orangnya...kalau berminat boleh cari 4 nombor terakhir di atas heheh) sebab banyak membantu kami dan menyusahkan dia untuk ambik kami di stesen bas di Oxford. Barula kami tahu untuk ke Oxford, kami perlu pergi ke Terminal 5 dan ambik bas Airlines Express ke Oxford. Memandangkan kami mendarat di terminal 4, kami perlu ke terminal 5 sama ada naik bas atau train. Kalau nak ikutkan hati, nak aja naik teksi terus ke Oxford. Tapi bila tanyakan harga teksi yang harganya lebih kurang £150 , terus tak jadi.

Nak ke terminal 5 pon kami terpaksa mengharungi pelbagai rintangan disebabkan beg-beg kami yang besar dan berat. Tengok aja laa gambar di atas. Mungkin boleh bayangkan bagaimana kami mengheret kesemua beg tersebut ke sana ini untuk bertanya dan akhirnya terpaksa naik bas untuk ke terminal 5. Di dalam bas ke terminal 5 pula, driver bas boleh la pulak bawak bas macam bawak kereta FI.  Macam naik roller coster sambil nak imbangkan badan pegang beg-beg yang banyak tu. Perjalanan 5 minit 'roller coster' kami berakhir setelah sampai di terminal 5 dengan selamatnya.

Dekat terminal 5 ni pon satu hal lagi. Kami tak jumpa bus stop Airline Express dan terpaksa menelefon lagi nomber keramat di atas heheh. Tepat pukul 7:00 PM waktu tempatan, kami berjaya juga naik bas ke oxford. Di dalam bas kami banyak menghabiskan masa kami dengan melayari internet memandangkan bas kat sini ada kemudahan Wi-Fi. Perjalanan dari airport ke Oxford mengambil masa hampir 45 minit jika jalanraya tidak sesak. Kami tidak dapat menikmati pemandangan kampung-kampung di UK sebab di luar sana telah pon gelap. So layan internet ataupon tidur ajalah di dalam bas.

Setelah sampai di Oxford City Centre, kami sekali lagi telefon nombor keramat di atas dan tunggu G'are ambil kami di stesen bas. Cuaca di sini agak sejuk sedikit dibandingkan dengan cuaca dekat London. Dari stesen bas City Centre, kami heret sekali lagi beg-beg kami yang besar tu ke tempat taxi dan terus ke kolej penginapan isteri saya. Setelah mengambil kunci di pejabat kolej, kami terpaksa mengambil teksi sekali lagi untuk ke apartment kolej isteri saya kerana jaraknya yang agak jauh dari pejabat kolej. Terpaksa telefon balik driver teksi tadi dan naik balik teksi ke apartment isteri saya.

Perasaan lega tak terhingga apabila berjaya sampai ke apartment kami di Oxford. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam untuk sampai disini dan rintangan yang perlu diharungi menyebabkan kami ternanti-nanti bantal dan tilam untuk berehat. Setelah selesaikan beberapa perkara dan borak-borak dengan Gare, kami mengambil keputusan untuk terus tidur. Esok baru pikir nak berkemas ke apa. Cukup sampai sini saya berceloteh tentang pengalaman pertama trip kami ke UK. Banyak lagi nak diceritakan tetapi nanti boring lak korang nak baca..hehhhe so tengokla gambar-gambar di dalam rumah baru kami ni. Next post saya cerita apa yang ada dalam rumah ni..adios..

ps; Kalau nak tengok gambar dari profesional photographer, boleh tengok kat sini Mr.Siso blog.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites