MMBJ memang da jarang menulis post baru dalam blog ni. Tidak dinafikan, MBBJ agak sibuk dengan urusan harian. Memang terdetik di dalam hati untuk menulis setiap hari, tetapi ada sahaja aral yang melintang. Hari ini, MBBJ baru sahaja install apps blogger dalam hp dan mengharapkan usaha untuk aktif semula menulis dalam blog ini berjaya. Mungkin agak sukar untuk menaip dengan menggunakan keyboard sesentuh berbanding menggunakan keyboard komputer. Tapi tak mengapa, MBBJ cuba untuk menulis secara ringkas tetapi padat. Apa yang penting, perkongsian di blog ini dapat dimanfaatkan.
Yang sedang tekun belajar bahasa jepun diluar sana, teruskan usaha anda dan jangan mudah berputus asa. Jumpa lagi!!
MBBJ terjumpa ayat yang sedap didengari dan mempunyai maksud yang mendalam. MBBJ kongsikan untuk post kali ini walaupon sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Sorry ye kawan2!!!
"Better a good enemy than a bad friend"
悪い友よりも、良い敵のほうが、はるかにましである
Warui tomo yori mo, yoi teki no hou ga, haruka ni mashidearu
Hari ni MBBJ terjumpa satu channel di Youtube yang banyak mengongsikan resepi-resepi untuk masakan jepun. Apa yang menariknya, resepi di dalam channel ni amat mudah dan boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahan yang digunakan boleh di dapati di Jusco atau kedai-kedai yang menjual makanan jepun. Tak perlu lagi mencari instant makanan jepun. Boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri. Sebagai contoh, biasanya MBBJ akan beli instant tepung untuk membuat takoyaki. Kalau semua nak tahu, takoyaki adalah makanan kegemaran MBBJ sejak dulu lagi. Kalau mengidam nak makan, sanggup MBBJ pergi ke Jusco dan beli tepung instant dan buat di rumah. Kalau nak beli kat gerai-gerai di Jusco atau di Sushi King, harganya amat mahal dan rasa macam tak berbaloi nak makan takoyaki. Nak nak kalau dengan harganya 80 sen ke seringgit bagi seketul takoyaki. Baik buat di rumah kan kan kan...
Cuba tengok resepi untuk buat takoyaki di bawah:
Kalau nak tengok resepi yang lain, boleh tengok di sini:
MBBJ lupa nak kongsikan tentang kanji yang semalam MBB pos di Pages Facebook. Kalau nak tahu, sebenarnya kanji 絆(きずな)tu adalah kanji untuk tahun 2011 atau kebiasaannya dipanggil "Kanji of the Year" untuk tahun 2011. Kalau dalam bahasa jepun dipanggil 今年の漢字. Kanji tahunan ini adalah kanji yang dipilih oleh orang awam melalui pengundian yang di buat oleh JKATF (Japan Kanji Aptitude Testing Foundation). Kanji yang dipilih akan mewakili peristiwa atau tema yang sesuai untuk tahun itu. Setiap tahun pengumuman kanji yang terpilih akan dibuat di sebuah kuil Kiyomizu-dera di Kyoto, dimana ketua sami budhha di sana akan menulis kanji tersebut di atas sekeping kertas yang besar untuk paparan umum.
MBBJ masih ingat masa berada di sana dulu, banyak rancangan tv jepun pada waktu itu akan melansungkan secara "Live" majlis tersebut. Apa yang menariknya, saat-saat debaran menunggu sami buddha menyiapkan tulisan kanji di atas kepingan kertas tersebut. Setiap coretan kanji akan di ulas oleh pengacara tv, meneka kanji yang akan terpilih dan di akhiri dengan "aaaaaaaa" selepas ketua sami siap menulisnya.
Berbalik kepada kanji untuk tahun 2011, kanji tersebut di pilih berdasarkan tragedi gempa bumi yang berlaku di jepun pada tahun itu. Bencana alam yang mengemparkan seluruh dunia dan mengherot masyarakat jepun untuk hidup diselubungi kesusahan dan kesedihan. Tsunami yang merempuh pantai utara-timur jepun pada 11 Mac, membunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan kerosakan yang teruk di bahagian yang dilanda tsunami. Akan tetapi, tsunami yang datang tidak dapat membunuh semangat orang jepun dan sikap tabah; keazaman mereka untuk menarik perhatian antarabangsa bersama-sama untuk mengharungi dugaan tersebut.
Rakyat jepun membuka mata antarabangsa dengan memaparkan semangat kerjasama dan bagaimana ikatan yang terjalin di antara satu sama lain. Kanji kizuna yang dipilih amat tepat untuk menyimpulkan ikatan silatulrahim atau "bond of friendship" yang ada pada waktu itu. Rakyat jepun mencari semula kepentingan ikatan tersebut untuk bangun semula selepas tragedi tsunami 2011.
Selain daripada itu, MBBJ juga dapat maklumat yang kanji kizuna terpilih atas sebab kemenangan skuad bola sepak wanita jepun di FIFA Women's World Cup 2011. Mungkin kemenangan yang diperolehi adalah hasil keyakinan dan semangat kerja berpasukan di kalangan pemainnya.
Untuk melihat kanji-kanji lain untuk tahun sebelumnya, boleh lihat di laman Wikipedia.
All the topic or story written in this blog was only based on my reading and experience. It is your responsibility to absorb and apply it or you could risk not only your data, but time, money and all. Publication or use of any article on or off-line without written permission from the author is prohibited. If you would like to use my article on your web site or in your publication, contact me for details