Nak tahu yang anda ni seorang yang sumbang laku atau tidak. Eh, sumbang laku tu apa yek? Kalau nak tahu, sumbang laku dalam bahasa inggeris ialah PERVERT. Mungkin kita jarang mendengar perkataan sumbang laku ini sebab kebiasaannya kita hanya menggunakan perkataan 'pervert' untuk mencopkan seseorang yang berotak kuning ini.
Kadang-kadang kita tidak tahu yang sebenarnya kita ini seorang yang sumbang laku. Kalau nak pastikan lagi, cuba 'simple test' di bawah. Pastikan anda menjawab soalan sejurus membaca ayat terakhir cerita tersebut.
Soalannya ialah:
Apakah isteri tu akan buat? Jawapan:buka seluar suaminya dan tunjuk ANU suaminya(sini)
hahahaha comfirm anda SUMBANG LAKU..kan da cakap da...bawak2 la berubah...
Jawapan: suruh suami dia orderkan...sebab suaminya bukan BISU pon...(sini)
Bagus..anda bukan dalam golongan SUMBANG LAKU..teruskan berfikiran positif..huhu
*kalau nak tahu jawapan dia...highlightkan mouse anda dari bahagian Jawapan hingga ke (sini). Jadi, anda seorang yang sumbang laku ke tidak?
Sebagai rujukan bersama. Lindungi orang tersayang dengan mengamalkan panduan di bawah. Kalau nak tahu apa kesan BPA kepada manusia, boleh rujuk post terdahulu di SINI.
Post ini khas ditujukan kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu di luar sana. Bukan nak menakut nakutkan, tetapi ada kajian di US yang menyatakan buaya-buaya di tasik Apopka (US) yang terdedah dangan bahan pencemaran BPA ini telah mengalami pengecilan organ pembiakannya dan bertukar secara perlahan-lahan menjadi buaya betina.
Perkara yang sama berlaku di Jepun, disebuah tasik yang berdekatan dengan kawasan industri pembuatan plastik yang teruk dicemari dengan bahan-bahan kimia (BPA). Saintis mendapati, kebanyakkan ikan koi yang berada di sana adalah ikan betina dan semua anak anak ikan yang baru menetas juga adalah berjantina betina.
Tidak mustahil BPA ini boleh meracuni tubuh badan manusia. Kalau agak-agak orang sebelah kita lembut semacam aja, mungkin masa kecil dia kuat minum susu botol kot hehe..
Seperti tahun-tahun yang lepas, sebelum tamatnya kelas untuk setiap semester, saya akan terpikir tentang apa yang hendak saya sampaikan kepada pendengar-pendengar setia kelas saya sebagai kononnya nasihat terakhir dari saya. Saya cuba untuk mengingatkan kembali apa yang telah saya sampai kan pada tahun-tahun sebelum ini. Malangnya tak berjaya nak keluarkan apa-apa. Nampak sangat 'long term memory' lemah hehehe.
Pada sem ni saya ambik petikan dari ucapan Steve Jobs semasa konvokesyen Stanford University, 12 Jun 2005. Ucapan oleh beliau yang agak panjang yang menceritakan kisah hidup Steve Jobs sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Cerita yang menarik untuk diteladani dan dicontohi. Dalam ucapan beliau, dia menceritakan bagaimana dia menggunakan peluang yang ada dihadapannya dan bagaimana dia meletakkan 100% fokus dan 'passion' dalam melakukan sesuatu.
Dalam ucapannya juga, dia berkongsi pengalamannya apabila mengetahui yang dia mempunyai kanser. Tatkala dia mengetahui yang dia mempunyai kanser, dia merasakan yang ajal akan menjemputnya tidak lama lagi. Tetapi perasaan yang hebat untuk menghadapinya ditukarkan dengan satu "kuasa" untuk meneruskan hidupnya. Dia menjadi lebih semangat untuk membuat sesuatu yang dia inginkan. "Kuasa" yang menolaknya untuk terus kehadapan.
Di saat saya mendengar ucapan beliau, terdetik di hati saya, memang manusia akan melakukan sesuatu dengan sepenuh hati bila dia tahu bila dia akan mati. Dalam keadaan 'terdesak', manusia akan sanggup melakukan apa apa sahaja. Tak heran, banyak pakar motivasi yang mengatakan, jika anda mahu melakukan sesuatu dengan 110% tenaga dari diri anda, pikirkan yang anda akan mati pada keesokkan hari. Bila dipikirkan balik, memang ada manusia yang berjaya menyelesaikan sesuatu kerja selepas di desak. Alasan mereka, dalam keadaan terdesak ini baru mereka berjaya mengeluarkan idea dan fikiran yang bernas. Mereka-mereka ini saya suka labelkan sebagai 'last minute person'.
Sumber gambar: www.magneticfotostudio.com
Berbalik pada ucapan Steven Jobs, dia juga menceritakan bagaimana dia telah gagal dalam membuat sesuatu dan menjadikan kegagalan itu sebagai 'feedback' untuk memperbaiki perjalanan hidupnya. Itulah antara intipati ucapan beliau. Tetapi yang saya mahu 'highlight kan disini, di akhir ucapannya dia ada memetik satu ayat dari majalah The Whole Earth Catalog edisi terakhir; 'Stay hungry, Stay foolish'. Ayat yang pada mulanya membuatkan saya termenung dan berfikir.
Setelah seminit dua berfikir, baru saya dapat tangkap apa yang dimaksudkan dalam petikan tersebut. Pada saya, ayat tersebut lebih kepada konteks kehidupan seharian kita. Kehidupan adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Jika kita jatuh, kita belajar untuk bangun kembali, jika kita jalan setapak, kita belajar untuk tapak yang seterusnya, dan waktu tidur pun sebenarnya kita sedang belajar. Dalam proses pembelajaran ini, semangat dan keinginan untuk terus belajar harus di tanam. Semangat dahagakan ilmu, 'lapar' untuk mendapatkan sesuatu, memberikan satu 'kuasa' dalam proses pembelajaran ini.
'Stay foolish' pula bagi saya memberikan dua maksud disebaliknya. 'Stay foolish' bukan bermaksud yang kita harus sentiasa bodoh setiap masa tetapi ianya satu cabaran kepada kita untuk memperbaiki diri dan terus untuk menimba ilmu. Jarang kita dengar orang yang bodoh akan senang berada di dalam zon bodoh meraka. Bila mengetahui dirinya bodoh, seseorang akan bertindak untuk memperbaiki dirinya dan keluar dari zon bodoh mereka itu. Orang yang bodoh sahaja yang akan terus bodoh. Orang yang bijak akan perbaiki kebodohannya.
Maksud yang kedua yang saya dapat tafsirkan, sentiasa membuat keputusan yang kurang bijak. Kalau dilihat maksud 'foolish' dalam kamus DBP, salah satu maksudnya, kurang bijak. Kenapa kita kadang kala membuat keputusan yang kurang bijak? Bagi saya, keputusan yang kurang bijak ini akan menghasilkan kegagalan. Kegagalan ini sebenarnya yang mengajar kita bagaimana untuk berjaya. Seperti di dalam salah satu buku Robert Kiyosaki (Penulis buku bestseller Rich Dad Poor Dad series), 'Success is a poor teacher'. Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh.
Mungkin ada yang kata, kejayaan juga boleh mengajar kita untuk terus kehadapan. Saya tidak nafikan. Tetapi mengikut pemerhatian Adam Khoo (Penulis bestseller Master Your Mind, Design Your Destiny), orang yang berjaya akan terus berjaya jika dia memiliki sesuatu, iaitu 'passion' dan minat yang kuat terhadap sesuatu. Tambahan, Anthony Robbins ( Penulis bestseller Unlimited Power) menyatakan untuk terus berjaya, seseorang itu perlu gagal dahulu, dan meletakkan 'the right emotional' terhadap feedback dari kegagalan tersebut.
Saya tak nak berceloteh panjang pasal bagaimana mahu berjaya, cuma saya ingin sampaikan bagaimana saya melihat 4 perkataan dari ayat atas. 'Stay hungry, stay foolish'. Mungkin banyak lagi maksud yang tersirat dalam ayat tersebut. Mungkin anda akan keluar dengan pelbagai tafsiran dari ayat tersebut. Apa yang penting, kita bertindak apa yang kita takfsirkan. 'The power of NOW'. hehe
Mungkin anda boleh berkongsi tafsiran anda di bahagian komen. Bagaimana anda melihat ayat 'Stay hungry, stay foolish' tersebut. Kalau nak berkongsi pengalaman dan cerita pon boleh. Kepada yang ingin mendengar ucapan dari Steven Jobs, boleh la lihat di video di bawah. Selamat bertindak!!!
PS: sebenarnya sudah lama post ini berada dekat 'draft' di dashboard. Tak tertekan button 'publish'. Ingat nak tambah lagi, tapi takpa laa..cerita-cerita bagaimana mahu berjaya saya cerita kat entry lain.
All the topic or story written in this blog was only based on my reading and experience. It is your responsibility to absorb and apply it or you could risk not only your data, but time, money and all. Publication or use of any article on or off-line without written permission from the author is prohibited. If you would like to use my article on your web site or in your publication, contact me for details