03 January 2012

Plain vs Sopan Dalam Bahasa Jepun

Berbeza dengan bahasa melayu atau bahasa inggeris, bahasa jepun mempunyai 2 "mode" yang berbeza. Cara anda bercakap di antara anda dan rakan-rakan berbeza dengan cara anda bercakap dengan bos atau orang yang berada "atas" daripada kita (Umur, pangkat etc.). Bagi orang melayu, perbezaan ini hanya ketara teruatamanya dalam nada suara, pengunaan perkataan dan tingkah laku semasa bercakap. Tetapi dalam bahasa jepun, kita dapat bezakan 2 "mode" ini dengan melihat perbezaan perkataan yang digunakan dan penggunaan kata kerja akhir dalam ayat percakapkan kita.

Mungkin dalam mempelajari bahasa jepun, ada sebahagian dari kita yang gemar belajar melalui anime dan drama-drama jepun. Saya tidak nafikan cara belajar dengan menonton anime lagi pantas berbanding belajar di dalam kelas. Sebab utama yang saya nampak adalah keseronokkan dan suasana santai dalam menonton anime menarik minat untuk terus belajar. Saya tidak kata belajar di dalam kelas tidak menarik, cuma kadangkala suasana kelas yang "stress" membantutkan minat untuk belajar (pengalaman saya masa belajar dulu, mungkin ada yang tak hehe). Saya boleh bezakan pelajar-pelajar saya yang belajar melalui anime dan yang belajar di dalam kelas dengan memperhatikan cara mereka menggunakan perkataan bahasa jepun.

Kepada yang menonton anime, anda mungkin boleh perhatikan penggunakan ayat di dalam anime berbeza dengan apa yang ada di dalam buku teks. Sebagai contoh, watak-watak yang 'berstatus tinggi' (raja, puteri) bercakap dengan gaya yang berbeza daripada kebanyakkan watak yang lain. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat. Kalau tak percaya, tengoklah anime banyak-banyak.

Dalam kebanyakkan kursus atau kelas bahasa jepun, pendekatan mengajar mod sopan lebih digemari oleh guru-guru bahasa jepun. Ianya di ajar terlebih dahulu sebelum 'plain' mod didedahkan kepada pelajar. Ini kerana mod sopan ini boleh digunakan di mana mana sahaja tidak kira status. (termasuk dengan rakan rakan). Mod 'plain' biasanya, hanya boleh digunakan apabila kita bercakap dengan rakan-rakan atau orang yang rapat dengan kita (ahli keluarga, orang bawahan etc).

Walaubagaimanapun, anda akan kerap mendengar bentuk atau mod 'plain' ini digunakan dalam anime, permainan video dan juga beberapa rancangan TV jepun. Ramai yang mengadu bahawa mereka lambat untuk memahami bahasa jepun walaupun mereka telah mengambil kelas bahasa jepun. Saya tidak salahkan tempat mereka belajar, cuma apa yang saya ingin tekankan, kita harus dapat membezakan di antara mod 'plain' dan mod sopan ini.

Kepada yang ingin belajar bahasa jepun kerana hanya untuk menonton anime, sudah cukup bagi saya untuk belajar mod 'plain'. Tetapi yang ingin lebih dari itu, anda harus kuasai mod sopan dan mod 'plain' dalam waktu yang sama. Terdapat orang yang percaya yang kita harus mempelajari mod sopan terlebih dahulu, kerana mudah untuk kita membuat ayat atau perkataan mod 'plain' daripada mod sopan. Terpulang kepada cara masing-masing. Saya tak halang hala tuju masing-masing.

Cukup saya rasa pendahuluan kepada cara menggunakan 2 mode ini. Saya akan huraikan lebih lanjut dalam post yang lain saya bila sudah tiba masanya. Saya akan terangkan secara detail dalam tatabahasa jepun yang akan saya selitkan dalam post yang akan datang. Kepada yang ingin belajar tatabahasa jepun, sudah boleh beli buku nota. Kita akan masuk gear satu tak lama lagi. Sebagai rumusan kepada post kali ini, anda kena peka dalam penggunakan ayat dalam bahasa jepun. Jika tersilap kata, kita di anggap kurang sopan bagi orang jepun. Perkataan yang digunakan harus dipilih dengan sesuai mengikut siapa yang kita sedang bercakap.

Selain dari perkataan, tingkah lagi juga penting. Saya ada masukkan post tentang salah satu tingkah laku sopan di dalam budaya jepun. Tapi hanya cara untuk meminta maaf. Ada level level dia. Boleh lihat di FACEBOOK MBBJ.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites