27 October 2011

Teka Silang Kata - いろ (Warna)

Kali ini saya bawa satu lagi pendekatan yang baru untuk belajar bahasa jepun. Kita perlu kreatif dalam memilih cara yang terbaik dalam belajar bahasa jepun dan yang lebih penting, ianya menyeronokkan. Pembelajaran yang tidak effektif menyebabkan kita cepat berasa bosan dan mungkin akan cepat putus asa.

Saya akan kongsikan beberapa teka silangkata yang saya ada untuk anda cuba. Teka silang kata ini adalah amat mudah dan ianya boleh dibuat di waktu lapang. Mereka yang masih baru boleh mencubanya, sesiapa yang telah mahir, boleh jadikannya sebagai latihan. Teka silang kata ini boleh membantu untuk sesiapa yang ingin belajar hiragana dan katagana di waktu yang sama memperbanyakkan perbendaharaan jepun kita.

Hiragana dan katagana digunakan dalam menyelesaikan perkataan dalam silang kata ini. Saya akan kongsikan dua bahagian dalam teka silang kata ini. Bahagian pertama adalah perkataan Jepun ke English dan bahagian kedua adalah English ke Jepun. Jangan risau, dari masa ke semasa akan berikan hint dan arahan dalam menyelesaikan teka silang kata ini. Saya mulakan dengan level mudah dan kemudian sampai la ke level yang susah.

Untuk kali ini, saya kongsikan dahulu satu (Japanese-English). Di peringkat permulaan, cuba selesaikan teka silang kata ini tanpa menggunakan sebarang alat bantuan. Uji dulu perbendaharaan atau vocab anda. Selepas itu baru rujuk kamus atau google jer terus kalau da "give up" heheh

Anda boleh tulis jawapan di kertas yang lain atau kalau nak senang, print dulu baru selesaikan. Lebih baik lagi, print atas "recycle" kertas sahaja. Mari kita sama-sama selamatkan pokok-pokok diluar sana. Jangan lupa untuk muat turun (klik pada gambar) dan jom kita cuba!!

 Hint: よこのかぎ(yokonokagi) - Melintang, たてのかぎ(tatenokagi)- Menegak

Saya bagi contoh jawapan untuk Melintang no. 3, ペンキ - PAINT


Saya akan bagi jawapan di Facebook Page Japenese Lesson, Mari Belajar Bahasa Jepun. Rajin-rajin la update kat sana.

JAWAPAN ADA DI SINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites