Mungkin anda ada membaca berita tentang syarat-syarat baru yang telah di keluarkan oleh BNM bagi pemegang dan bakal pemegang kad kredit di Malaysia. Garis panduan yang baru ini dikeluarkan oleh BNM pada 18 Mac 2011 yang lalu memberikan dua perspektif kepada rakyat Malaysia; khususnya mereka yang ingin memiliki kad kredit.
Bagi mereka-mereka yang berjaya dalam pengurusan kewangan peribadi mungkin melihat garis panduan yang baru ini sebagai satu langkah yang bijak dari BNM untuk mendisplinkan pengguna kad kredit di Malaysia agar mereka bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan masing-masing. Dari perspektif yang lain, ianya mungkin menutup ruang-ruang kepada penguna yang ingin memiliki kad kredit tetapi berpendapatan rendah. Dengan gaya hidup dan keperluan seharian yang semakin tinggi, kad kredit ini mungkin membantu untuk mereka dalam perbelanjaan seharian. Tetapi senario ini memberikan satu risiko yang tinggi dan BNM telah melihat pelbagai kes-kes mereka yang gagal merancang penggunaan kad kredit dan mereka ini berakhir dengan "muflis". Sebagai langkah pencegahan, BNM mengeluarkan garis panduan yang baru dengan harapan garis panduan ini dapat merangka satu cara hidup atau masyarakat yang bebas dari HUTANG.
Berikut adalah antara garis panduan yang baru dan komen-komen dari saya:
1. Untuk mendapatkan kad kredit baru memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.
(Ini adalah untuk bakal pemegang kad kredit. Dengan garis panduan yang baru ini, pemohon kad kredit yang baru perlu memilik gaji mininum RM2000 setiap bulan untuk layak memohon kad kredit.)
2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.
(Sebelum ini, tiada had untuk memiliki kad kredit; pengguna boleh memiliki pelbagai kad kredit dari syarikat pengeluar kad kredit. Dengan garis panduan yang baru ini, tiada peluang untuk "menunjuk" dereten kad kredit di dompet masing-masing di samping menghad gaya hidup yang mewah tapi "MISKIN")
3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
(Kepada mereka yang memiliki lebih dari dua kad kredit, sila-sila tutup kad kredit ketiga dan seterusnya. Pastikan ada dua sahaja dan selamat datang ke pengurusan kewangan yang lebih berhemat.)
4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.
(Jangan ingat boleh batal sesuka hati sahaja. "HUTANG" tetap hutang. 2 tahun yang diberikan adalah amat cukup bagi saya untuk melangsaikan hutang-hutang lapuk tersebut jika anda bijak merancang. Tak kisah anda kena buat pinjaman yang baru atau mengurus badget yang baru untuk melangsaikan hutang tersebut.)
5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
(Secara automatiknya, anda akan kehilang kuasa membeli berbanding had maksimum kredit sebelum ini. Jika sebelum ini, anda "MAMPU" untuk membeli sehingga 12K kredit, sekarang anda hanya "MAMPU" sebanyak 3K sahaja jika gaji min sebanyak 6k sebulan. Kena pikir dua kali kalau nak beli TV LED..hehe)
Garis panduan di atas adalah antara yang telah di keluarkan oleh pihak BNM. Ada lagi beberapa perkara yang penting antaranya; BNM menegah pengeluar kad kredit menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad dan BNM juga mengkehendaki Pengeluar kad menyediakan lembaran penzahiran produk (produk disclosure sheet) yang mempunyai maklumat penting, yuran dan tanggungjawab pemegang kad dengan jelas. Semua ini mengelakan pengeluar kad kredit sesuka hati menguruskan kad kredit pengguna tanpa memberikan "TANGGUNGJAWAB" yang sepatutnya di letakkan pada pengguna kad kredit itu sendiri. Sebagai tambahan, ianya mengelakkan pengeluar kad kredit dari mengeluarkan maklumat yang samar-samar atau kurang tepat tentang maklumat penggunaan semasa kad kredit.Detail garis panduan yang baru ini, anda boleh rujuk di sini.
Secara peribadi, saya amat bersetuju dan menyokong hasrat murni dari BNM ini. Semoga kita sama-sama dapat merancang kewangan peribadi kita dengan berhemat. Jika anda rasakan anda sedang mengalami masalah kewangan atau gagal merancang kewangan peribadi masing-masing, masih belum terlambat untuk bertindak. Tunggu "next" post saya tentang "Bagaiman untuk merancang kewangan anda" dalam masa terdekat. Adalah lebih baik kita merancang dengan acuan sendiri daripada dirancang oleh orang lain. kalau tak, takda laa BNM keluar garis panduan baru ini.
Jumpa lagi...
0 comments:
Post a Comment