22 January 2012

Batsu Games - No Laughing (Gaki No Tsukai)

Antara rancangan tv jepun kegemaran MBBJ.Program ini dikendalikan oleh dua orang pelawak jepun yang terkenal, Downtown (ダウンタウン) bersama-sama dengan pelawak yang lain seperti Hosei Yamasaki dan duet Cocorico. Program ini telah disiarkan di Nippon TV sejak 3 Oktober, 1989, dan berterusan hingga ke hari ini, meraikan episod 1000 pada 18 April, 2010. Sebenarnya banyak siri program yang telah mereka lakonkan, kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang "Downtown no Gaki no Tsukai ya Arahende!! " (ダウンタウンのガキの使いやあらへんで!! atau singkatannya Gaki no Tsukai (ガキの使い), boleh rujuk di wikipedia.

Siri yang MBBJ paling suka ialah siri Batsu Games. Siri yang MBBJ boleh kata yang paling terkenal dan diminati ramai. Biasanya rancangan Batsu Games - No Laughing disiarkan semasa cuti tahun baru setiap tahun. Setiap tahun MBBJ akan pastikan tidak terlepas untuk menonton siri ini. Kadang-kadang sampai kejang otot muka gelak banyak sangat.  Diringkaskan, dalam siri ini, mereka tidak dibenarkan untuk ketawa sepanjang 24 jam walaupun di uji dengan pelbagai ujian dan paksaan untuk mereka ketawa. Jika mereka ketawa, mereka akan ditangkap dan dihukum dengan sebat di punggung. Ada banyak lagi game yang mereka main. Mungkin sebelum layan video yang saya nak kongsikan, anda boleh baca-baca dulu kat sini (Batsu Games - No Laughing).

Jom layan. MBBJ akan bahagikan kepada dua bahagian. Setiap bahagian ada 10 video youtube. (Sementara ada lagi di Youtube).



















0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites