18 April 2011

Bagaimana nak lari dari cukai?

Sekali baca tajuk post kali ni, mesti ramai yang berminat untuk tahu bagaimana nak lari dari cukai. Sebenarnya tiada cara nak lari dari kena bayar cukai. Bukan senang-senang kita off telefon atau duduk dalam gua, kita boleh terlepas dari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Selagi kita kerja "makan gaji" ni, selama itula gaji tahunan kita akan di "sedekah" sedikit pada kerajaan untuk kegunaan bersama. Saya tak nak la membebel lebih lanjut pasal kaitan makan gaji dengan cukai ni. Banyak yang boleh di bebelkan kalau nak diikutkan. Nanti kalau ada masa lebih nanti saya bebel lagi.


Untuk post kali ni saya nak fokus pada bagaimana nak lari dari cukai. Eh silap, bukan lari dari bayar cukai, tapi bagaimana kita perlu rancang cukai (tax planning) tahunan kita. Kalau kita bijak merancang cukai tahunan kita, kita dapat mengurangkan bayaran cukai kita kepada kerajaan. Dengan merancang setiap tahun, kita dapat memaksimakan Pelepasan Cukai yang boleh kita tuntut. Dengan itu, pendapatan bercukai dapat di minimakan dan cukai yang perlu di bayar boleh dikurangkan.

Konsep merancang cukai atau Tax planning ini bukan konsep untuk menipu atau memutar belitkan angka pendapatan dan pembelanjaan anda. Tapi konsep merancang cukai ini lebih kepada hak atau tuntutan yang patut kita tuntut berdasarkan pelepasan cukai yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Jangan kata saya berkongsi ilmu menipu kerajaan. Seharusnya anda jujur dalam menafsirkan pendapatan bercukai anda. Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Berbalik pada topik perancangan cukai, ada beberapa tips yang boleh diguna pakai. Untuk kali ni saya akan bagi satu tips sahaja. Iaitu cukai vs zakat. Saya rasa banyak informasi yang telah dikongsi oleh rakan-rakan di alam cyber sana membincang kan kebaikan dan benefit jika kita berzakat dari segi pelepasan cukai. Setiap pendapatan yang kita dapat perlu dikeluarkan zakat jika cukup nisab dan haulnya. Jadi sambil menunaikan kewajipan rukan islam yang ke-empat ini, sebenarnya kita boleh tuntut pelepasan zakat dari cukai pendapatan kita.

Dipermudahkan, seberapa banyak pun zakat yang telah dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat yang di bayar adalah di dalam tahun taksiran dan resit adalah dari jabatan agama islam negeri masing-masing. Dengan kata lain, zakat yang kita telah bayar, dapat menolong kita dapatkan balik PCB yang telah ditolak setiap bulan dari gaji kita. Ini kerana zakat yang kita bayar, dikira sebagai rebat yang ditolak dari jumlah cukai pendapatan kita.

Sebagai contoh, jika kita bayar zakat setiap bulan sebanyak RM 200 selama setahun. Oleh itu kita telah mengeluarkan RM2400 sebagai zakat  kita. Kalau jumlah cukai pendapatan pada tahun itu sebanyak RM 4400, zakat akan ditolak sebanyak RM2400. Baki cukai pendapatan kita ialah RM2000. Kemudian, katakan kita ada tiap-tiap bulan tolakan PCB dari gaji (anggaran jumlah PCB RM3000). Bermakna kita sudah terlebih bayar cukai pendapatan dan LHDN kena bayar balik lebihan cukai tersebut. Berapa? RM1000, banyak tu. Tambah RM200 da boleh beli IPAD.

Tidak cukup dengan itu bagi sesiapa yang telah membuat potongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan. Sekiranya amaun potongan itu sama atau berlebihan berbanding dengan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan, maka dia dikecualikan dari membuat potongan cukai berjadual sama sekali. Sekiranya amaun potongan zakat yang dibuat kurang dari potongan cukai berjadual yang sepatutnya dipotong, maka jumlah potongan cukai berjadual yang perlu dibuat potongan hanyala beza antara amaun potongan zakat dan amaun potongan cukai berjadual yang sepatutnya dibuat potongan.

Begitulah kelebihan membayar zakat dan komitmen kerajaan untuk mengalakkan umat islam melaksanakan rukan islam yang keempat. Secara peribadi, saya rasa bayar zakat lagi baik dari bayar cukai. Kalau bayar zakat, duit tu masuk dalam Baitulmal. Berbanding kalau bayar cukai, duit tu masuk...no komen...hang pikir laa sendiri.

Sumber gambar: http://ureka.asia/

Jumpa lagi di tips-tips perancangan cukai yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites