15 October 2012

Respi Makanan Jepun - Cooking with Dog

Hari ni MBBJ terjumpa satu channel di Youtube yang banyak mengongsikan resepi-resepi untuk masakan jepun. Apa yang menariknya, resepi di dalam channel ni amat mudah dan boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahan yang digunakan boleh di dapati di Jusco atau kedai-kedai yang menjual makanan jepun. Tak perlu lagi mencari instant makanan jepun. Boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri. Sebagai contoh, biasanya MBBJ akan beli instant tepung untuk membuat takoyaki. Kalau semua nak tahu, takoyaki adalah makanan kegemaran MBBJ sejak dulu lagi. Kalau mengidam nak makan, sanggup MBBJ pergi ke Jusco dan beli tepung instant dan buat di rumah. Kalau nak beli kat gerai-gerai di Jusco atau di Sushi King, harganya amat mahal dan rasa macam tak berbaloi nak makan takoyaki. Nak nak kalau dengan harganya 80 sen ke seringgit bagi seketul takoyaki. Baik buat di rumah kan kan kan...


Cuba tengok resepi  untuk buat takoyaki di bawah:



Kalau nak tengok resepi yang lain, boleh tengok di sini:

COOKING with DOG

3 comments:

Info Yang Menarik Untuk Di Ketahui Bersama... Dapatkan 14 Siri Video Pembelajaran Yang Mengandungi Cara Langkah Demi Langkah Untuk Anda Mempelajari Dan Seterusnya Menguasai Perkataan, Tatabahasa Dan Penggunaan Ayat Di Dalam Bahasa Jepun Dengan Cara Yang Sangat Menarik, Mudah Dan Interaktif...

Sila KLik Sini

lebih menarik kalau ada disediakan contoh video atau sample free untuk dicuba..hehe

Takoyaki ni memang sgt sedap. dlu saya ada peluang duduk di jepun dan ini adalah salah satu makanan kegemaran saya. takoyaki di jepun besar-besar compare di malaysia.mungkin kalau boleh nak improvise skit, mana-mana retailer yg nak bkk kedai takoyaki di msier blh buat size yg lebih besar skit. mesti laku punye. :))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites