14 April 2011

Amaran transaksi kad kredit

Satu lagi langkah yang baik yang akan di ambil oleh pihak BNM untuk penguna-penguna kad kredit di Malaysia. Kita banyak mendengar kes-kes penipuan kad kredit sekarang ini sampaikan ada yang fobia dan berfikir dua tiga kali untuk menggunakan kad kredit. Kemudahan yang disediakan disalah gunakan oleh pihak ketiga untuk mengambil keuntungan dari kecuaian penguna kad kredit.


Dengan adanya langkah ini, penguna kad kredit akan peka kepada transaksi yang berlaku pada kad kredit masing-masing dengan adanya sms amaran transaksi. Cuma yang saya risaukan, adakah sistem ini mampu memberikan kesemua transaksi yang dilakukan oleh penguna. Kepada penguna kad kredit "tegar", kalau sehari menggunakan 10 transaksi, adakah meraka akan menerima 10 sms dari sistem ini. Apa-apa pon kita tunggu sahaja sampai sistem ini bersedia untuk memberikan perkhidmatan amaran yang dijanjikan.

Bagi saya, perkhidmatan amaran ini bukan sahaja untuk mengelakkan penipuan penipu penipu di luar sana, tetapi dari perspektif yang lain, saya nampak sistem ini boleh membantu menyedarkan penguna kadar pengunaan mereka pada setiap bulan. Ada diantara kita yang menggunakan kad kredit tanpa kawalan dan hanya melihat "surat cinta" atau bil dari bank di hujung bulan sahaja. Dan pada waktu itu sudah terlambat untuk kita mengawal pengunaan bulanan kita. Apa yang boleh kita buat hanyalah dengan mengawal perbelanjaan pada bulan depan. Tapi malangnya, habit untuk melihat kadar penggunaan kad kredit di hujung bulan susah nak dibuang dan ianya terus berulang sampailah kita berjaya membuang sifat atau habit yang tidak sihat ini.

Banyak lagi perkara sebenarnya yang kita perlu tahu untuk menjadi penguna kad kredit yang bijak. Sistem amaran ini adalah salah satu inisiatif dari BNM untuk mengajar penguna menjadi penguna kad kredit yang bijak. Biasalah, kalau kita tidak berjaya mengawal diri kita, orang lain akan kawal kita. Kalau kita tidak berjaya merancang kewangan kita, orang lain yang akan mendapat keuntungan. Siapa? Pihak bank laa..

Anda boleh rujuk berita inisiatif BNM di sini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites