23 March 2011

Kelas Bahasa Jepun - Pengenalan

Saya yakin ramai yang berminat untuk belajar bahasa jepun, tetapi tidak tahu macam mana untuk memulakannya. Anda tidak ada masa yang banyak, tetapi anda boleh mencuba untuk belajar sekiranya ada orang yang sanggup untuk membantu. Sayalah orangnya.

11 penyebab utama kenapa ada perlu untuk belajar bahasa jepun!!
  • dianggarkan seramai 130 juta orang menggunakan bahasa jepun, bahasa jepun termasuk dalam rank sepuluh teratas bahasa yang digunakan di dalam dunia
  • di dalam dunia game console dan anime, bahasa jepun melonjak ke tempat pertama
  • bahasa jepun digunakan dalam game-game yang anda ingin beli (anda tidak membelinya kerana anda tidak paham bahasa jepun)
  • kebanyakan suara-suara yang digunakan dalam anime jepun yang ditayangkan di tv sering mencuit hati dan penuh semangat jika dibandingkan suara bahasa melayu yang di alih suarakan (memboringkan).
  • banyak drama dan anime yang ditayangkan di tv adalah dalam bahasa jepun sahaja. Adalah seronotnya jika anda boleh memahaminya.
  • ramai ahli keluarga, kawan dan rakan sekerja anda percaya yang bahasa jepun adalah susah. Tunjukkan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Mungkin meraka rasekan anda mempunya bakat yang terpendam atau memori yang kuat, tetapi sebenarnya semua orang boleh mempelajari bahasa jepun sekiranya mereka mahu
  • "fasih dalam bahasa jepun" nampak gah dalam resume, ataupon di dalam kelebihan anda semasa kerja. Memiliki bahasa kedua selepas bahasa rasmi banyak membantu, tetapi bahasa jepun akan memberi effect yang lebih kepada majikan anda, kerana tidak ramai rakyat malaysia tahu berbahasa jepun.
  • Bahasa jepun mempunya reputasi yang "susah", tetapi sebenarnya ianya hanya 'berbeza" bukan "susah"
  • Jepun memiliki ekonomi kedua terbesar dalam dunia, oleh itu mempelajari bahasa jepun adalah relevant
  • Jepun mempunyai budaya yang menarik, dan kebanyakkan nya reflek di dalam bahasa jepun
  • Jepun menguasai industri video game dan anime. Dengan mempelajari bahasa jepun, anda boleh belajar sambil berseronok menonton anime dan bermain game. (ada bahasa lain yang memberikan keseronokan yang sama?)
Bagaimana awak mengajar saya bahasa jepun?
Saya akan bermula dengan cara yang mudah, iaitu saya akan menganggap anda langsung tidak tahu bahasa jepun. Apa yang anda kena ada ialah keinginan dan kesungguhan untuk belajar dan selanjutnya saya akan membantu anda!!!!

Berikut adalah salah satu penunjuk cara yang akan saya bantu anda:
cara untuk mula
cara untuk mula dan terus bermotivasi untuk belajar
mendapatkan buku-buku yang anda perlukan
belajar bahasa lisan
belajar bahasa menulis
belajar bahasa jepun dengan budget yang RENDAH
mencari sumber rujukan bahasa jepun di internet
mendapatkan software pemprosessan bahasa jepun secara percuma
mendapatkan kamus elektronic secara percuma
pembelajaran bahasa jepun yang menarik menggunakan pelbagai sumber
menunjukkan perkara atau cara yang anda boleh lakukan untuk memantaskan lagi proses
mencari jalan yang terbaik untuk anda sebagai individu yang ingin belajar bahasa jepun

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites