18 April 2011

Borang cukai pendapatan 2011

Masa untuk men"declare" berapa banyak harta anda dan berapa banyak yang dikenakan cukai sudah tiba. Kepada sesiapa yang bergaji besar dan layak dikenakan cukai, cepat-cepat la hantar borang cukai pendapatan anda. Kalau tidak kena denda. Kepada yang bergaji kurang banyak pun kena hantar jugak. Jangan ingat anda terlepas daripada tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia.


Bagaimana nak menghantar borang cukai pendapatan anda. Pertama, anda kena pastikan dulu berapa banyak gaji yang anda telah terima untuk tahun tersebut. Anda kena tanya majikan anda, dapatkan penyata tahunan gaji anda. Mintak kat HR majikan anda borang EA atau EC. EA untuk swasta dan EC untuk kerajaan. Kalau diaorang tak bagi, kejar sampai dapat. Sekarang mudah kita nak dapatkan EA atau EC ini sebab sudah banyak majikan yang telah pakai system online. Print sahaja dari internet.

Sudah cukup semua tu, anda boleh mula untuk menghantar borang cukai pendapatan anda. Kepada yang masih gemar untuk mengunakan hard-copy cara "old timer" atau tak pandai mengunakan IT untuk register secara online, anda akan dapat borang BE dari LHDN. Kepada yang tak dapat lagi, maksudnya anda telah register online dan sepatutnya anda kena buat e-filing.

Hantar borang cukai pendapatan, Perseorangan BE
Kepada yang buat secara manual, lepas sudah siap isi borang anda, anda kena pos ke LHDN macam biasa. Tanamkan azam untuk buat secara online tahun hadapan. Sebenarnya senang sahaja nak isi borang dalam e-filing ni. Cepat dan lebih selamat dari hantar secara manual. Untuk sesiapa yang sudah terbuka hatinya untuk buat secara online, boleh pergi ke link di bawah atau klik pada gambar.


Nak cari kat mana No. Pin?
Bagi membolehkan anda untuk mengisi borang dalam e-filing ni, anda kena daftar dahulu. Caranya, anda pergi ke mana-mana cawangan LHDN dan mintak no pin pada masa tu. Bawa sekali salinan kad pengenalan, penyatan gaji tahunan (EA form) atau slip gaji dan kadang-kadang diaorang tengok sekali sijil kahwin. Bawa sahaja, mana tahu diaorang minta.

Lepas sudah ada no pin tersebut, anda boleh la mula untuk mengisi borang di e-filing. Cara dia amat mudah, hanya perlu isikan kotak kosong dengan info dan data tentang diri anda. Semuanya akan dikirakan secara online. Nanti saya buat satu lagi post khas bagaiman nak isi setiap kotak tersebut. Ada tips-tips yang anda kena tahu untuk mengurangkan kadar cukai tahunan anda. Juga saya akan masukkan sekali bagaimana nak dapatkan kembali duit PCB (ditolak setiap bulan) setelah dikira berapa cukai yang dikenakan. Kalau kadar cukai tahunan boleh di cover oleh PCB ok la. Kalau tak, anda kena bayar baki selebihnya. Itu yang kena kira betul-betul.

Sebelum saya tamatkan post ini, kepada yang pernah buat e-filing sebelum ni, tapi tahun ni no. pin hilang atau terlupa, boleh menghubungi pihdk LHDN di talian bebas tol 1-300-88-3010. Itupon kalau system tak "jem". Kadang-kadang bila sudah dekat dengan tarikh tutup, susah nak dapat. Atau, anda boleh mohon no pin secara email. Tarikh tutup untuk memohon no pin secara email adalah pada 20 April 2011.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh rujuk di laman LHDN.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites