12 April 2011

Mengapa orang tua susah nak tidur?

Anda memerlukan waktu tidur yang kurang apabila umur anda semakin meningkat. Sebagai contoh, bayi memerlukan 14 jam sehari, kanak-kanak memerlukan 10 jam dan orang dewasa hanya memerlukan 7 hingga 8 jam sehari. Orang tua biasanya sudah cukup untuk mereka hanya 5 ke 6 jam waktu tidur. Mereka kurang aktif berbanding orang yang lebih muda daripada mereka. Yang pastinya, kalau anda perasan, orang tua cenderung untuk tidur sekejap (short nap) di siang hari. Ini mengurangkan keperluan mereka untuk tidur di waktu malam. Sebab itu mereka (orang tua) susah nak tidur di waktu malam.


pic name pic name

Mungkin juga orang tua kita ini susah nak tidur bukan kerana keperluan badan sudah mencukupi, tapi memikirkan masalah-masalah anak-anak, cucu-cucu dan ahli-ahli keluarga yang lain. Bak orang kata, orang tua ini banyak memikir. Semakin tua semakin sensitif dan semakin peka kepada apa yang berlaku disekitarnya. Kalau boleh, kalau nampak orang-orang tua yang sukar untuk tidur disebabkan banyak memikirkan masalah dunia, tolong-tolonglah mereka. Hiburkan hati mereka, jangan biarkan mereka berfikir banyak tentang masalah tersebut, biarla anda yang pikirkan. Ini kerana secara sainstifiknya otak anda lebih cergas dari mereka. Yang kurangnya  antara anda dan mereka hanya imbasan memori yang telah di simpan dalam otak mereka. Mereka lebih banyak imbasan memori (short term memory and long term memory). Ataupun perkataan bukan sainstifik yang paling sesuai: PENGALAMAN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites