Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

28 April 2011

FKBSK Dinner 2011

Majlis Makan Malam FKBSK yang dianjurkan oleh FKBSK dan BIOMEHS. Makan malam ini meraikan pelajar tahun empat FKBSK yang akan meninggalkan UTM setelah tamat pengajian mereka. Walaupun belum lagi tamat peperiksaan akhir mereka, tetapi mereka sudah boleh "enjoy-enjoy" sedikit sebab baru sahaja tamat pembentangan PSM. Perasaan lepas pembentangan PSM memang rasa macam sudah habis pengajian, tak apa saya paham. Dulu masa saya buat "degree" pon macam itu gak. Kalau nak diceritakan tentang majlis malam tersebut, macam-macam boleh diceritakan. Apa yang penting, semua yang hadir "enjoy" sambil berprotokol. Walaupon dekat hujung-hujung majlis, da hilang...

27 April 2011

Tatabahasa Yoda

Saya hendak berkongsi satu info yang saya jumpa semasa "surfing" tentang belajar bahasa jepun. Saya amat tertarik dengan cara dia mengolah tatabahasa jepun supaya senang difahami. Tentu anda pernah dengar nama Yoda atau Master Yoda, karakter di dalam movie Star wars. Saya sering teringat ayat atau quote dari Master yoda di dalam movie tersebut, "Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering." Karakter Yoda ini amat "cute" bagi saya kerana nampak sahaja kecil, tapi Master yoda sebenar nya mentor kepada jedi-jedi di dalam star wars. Bayangkan la kalau jedi sendiri digeruni oleh masyarkat masa...

23 April 2011

Belajar Bahasa Jepun secara Online - AJALT

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi website yang menarik untuk anda cuba. Saya belek-belek website ini dan saya rasa ianya amat menarik untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang ingin belajar bahasa jepun. Jom kita lihat apa yang ada dalam website ini. Pertamanya saya nampak website ini berguna untuk anda yang ingin belajar asas kepada perbualan, perbendaharaan (vocab), membaca, tatabahasa dan banyak lagi. Terdapat juga perbualan dan  pembacaan untuk yang sudah menguasai bahasa jepun tetapi ingin untuk mempertajamkan lagi kemahirannya. Saya amat tertarik pada beberapa bahagian di dalam website ini. Antaranya: Survival Japanese Di...

21 April 2011

No bahasa melayu, Japanese Only

Tips yang saya hendak kongsikan pada hari ini adalah tips untuk belajar bahasa jepun dengan lebih pantas. Mengikut pengalaman saya dahulu, cara yang paling cepat adalah dengan mencampak diri anda di negara Jepun. Bila anda terdesak dan tiada alternatif lain, anda kena juga menggunakan bahasa jepun. Lebih cepat anda belajar bahasa jepun. Kalau di Malaysia, kita malu nak pratik dengan kawan. Kalau di kelas, dicampurkan dengan bahasa melayu dan bahasa jepun. Jadi lambat la prosess untuk belajar bahasa jepun...

20 April 2011

Belajar Bahasa Jepun secara Online - uPal

Laman web yang membantu anda dalam belajar bahasa jepun. Kalau anda cuba layari web tersebut, ada boleh dapati ianya ada penterjemahan dan kamus dan boleh berlatih kanji, hiragana dan katagana melalui audio dan kuiz di dalam laman web tersebut. Yang menariknya dalam web ini, anda boleh mengunakan mouse untuk menulis kanji dan mengetahui maksud dan bagaimana untuk menyebutnya. Anda juga boleh cuba kuiz yang disediakan untuk berlatih hiragana, katagana dan kanji. Jika anda klik Menu "podcast" di sebelah atas laman tersebut, anda boleh melihat animasi yang menunjukkan bagaimana kanji di cipta...

19 April 2011

Cukai Pendapatan 2011 - Nari lari ke nak lepas?

Bersambung dari tips yang lepas, kali ini saya nak bercerita pula tentang pelepasan cukai pendapatan 2010. Topic yang penting jika anda berminat untuk tahu tentang perancangan cukai. Cukai perlu dirancang agar kita dapat meminimakan kadar cukai yang dikenakan kepada kita. Kepada yang bijak merancang kewangan anda, anda mesti juga bijak dalam perancanga cukai. Kadang-kadang kita ambil tidak endah pelepasan cukai ini dan akhirnya, selepas anda menafsir cukai anda, jumlah yang tinggi di kenakan cukai. Tapi jika anda bijak, anda merancang pembelanjaan anda dan seterusnya dapat mengurangkan cukai pendapatan tahunan...

18 April 2011

Bagaimana nak lari dari cukai?

Sekali baca tajuk post kali ni, mesti ramai yang berminat untuk tahu bagaimana nak lari dari cukai. Sebenarnya tiada cara nak lari dari kena bayar cukai. Bukan senang-senang kita off telefon atau duduk dalam gua, kita boleh terlepas dari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Selagi kita kerja "makan gaji" ni, selama itula gaji tahunan kita akan di "sedekah" sedikit pada kerajaan untuk kegunaan bersama. Saya tak nak la membebel lebih lanjut pasal kaitan makan gaji dengan cukai ni. Banyak yang boleh di bebelkan kalau nak diikutkan. Nanti kalau ada masa lebih nanti saya bebel lagi...

Borang cukai pendapatan 2011

Masa untuk men"declare" berapa banyak harta anda dan berapa banyak yang dikenakan cukai sudah tiba. Kepada sesiapa yang bergaji besar dan layak dikenakan cukai, cepat-cepat la hantar borang cukai pendapatan anda. Kalau tidak kena denda. Kepada yang bergaji kurang banyak pun kena hantar jugak. Jangan ingat anda terlepas daripada tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia....

17 April 2011

Denda RM2000 tak serah borang BE

Berita terkini untuk pembayar-pembayar cukai dan mereka yang layak untuk menghantar borang cukai pendapatan (BE Form). Anda hanya ada tinggal 15 hari tu menyiapkan borang dan hantar kepada LHDN. Tak kisah laa hantar by hard copy ataupon buat secara online. Kalau tak nak kena denda atau masuk penjara, cepat-cepatkan laa buat. Berikut saya petik dari berita daripada berita harian dan pengumuman rasmi dari pihak LHDN. Harian Metro, 16 April 2011 KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE). Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan semalam berkata, tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada...

Saya kena cukai ke tidak?

Bagaimana nak tahu yang kita ini layak ke tidak layak untuk membayar cukai pendapatan? Hayati senario di bawah; PAR A: Saya kena cukai ke tidak? Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan? PAR A: RM 800 aje Encik...cukup-cukup makan Hamba Allah: Alhamdulillah, kalau awak cakap cukup untuk tanggung keluarga. Awak kena kerja keras sedikit..cari "side income" atau buat kerja "part-time" tambahkan pendapatan awak. Tapi jangan risau, awak tak dikenakan cukai. Kerani B: Saya kena cukai ke tidak? Hamba Allah: Berapa gaji bersih kamu tiap-tiap bulan? Kerani B: Takda la banyak sangat, dalam RM 1500 jer. Hamba Allah: OK, untuk tahun ini awak...

15 April 2011

Belajar bahasa jepun Peta Minda part 1

Satu lagi tips dari saya untuk mempercepatkan process pembelajaran bahasa jepun anda. Selain dari membuat To-Do List, anda boleh juga mengunakan peta minda untuk merekodkan apa yang anda telah belajar. Peta minda amat bagus untuk digunakan sebagai "tools" untuk menghafal. Anda boleh mulakan dengan menggunakan kertas putih dan buat lakaran peta minda dengan pensel atau pen bewarna. Setelah siap, boleh diletakkan dalam file untuk rujukan kemudian hari. Atau anda boleh "frame" kan peta minda tersebut dan gantung di tempat yang senang untuk anda lihat. Biar saya kongsi peta minda saya untuk part 1. Anda boleh muat turun dan print untuk kegunaan masing-masing. Jangan risau, saya takkan claim copyright. Sebab saya selalu amalkan "kalau nak cepat pandai, ajar kat orang lain dulu". Jumpa lagi!!...

Belajar bahasa jepun TO-DO List part 1

Belajar bahasa jepun dengan perancangan yang teratur akan mempercepatkan process pembelajaran anda. Bagaimana nak merancangan langkah-langkah tersebut?. Anda boleh menulis di atas kertas senarai tugasan (To-Do List) untuk belajar bahasa jepun. Untuk permulaan, mulakan dengan cara menulis dan menyebut dalam bahasa jepun. Kalau sudah "master" dua perkara ini, baru kita gerak ke langkah yang seterusnya. Saya kongsi "To-Do List" saya. ...

14 April 2011

Belajar hiragana & katagana secara online Part I

Sudah agak lama saya tidak buat kelas bahasa jepun. Terasa rindu nak bercakap dalam bahasa jepun. Kalau dulu saya ada jugak membuat kelas bahasa jepun untuk berkongsi dengan sesiapa berminat untuk belajar bahasa jepun. Selain itu, kelas bahasa jepun yang saya buat jugak memberikan peluang kepada saya untuk refresh balik kanji-kanji dan bumpo yang dalam lama terkaram dalam otak saya. Kalau berkesempatan, mungkin saya akan adakan balik kelas bahasa jepun percuma saya ini. Itupon kalau ada sambutan yang mengalakkan. Kita tunggu sahaja. Kali ini saya bukan nak mengajar bahasa jepun, bukan tak nak mengajar tetapi dengan masa yang cemburu dengan saya, tak sempat nak buat post khas untuk memulakan kelas saya secara online. Saya mahu berkongsi dengan anda sumber-sumber dari internet yang boleh...

Amaran transaksi kad kredit

Satu lagi langkah yang baik yang akan di ambil oleh pihak BNM untuk penguna-penguna kad kredit di Malaysia. Kita banyak mendengar kes-kes penipuan kad kredit sekarang ini sampaikan ada yang fobia dan berfikir dua tiga kali untuk menggunakan kad kredit. Kemudahan yang disediakan disalah gunakan oleh pihak ketiga untuk mengambil keuntungan dari kecuaian penguna kad kredit...

Komen pertama yang diterima

Sudah hampir seminggu saya mulakan blog ini, merangkak-rangkak lak jugak untuk tukar "template", nak seragamkan warna dalam blog supaya senang nak di baca, dan susun "layout" blog untuk pastikan blog ini "user-friendly" untuk dilayari. Banyak juga saya "surfing" blog-blog rakan-rakan yang lain, search di google untuk mencari contoh-contoh blog yang ranknya tinggi untuk mendapatkan ilham tema apa yang saya nak selitkan dalam blog saya ini. Makin banyak blog yang saya surfing atau "blog-walking", semakin saya pening nak ikut yang mana satu. Mungkin saya sudah sampai ke tahap yang orang kata "analysis paralysis". Tahap dimana terlalu banyak yang telah di pelajari, terlalu banyak "information" yang perlu di analysis dan berakhir dengan menjadi lumpur atau "paralyzed" untuk bertindak. Saya tak...

12 April 2011

Mengapa orang tua susah nak tidur?

Anda memerlukan waktu tidur yang kurang apabila umur anda semakin meningkat. Sebagai contoh, bayi memerlukan 14 jam sehari, kanak-kanak memerlukan 10 jam dan orang dewasa hanya memerlukan 7 hingga 8 jam sehari. Orang tua biasanya sudah cukup untuk mereka hanya 5 ke 6 jam waktu tidur. Mereka kurang aktif berbanding orang yang lebih muda daripada mereka. Yang pastinya, kalau anda perasan, orang tua cenderung untuk tidur sekejap (short nap) di siang hari. Ini mengurangkan keperluan mereka untuk tidur di waktu malam. Sebab itu mereka (orang tua) susah nak tidur di waktu malam...

Rahsia penyampaian hasil penyelidikan yang baik

Sumber gambar: e-socrates.org Sempena dengan suasana dan musim ramai yang kena buat "presentation". Saya mungkin nak berkongsi pengalaman tentang cara untuk membuat penyampaian yang baik. Penyampaian yang baik bergantung kepada penyampai, pendengar dan juga suasana atau persekitaran berlakunya penyampaian. "Post" untuk kali ini saya akan fokus hanya pada faktor penyampai. Penyampaian atau persembahan hasil penyelidikan adalah satu tugasan yang amat mencabar jika anda tidak tahu caranya. Tetapi ianya akan bertukar kepada perkara yang menyeronokkan jika hasil penyelidikan yang ingin di sampaikan dapat diterima 100% oleh pendengar dan hasil...

07 April 2011

Suami saya selalu bersin-bersin setiap pagi bangun dari tidur. Bagaimana nak memberhentikannya?

 sumber gambar: healthoncampus.wordpress.com  JAWAPAN: Dia mungkin menderita "Rinitis Vasomotor" (rhinitis perengga) atau demam. "Rinitis Vasomotor" adalah disebabkan tindak balas oleh membrane hidung kepada ganguan seperti asap , perubahan suhu dan stress. "Rinitis Vasomotor" adalah bukan dalam kumpulan rhinitis alergi dan ianya tidak boleh di ubati dengan hanya memakan jenis ubat anti alergi. Jika suami anda mengambil "long-acting" antihistamine tablet setiap malam, ianya akan mengurangkan reaksi di dalam hidung, dan dapat mencegah dari bersin-bersin. Yang baru, "non-sedating" antihistamines telah ada di pasaran sekarang. Corticosteroids;...

06 April 2011

Pening dan rasa nak pengsan

RINGKASAN Serangan kepala pening dan hendak pengsan adalah masalah umum di kalangan kita. Salah satu puncanya termasuk kandungan gula dalam darah yang rendah, minum terlalu banyak alkohol, atau dengan hanya anda bangun dari duduk terlalu cepat. Terasa hendak pengsan mungkin juga disebabkan kejutan emosi (emotional shock) atau panik, atau mungkin juga berlaku semasa mengandung. Serangan (pening dan pengsan) yang sesekali kurang menimbulkan kebimbangan kepada kita, tetapi ianya perlu di ambil berat. Ini kerana kadang kala masalah ini mungkin disebabkan oleh punca yang kita tidak ketahui yang mungkin medatangkan mudarat; ataupon disebabkan pengambilan ubat-ubat yang tertentu.Anda boleh rawat sendiri dengan.......

05 April 2011

Baca secara online

Open publication - Free publishing - More communication Cubaan pertama untuk memuat naik bahan bacaan "Online" untuk para pengunjung blog saya ini. Selamat membaca sambil berhibur!!! ...

04 April 2011

Berita baik atau buruk kepada pemegang atau bakal pemegang kad kredit

Mungkin anda ada membaca berita tentang syarat-syarat baru yang telah di keluarkan oleh BNM bagi pemegang dan bakal pemegang kad kredit di Malaysia. Garis panduan yang baru ini dikeluarkan oleh BNM pada 18 Mac 2011 yang lalu memberikan dua perspektif kepada rakyat Malaysia; khususnya mereka yang ingin memiliki kad kredi...

01 April 2011

Perbezaan antara 3G vs 4G Edisi ke-2

Jawapan: Bagaikan "tsunami" atau empohan maklumat mengenai kedatang teknologi internet 4G, ramai pelangan dan pengguna tertanya-tanya tentang apa sebenarnya perbezaan antara rangkain 4G yang baru dengan rangkaian 3G yang sudah semakin mendapat tempat di hati penguna tegar teknologi tanpa wayar. Jika kita perhatikan, iklan tentang kelajuan yang lebih tinggi dan pantas sering di paparkan tanpa memberitahu kepada penguna tentang penjeleasan yang tepat. "Internet Provider" seperti Maxis, Celcom dan dsb pula jelas mengambil langkah tunggu dan lihat untuk menggunakan teknologi 4G ini dan tampaknya kurang yakin akan keperluan untuk pengguna untuk menerokai teknologi 4G. Pengeluar telefon bimbit pula sering membuat perbandingan dengan persaing-pesaing mereka dengan mengunakan teknologi...

Perbezaan antara 3G vs 4G?

Minta maaf kerana saya terpadam info tentang perbezaan 3G dan 4G yang saya telah ditulis dalam post ini. Kesilapan teknikal berlaku semasa saya sedang menambah info teknikal 3G dan 4G ini dan tertekan ALT + A + DELETE dan nak di jadikan cerita, blogger terus automatik SAVE AS DRAFT. Terus tak dapat nak "Back" atau kembali ke laman sebelum terpadam. Harap maaf. Saya akan cuba mencari jalan untuk mendapatkan post saya ini. Harap jika ada blogger-blogger yang pernah mengalami pengalaman yang sama dengan saya, boleh berkongsi cara untuk mendapatkan balik post saya i...

Page 1 of 27123Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites