Yang saya nak highlightkan dalam post kali ini yang saya banyak menerima komen-komen dari rakan-rakan yang singgah untuk tengok blog saya yang tak seberapa ini. Ada yang memberi komen yang positif dan ada gak yang "laser"kan balik saya. Walaupun kena ceramah dengan rakan-rakan, saya dengar sahaja apa yang nak mereka komen. Apa-apa pon terima kasih atas semua komen tersebut. Kalau nak di senaraikan semua komen-komen yang telah saya terima, terasa malu la pulak untuk berkongsi dalam post kali ini. Tapi tak mengapa, saya takkan lupa komen-komen anda, dan saya telah catitkan dalam notepad kesemua komen-komen tersebut untuk saya ambil tindakan di masa hadapan. Itupon kalau saya rasa ianya wajar di lakukan. Kalau saya tak tukar apa yang anda sudah komen, jangan marah dan jangan ambil hati. Harap paham.
Apa yang menarik yang saya nak kongsikan adalah komen pertama yang saya terima. Komen yang sungguh ringkas tapi amat dalam makna dan kesannya kepada saya. Komen tersebut datangnya dari isteri saya tersayang, sewaktu saya pertama kali menunjukkan blog saya kepada dia.
3 ayat yang ringkas tapi bagaikan pisau menusuk hati saya. Bukannya sakit hati sebab ayat yang dikeluarkan, tapi ayat itu membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Betul jugak apa yang bini aku cakap. Kalau guna ayat skema-skema macam mana orang nak baca. Kalau skema macam buku text sejarah, sekali tengok orang sudah boring. Saya pon kalau diberi peluang untuk membaca buku sejarah, saya boleh jamin saya tak boleh bertahan lama (sebab saya kurang minat subjek sejarah kot)."Skema gila blog ni"
3 ayat itu jugak membuat saya berfikir, buat apa nak buat blog skema-skema. Saya bukannya nak buat article atau journal untuk masuk surat khabar atau masuk dalam online journal-journal scientific seperti Elsevier, IEEE dan dsb. Tiada profesional reviewer pon yang akan review blog saya ini yang akan membetulkan kesalahan format saya atau kesalahan bahasa saya. Walaupun matlamat asal saya memulakan blog saya ini adalah untuk mendapatkan momentum untuk menulis dan membiasakan diri untuk mengarang sesuatu, saya rasa tidak salah untuk saya melonggarkan style penulisann saya kepada style yang lebih "casual". Atau seperti orang kata "blogger style".
Kepada yang mungkin berminat post-post saya yang mengunakan style "SKEMA" bak kata isteri saya, jangan risau. Mungkin saya akan buat website baru untuk memuatkan informasi-informasi yang terkini dan menstimulasi otak anda untuk terus membaca informasi tersebut. Kalau letak kat website baru nampak macam profesional sedikit. Biarla blog saya ini nampak rilek dan mesej yang saya nak sampaikan dapat anda pahami.
Begitulah sedikit sebanyak tentang strategi yang saya mahu tukar dalam penulisan blog saya ini. Seperti bapak saya pernah pesan kepada saya, "kalau kau nak luahkan perasaan, kau kena tahu pada siapa yang kau nak luahkan, jangan main "muntah" je kat sesiapa". Sama seperti blog saya ini, bukan saya nak luahkan perasaan saya dalam blog ni. Tapi dengan siapa saya nak berkongsi informasi. Kalau anda baca post kali ini, dan anda rasa selesa dengan style baru saya, anda termasuk didalam group yang "tak skema" dan kalau anda merasakan enty kali ni memboringkan, anda termasuk didalam group orang-orang "SKEMA" mengikut skala isteri saya.Mungkin ada boleh tinggalkan komen sama ada anda skema atau tidak skema. Ataupun perlukah saya tukar style penulisan saya kepada style tak skema. Feedback dari anda mungkin membantu saya dalam memeriahkan lagi blog baru saya ini. Kalau segan nak komen kat sini, kat Facebook pon boleh.
Jumpa di next post....
0 comments:
Post a Comment