19 April 2011

Cukai Pendapatan 2011 - Nari lari ke nak lepas?

Bersambung dari tips yang lepas, kali ini saya nak bercerita pula tentang pelepasan cukai pendapatan 2010. Topic yang penting jika anda berminat untuk tahu tentang perancangan cukai. Cukai perlu dirancang agar kita dapat meminimakan kadar cukai yang dikenakan kepada kita. Kepada yang bijak merancang kewangan anda, anda mesti juga bijak dalam perancanga cukai. Kadang-kadang kita ambil tidak endah pelepasan cukai ini dan akhirnya, selepas anda menafsir cukai anda, jumlah yang tinggi di kenakan cukai. Tapi jika anda bijak, anda merancang pembelanjaan anda dan seterusnya dapat mengurangkan cukai pendapatan tahunan.


Sebelum saya mula berkongsi tentang pelepasan cukai pendapatan ini, langkah pertama untuk anda merancang cukai anda adalah dengan menyusun "plan" anda dan menyimpan segala rekod apa yang telah anda aturkan. Walaupun kita tidak perlu untuk menghantar segala bahan bukti atau rekod ini, LHDN menyarankan kita simpan semuanya di dalam satu file dan disimpan selama 7 tahun. Antara rekod yang perlu anda simpan:

  1. Borang EA/EC,
  2. Baucer dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit premium zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada) 
Apa yang perlu anda aturkan. Anda boleh aturkan segala tuntutan pelepasan cukai berdasarkan apa yang telah anda belanjakan. Anda boleh rujuk dalam borang cukai pendapatan atau website LHDN di sini.
Biar saya kongsikan satu persatu pelepasan cukai ini dan syarat-syarat layak untuk terima pelepasan tersebut.

1.  Individu dan saudara tanggungan - RM 9,000
Automatik dapat pelepasan sebanyak jumlah di atas.

2.  Perbelanjaan perubatan ibu bapa ke atas penyakit yang disahkan oleh pengamal perubatan - RM 5,000
Memang tak patut kalau ibu bapa kita sakit tapi kita tak "support" bil perubatan. Adik beradik saya berebut nak bayarkan mak bapak punya bil perubatan. Supaya boleh dapat pelepasan sebanyak maksimum RM 5,000. Kalau anda ada, boleh simpan resit bil tersebut.

3.  Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya - RM 5,000
Jika anda ada membeli alat sokongan asas seperti kerusi roda, alat pembantu pendengaran atau selainya yang boleh dikategorikan sokongan asas, anda boleh claim tolak cukai sebanyak RM 5,000

4.  Individu yang kurang upaya - RM 6,000
Yang ini adalah selain daripada tanggungan individu dan peralatan sokongan seperti di atas. Jika anda OKU, anda layak untuk pelepasan lagi sebanyak RM 6,000. (Setakat tampal sticker OKU takleh nak claim ye ehehe)

5.  Yuran pendidikan (sendiri) - RM 5,000
Anda boleh rujuk dalam borang jika anda mahu detail tentang bidang mana yang boleh dapat pelepasan cukai. Bagi saya, sambung sahaja belajar ke peringkat sarjana atau PhD, lepas tu claim tolak RM 5,000. Bidang tak penting, yang penting sambung belajar.

6.  Perbelanjaan perubatan bagi diri sendiri, suami / isteri atau anak - RM 5,000
Sebarang bayaran perubatan boleh mendapat pelepasan cukai RM5,000. Jika anda ada membuat medical check-up, anda layak untuk pelepasan cukai sebanyak RM 500 per individu

7.  Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan - RM 1,000
Pelepasan cukai sebanyak RM1,000 jika anda ada membeli majalah, buku atau segala penerbitan. Tak kisah hard copy atau ebook. Kecuali surat khabar dan bahan bacaan terlarang. Jangan la pulak anda membeli majalah porn banyak-banyak. Tak boleh nak claim. Buat rugi sahaja. Lagi baik jangan beli langsung hehe

8.  Pembelian komputer peribadi - RM 3,000
Boleh tuntut pelepasan cukai jika anda membeli komputer peribadi. Cuma bukan boleh tuntut tiap-tiap tahun. Terhad kepada RM3,000 untuk sekali tuntutan dalam masa 3 tahun. Lagipun jarang saya dengar orang tukar computer tiap-tiap tahun. Lain la telefon bimbit

9.  Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional - RM 3,000
Kepada mereka yang belum menabung dalam SSPN, boleh la start menabung. Sambil menabung untuk anak-anak, boleh kita dapat pelepasan cukai sebanyak RM3,000

10.  Pembelian peralatan sukan - RM 300
Kalau ada beli bola, kayu golf, racket dan lain-lain peralatan sukan, bolehla simpan resit untuk mendapatkan pelepasan sebanyak RM300. Tapi pakaian sukan tak boleh. Kalau ada terdetik hati nak sokong harimau malaya, dan beli jersi kuning tersebut, boleh beli tapi takleh nak claim.

11.  Yuran langganan perkhidmatan internet jalur lebar - RM 500
Mereka yang ada melanggan broadband atau intenet, boleh claim RM500. Tak kira la anda pakai maxis, celcom atau DIGI. Asalkan jalur lebar. Jangan la pulak kalau anda curi wireless jiran sebelah dan anda claim RM500. Itu tak patut. Da la mencuri harta jiran sebelah, dengan tak malunya tuntut RM500. Tak patut tak patut.

12.  Faedah pinjaman perumahan - RM 10,000
Yang ni panjang sedikit kalau nak dicerita. Kena buat post baru. Takpa, tunggu next post saya topic ni.

13.  Suami / isteri bayaran alimoni kepada bekas isteri - RM 3,000
Menurut kamus dewan: (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd suami kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah. Jika anda termasuk dalam golongan tersebut, boleh la claim RM3000

14.  Suami / isteri yang kurang upaya - RM 3,500
Jika anda OKU, anda akan layak mendapat potongan cukai sebanyak RM6000 tadi. Tapi jika suami / isteri anda juga OKU, anda boleh tambah lagi potongan cukai sebanyak RM3500 lagi. Jadi kalau suami isteri yang OKU, boleh mendapat potongan cukai RM9,500

15.  Anak bawah 18 tahun - RM 1,000 seorang
Boleh dijadikan alasan untuk tambah anak lagi. Bukan apa, nak tambahkan pelepasan cukai. Jadi boleh bawak berbincang dengan suami dan isteri anda. Kalau ada 10 orang anak, tak RM10,000 boleh claim...heheh

16. Anak lebih 18 tahun dan masih belajar - RM 4,000
Anak-anak yang sudah lebih 18 tahun tapi duk merempit kat highway tak dikira ye. Jadi didik anak kita baik baik.

17.  Anak kurang upaya - RM 5,000
Jika anda mempunya anak kurang upaya, anak layak pelepasan cukai sebanyak RM5000. Dan jika anak tersebut sedang menuntut di IPT, anda layak lagi tuntut RM9000. Jadi jumlah boleh dituntut RM14,000

18.  Caruman KWSP dan premium insuran nyawa - RM 6,000
Yang ni kalau sesiapa yang caruman KWSP dia tinggi, rugi la sedikit. Di tambah rugi kalau dia ada ambil premium insurans nyawa yang tinggi. Sebab boleh claim RM6000 sahaja.

19.  Insuran pendidikan dan perubatan -  RM 3,000
Bagus kalau kita ada mengambil polisi insuran pendidikan dan perubatan ini. Bukan sahaja menjamin masa depan anak, siap boleh claim RM3000 lagi untuk pelepasan cukai. Insuran untuk kita pon boleh.

Jadi kesemua info di atas boleh anda guna untuk merancang cukai anda. Anda jumlah di atas yang anda boleh rancang dan ada yang secara automatik di kira dalam borang anda. Anda kena ingat, jumlah di atas adalah terhad dan maksimum mengikut keadaan. Jangan la pulak anda claim untuk pembelian majalah sebanyak RM1,000 tetapi hanya beli dua tiga buku sahaja yang jumlahnya hanya RM100. Jadi anda hanya layak untuk tuntut RM100 sahaja tau. Jangan nak tuntut maksimum. Tak baik menipu. 

Seperti yang saya telah tulis di awal post ini, perancang cukai adalah amat penting. Jika kita gagal merancang cukai tahunana kita, ianya akan membebankan kita dan mengurangkan "income" tahunan yang sepatutnya kita dapat. "Income" hasil dari titik peluk kita. Jika gagal merancang cukai juga akan menyukarkan kita untuk mencapai target dan matlamat kewangan kita. Oleh itu, perancangan cukai adalah amat penting, untuk anda mengetahui strategi dan langkah untuk meminimakan cukai anda. Saya boleh rumuskan, perancangan cukai ini adalah sebahagian daripada "Personal Financial Planning" untuk anda. Akhir kata, selamat mengisi borang cukai pendapatan....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites