17 April 2011

Denda RM2000 tak serah borang BE

Berita terkini untuk pembayar-pembayar cukai dan mereka yang layak untuk menghantar borang cukai pendapatan (BE Form). Anda hanya ada tinggal 15 hari tu menyiapkan borang dan hantar kepada LHDN. Tak kisah laa hantar by hard copy ataupon buat secara online. Kalau tak nak kena denda atau masuk penjara, cepat-cepatkan laa buat. Berikut saya petik dari berita daripada berita harian dan pengumuman rasmi dari pihak LHDN.

Harian Metro, 16 April 2011
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan semalam berkata, tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada 30 April ini.

Kegagalan mengemukakan borang ini satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai mengemukakan borang itu dalam tempoh ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat.

Untuk keterangan lanjut, pembayar cukai boleh melayari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-3010.
- Bernama-

Pengumuman dari LHDN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites