06 April 2011

Pening dan rasa nak pengsan

RINGKASAN 
Serangan kepala pening dan hendak pengsan adalah masalah umum di kalangan kita. Salah satu puncanya termasuk kandungan gula dalam darah yang rendah, minum terlalu banyak alkohol, atau dengan hanya anda bangun dari duduk terlalu cepat. Terasa hendak pengsan mungkin juga disebabkan kejutan emosi (emotional shock) atau panik, atau mungkin juga berlaku semasa mengandung. Serangan (pening dan pengsan) yang sesekali kurang menimbulkan kebimbangan kepada kita, tetapi ianya perlu di ambil berat. Ini kerana kadang kala masalah ini mungkin disebabkan oleh punca yang kita tidak ketahui yang mungkin medatangkan mudarat; ataupon disebabkan pengambilan ubat-ubat yang tertentu.
Anda boleh rawat sendiri dengan....

JUMPA DOKTOR ANDA DAHULU
Sila buat temujanji untuk bertemu dengan doktor anda jika:
  • Anda ada mengambil ubat yang dipreskripsikan yang mungkin penyebab kepada masalah (pening & pengsan), seperti ubat untuk tekanan darah tinggi atau ubat penenang. 

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SENDIRI
Ada beberapa perkara atau langkah yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan rasa pening atau hendak pengsan ini dengan cepat.
  • Tundukkan kepala anda pada aras lutut atau angkatkan kaki anda (kaki lebih tinggi dari aras kepala jika sedang baring) dan cuba untuk mengawal penafasan anda
  • jika berapa dalam keadaan perut yang kosong, pastikan anda makan atau minum makanan ringan yang manis (bukan sesuatu yang mengandungi pemanis buatan)
  • Jangan minum minuman yang berkafein seperti kopi, teh atau coco-cola atau alkohol dan elakkan untuk merokok, ini kerana semua ini boleh membuatkan masalah (penin & pengsan) lebih teruk.
  • Jangan cuba untuk memandu kereta atau mengendalikan mesin sehingga anda benar-benar sembuh

PRAKTIKAL
Cara untuk memulih: 
Jika anda rasa pening dan nak pengsan, duduk dan letakkan kepala anda pada aras lutut. Ataupon, baring dan letakkan kaki atas kerusi atau bantal. Cuba untuk rehatkan badan dan tenang, kerana menarik nafas dengan pantas dan kerisauan boleh memburukkan keadaan. Tarik nafas dengan perlahan dan dalam. Buka tingkap atau keluar untuk mengambil udara jika anda mampu untuk berjalan.

Membantu aliran darah - membongkok dan menundukkan kepala anda untuk meningkatkan aliran darah ke otak.
 Sumber gambar: http://www.racgp.org.au

MINTA NASIHAT SELANJUTNYA
Atur temujanji dengan doktor anda jika:
  • Anda masih lagi tidak pulih daripada merasa pening dan hendak pengsan
  • Anda sering kali merasa pening dan merasa hendak pengsan beberapa kali atau tanda tanda masalah lain yang semakin memburukkan keadaan

PENCEGAHAN
Bagi mengelakkan serangan rasa pening, gabungkan langkah-langkah di atas dengan rawatan daripada doktor anda untuk membantu mencegah rasa pening atau masalah yang lanjut.
  • Elakkan berada di kawasan yang terlalu panas atau terlalu merimaskan. Buka tingkap atau keluar untuk mengambil angin segar dari masa ke semasa.
  • Elakkan bangun dari duduk atau baring secara tiba-tiba
  • Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
  • Makan secara teratur, makan makanan yang sihat seperti buah, untuk memastikan kadar gula anda sentiasa stabil
  • Elakkan suasana "tegang" dalam tandas (jangan memaksa jika tidak boleh). Ini kerana ianya boleh menyebabkan penurunan tekanan darah anda dan boleh membuatkan anda rasa nak pengsan.
  • Jika anda sedangn mengandung, jangan berdiri terlalu lama atau berbaring terlentang.

Segera minta bantuan perubatan jika anda pening atau pengsan dan anda ada mengidap diabetes, sakit dada, debaran jantung yang tidak normal, lenguh-lenguh pada lengan atau kaki atau penglihatan menjadi kabur.

Sumber: Home Doctor by Dr Michael Peters

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites