20 April 2011

Belajar Bahasa Jepun secara Online - uPal

Laman web yang membantu anda dalam belajar bahasa jepun. Kalau anda cuba layari web tersebut, ada boleh dapati ianya ada penterjemahan dan kamus dan boleh berlatih kanji, hiragana dan katagana melalui audio dan kuiz di dalam laman web tersebut. Yang menariknya dalam web ini, anda boleh mengunakan mouse untuk menulis kanji dan mengetahui maksud dan bagaimana untuk menyebutnya. Anda juga boleh cuba kuiz yang disediakan untuk berlatih hiragana, katagana dan kanji. Jika anda klik Menu "podcast" di sebelah atas laman tersebut, anda boleh melihat animasi yang menunjukkan bagaimana kanji di cipta.

Mari kita cuba fungsi-fungsi yang ada di dalam web tersebut.

 Jika anda tidak tahu cara menyebut dan maksud sesuatu kanji di dalam sesuatu ayat, anda boleh cuba di sini. "copy" dan "paste" kanji yang anda ingin ketahui, ataupun seluruh ayat yang mengandui kanji-kanji ke dalam ruang "Japanese Word Search Helper and Text-to-Speech", dan klik "Parse".





Anda akan dipaparkan "screen" seperti di bawah





* klik pada kanji yang anda cari



Di sini anda boleh mendengar cara menyebut kanji tersebut dengan klik pada icon "headphone". Anda boleh juga pelajari kanji tersebut dengan mencari di laman-laman yang disediakan dengan menekan button "search".


 Lebih menarik lagi, anda boleh menulis menggunakan "mouse" anda di ruang "Kanji Hand-Writing Recognition/ 手書き漢字認識機能" . Ketika anda menulis kanji, di sisi kanan anda akan terpapar senarai kanji yang anda boleh pilih berdasarkan apa yang anda telah tuliskan. Klik pada salah satu kanji yang ada ingin cari.
"Kanji Hand-Writing Recognition di laman web ini sama seperti IMEパッド (IME Pad) di komputer anda. Tool yang berguna jika kita tidak tahu menyebut sesuatu kanji dan kita boleh menulis kanji tersebut di atas IME pad dan tool ni akan mengecam kanji yang kita inginkan mengikut "stroke" yang di tulis. Sebab bila kita nak gunakan dictionary jepun, biasanya kita kena tahu cara menyebut, group dan berapa stroke kanji tersebut. Nanti saya perincikan dalam topic kanji.

Anda juga boleh mencuba pelbagai lagi link-link yang menarik di dalam web ini. Anda boleh mencuba kuiz-kuiz di dalam web ini dan rujuk kepada "resource" untuk belajar bahasa jepun di bahagian bawah web tersebut.


Kandungan laman web adalah sebahagian daripada Department of Electric Engineering and Computer Science, Faculty of Engineering, Iwate University. Jangan terkejut kalau anda akan sesat dalam link-link dalam web ini sebab ianya ini mempunyai "resource" yang banyak dan menarik. Selamat mencuba!!!

3 comments:

minta maaf..terlupa nak letak..rujuk bahagian UPDATE..tq

xde pun bahagian update?..kt mne tu?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites