Seperti kebiasaan, google translate akan menjadi peneman saya ketika saya membaca artikel bahasa jepun. Selain daripada google translate, tool Rikaichan juga boleh dianggap teman kedua saya. Sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda semua cara nak menggunakan Rikaichan. Harap semua menggunakan Rikaichan dengan sebaiknya. Kepada yang terlepas post saya itu, anda boleh rujuk di sini.
Kali ini saya bukan nak menceritakan pasal Rikaichan lagi. Cuma saya ingin berkongsikan satu lagi tool yang saya sendiri baru perasan tadi. Sebelum ini tidak perasan ada "tool" yang menarik ini dekat google translate. Tool tersebut adalah "narrator" dalam google translate ini. Kalau sudah lama ada di dalam google, saya minta maaf. Tapi bagi saya, ianya adalah sesuatu yang baru.
Tool narrator ini penting dalam pembelajaran apa apa bahasa sekali pun. Fungsinya adalah untuk mendengar dan memastikan cara penyebutan sesuatu perkataan. Saya banyak menggunakannya di dalam belajar bahasa inggeris. Kerana bahasa inggeris tidak seperti bahasa jepun, dimana bahasa jepun mempunya cara penyebutan yang sedikit berbanding bahasa inggeris. Cuma narrator ini penting jika anda ingin tahu cara penyebutan sesuatu kanji. Di sini narrator memain peranan utama dalam pembelajaran kanji bahasa jepun.
Walaupun menggunakan Rikaichan lebih mudah, tetapi nilai tambah yang ada pada narrator adalah; sambil kita melihat, kita boleh mendengar. 2 input yang masuk ke dalam otak kita. Ataupun jika anda sedang membaca artikel berformat pdf atau word yang bukan di berasaskan internet, Rikaichan tidak akan berfungsi waktu ini. Anda kena copy and paste ke dalam google translate dan apa lagi, gunalah narrator untuk tahu cara penyebutan kanji tersebut.
Kalau anda perasan, di dalam google translate, ada lagi satu tool yang boleh membantu anda dalam belajar bahasa jepun. Tool "Read Phonetically"; lebih kurang sama seperti Rikaichan. Jika anda tekan pada butang tersebut, cara menyebut kanji yang kita tulis, akan di paparkan di sebelah bawah kiri kotak. Ada tak?
Saya bagi contoh, cuba yang ni
あいうえお
かきくけこdan seterusnya. Kalau baca laju-laju, ada melodi yang tersendiri. Boleh juga baca satu persatu. Kalau nak tengok balik jadual tersebut, ada di sini. Kepada yang berminat untuk dapatkan jadual tersebut yang dalam bentuk microsoft office WORD, boleh nyatakan hasrat anda di bahagian komen di bawah. Sila sertakan email dan saya akan cuba untuk email secepat yang mungkin.
Saya juga sempat bermain-main dengan narrator google translate ini. Bukan apa, nak menambahkan variasi belajar bahasa jepun. Anda boleh cuba copy
まりいべらじゃばはさじぇぷんdan pastekan di bahagian kotak google translate. Tekan butang "Listen". Beginilah bunyinya kalau orang jepun cakap bahasa melayu. Cuba gunakan hiragana atau katagana untuk menulis perkataan bahasa melayu yang lain. Menarik kan dengar orang jepun pelat cakap bahasa melayu heheh selamat mencuba!!!
0 comments:
Post a Comment