Sudah agak lama saya tidak buat kelas bahasa jepun. Terasa rindu nak bercakap dalam bahasa jepun. Kalau dulu saya ada jugak membuat kelas bahasa jepun untuk berkongsi dengan sesiapa berminat untuk belajar bahasa jepun. Selain itu, kelas bahasa jepun yang saya buat jugak memberikan peluang kepada saya untuk refresh balik kanji-kanji dan bumpo yang dalam lama terkaram dalam otak saya. Kalau berkesempatan, mungkin saya akan adakan balik kelas bahasa jepun percuma saya ini. Itupon kalau ada sambutan yang mengalakkan. Kita tunggu sahaja.
Kali ini saya bukan nak mengajar bahasa jepun, bukan tak nak mengajar tetapi dengan masa yang cemburu dengan saya, tak sempat nak buat post khas untuk memulakan kelas saya secara online. Saya mahu berkongsi dengan anda sumber-sumber dari internet yang boleh anda cuba untuk belajar bahasa jepun. Jika anda search di internet, anda mungkin terjumpa website-website yang bagus untuk memulakan perjalanan untuk belajar bahasa jepun. Saya hanya hendak berkongsi antara website yang saya selalu lawati untuk belajar bahasa jepun.
Mari kita mulakan dengan hiragana dan katagana. Anda boleh refer link di bawah:
1. Japanese-lesson.com

2. Online Nihongo
Di sini anda boleh membuat latihan sambil belajar hirgana dan katagana. Anda boleh juga cabar diri anda dengan quiz yang disediakan. Jangan takut jawapan disediakan.
3. JOSHU

4. Teach Yourself Japanese

Cukup untuk kali ini. Nanti saya update lagi pada part yang lain. Banyak lagi sebenarnya link yang saya nak kongsikan. Anda cuba dulu 4 website yang ini dahulu. Kalau ada kesempatan saya akan komen sedikit bahagian-bahagian yang anda boleh cuba di setiap website yang telah saya masukkan dalam blog saya ini. Jangan tangguhkan masa anda untuk mencuba setiap website di atas. Selamat mencuba!!!
0 comments:
Post a Comment