05 January 2012

Matlamat siapakah yang sedang anda kejar?



Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" kepada pengemar blog saya ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, sudah pasti dengan kedatangan tahun baru, kita akan mula terfikir tentang matlamat atau halau tuju kita pada tahun yang baru ini. Dan kebiasaannya kita akan mulakan dengan muhasabah apa yang kita telah capai untuk tahun yang lepas dan apa yang kita ingin capai untuk tahun yang akan datang. Apabila kita melihat kembali matlamat yang kita telah letakkan bagi setiap tahun, pernahkah anda terfikir
Matlamat siapakah yang sedang anda kejar?
 Anda mungkin mempunya matlamat yang besar untuk dicapai bagi setiap tahun. Matlamat yang anda letakkan untuk dicapai dalam jangka masa setahun, tiga tahun atau 5 tahun. Matlamat yang biasanya kita panggil "'short-term goal" dan "long-term goal". Matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang. Mungkin juga anda tidak menetapkan masa untuk matlamat tersebut, tetapi mengumpulkan keseluruhan matlamat dan bahagikan mengikut kumpulan atau tema yang sesuai. Mungkin antaranya:
  1. Kesihatan diri (kurangkan berat badan, kecergasan)
  2. Pendapatan tahunan (mengumpul wang, kurangkan pengunaan kredit card)
  3. Kerjaya (naik pangkat, promosi)
  4. Keluarga (pendidikan anak, tambah anak hehe)
Menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyenaraikan setiap matlamat yang ingin dikejar dan berfikir untuk bagaimana untuk mencapainya. Ada di antara kita yang menulisnya di dalam diari masing-masing, meletakkan senarai di dinding bilik tidur dan sebagainya. Dimana kita paparkan matlamat ini tidak penting, tetapi bagaimana kita boleh capai matlamat tersebut yang harus kita utamakan. Yang malas untuk melakukan perkara di atas, ada yang hanya meletakkannya di dalam kepala. Dia yakin memori otak dia kuat hehe. Oppsss

OK, berhenti membaca seketika dan berfikir tentang senarai matlamat yang anda ingin capai untuk tahun 2012. Matlamat yang anda rasa dan pernah memberitahu kepada diri anda sendiri yang "aku kena lakukan", tetapi tiada apa-apa tindakan yang anda telah buat. Anda tidak membuat banyak kemajuan atau tindakan susulan terhadap matlamat tersebut.

Sekali lagi,
Matlamat siapakan yang sedang anda kejar?
Walaupun soalan di atas nampak seperti soalan yang bodoh. Pastinya jawapannya adalah "matlamat sayalah". Tetapi adakah anda pasti matlamat tersebut adalah betul betul matlamat diri sendiri?

Saya tidak nafikan memang itu adalah matlamat anda. Tetapi malangnya, ada kemungkinan yang bahawa sebahagian daripada matlamat tersebut sebenarnya bukan milik anda. Matlamat tersebut mungkin dimiliki oleh ibu bapa, rakan rakan ataupun masyarakat disekeliling anda.

Berikut adalah bagaimana matlamat orang lain boleh menjadi milik anda dan kenapa anda perlu mengambil alih dan bertanggungjawab terhadap matlamat tersebut.

[1] Matlamat keluarga anda 

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Secara semula jadi, ibu bapa sering mempunyai harapan dan impian yang besar kepada anak anak mereka. Kasih sayang dan penat lelah yang telah mereka berikan dalam mendidik dan membesarkan kita. Pengorbanan besar yang telah mereka lakukan mendorong anak anak mereka untuk bercita-citakan sesuatu yang mereka idamkan. Jauh dalam lubuk hati mereka pasti mempunyai hasrat untuk memastikan anak anak mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing. Mungkin di hati mereka ingin melihat anak anak mereka nanti menjadi doktor, lawyer atau pon diringkaskan "kerjaya yang baik" dan mempunyai kehidupan yang bahagia.

Ibu bapa (ahli keluarga) boleh mempengaruhi matlamat dengan:
  1. menyekat aktiviti atau minat anak anak mereka atas alasan bidang yang diceburi kurang menjana pendapatan. "Bukan lubuk emas" bak kata mereka. Bagi mereka, mungkin bidang seperti seni, berkarya, musik dan sebagainya. 
  2. Memberi tumpuan kepada kelayakan pendidikan dan kerjaya - mungkin mahu anak anak mereka untuk menjadi doktor atau peguam. (biomedical engineer pon boleh gak hehe)
  3. Menggalakkan jenis gaya hidup yang tertentu dengan mengkritik tingkah laku yang mereka anggap "salah".
  4. Sering bercakap tentang kejayaan ahli keluarga tertentu dari segi kerjaya, kekayaan, perkahwinan dan lain lain.
 Bagaimana untuk mengubahnya: Luangkan masa anda dalam mengenal pasti matlamat utama anda. Apa sebenarnya yang ada mahu dan apa yang anda inginkan. Jika anda sedang mengikuti pengajian ijazah atau kerjaya yang anda tidak suka, jangan takut untuk berubah kepada yang lain. Anda boleh berubah dan pastinya keluarga akan sentiasa di sisi anda, memberikan sokongan yang lebih kepada transformasi anda itu.

[2] Matlamat rakan anda

Antara rakan rakan anda, menjadi kebiasaan untuk mempunyai ciri-ciri yang sama. Sebagai contoh, jika rakan rakan anda semua mempunyai berat badan yang berlebihan (ayat baik untuk orang gemuk), ada peluang yang cerah anda akan juga mempunyai berat badan yang berlebihan juga. Rakan disekiling kita memberikan pengaruh yang hebat dalam pembentukan peribadi kita. Ianya boleh mencerminkan siapa diri kita.
"You will become the combined average of the five people you hang around the most. You will have combined attitude, health and income of the five people you hang around the most" - Jim Rohn
 Rakan rakan anda mungkin jarang untuk berkongsikan matlamat mereka kepada anda. Tetapi mereka mungkin mempunyai sesuatu perkara yang meraka rasakan bernilai, dan ianya menyebabkan anda sukar untuk mengenal pasti nilai-nilai yang ada dalam diri anda. Sebagai contoh, jika anda bekerja dengan rakan yang menitik beratkan pendatapan bulanannya, hanya mengejarkan wang untuk sesuatu. Anda akan menghadapi kesukaran untuk menilai cara kerja anda dengan si dia. Sukar bagi anda untuk mengarah diri anda kepada element-element yang lebih penting. Sebagai contoh kemesraan dan cara pergaulan manusia dengan manusia. Bukan hanya kepada wang dan harta. "No money no talk".

Bagaimana untuk mengubahnya: Cuba menyertai kumpulan atau kelab yang berkaitan dengan satu (atau lebih) matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri, tetapi anda dikelilingi oleh rakan-rakan yang makan gaji (Robert Kiyosaki kata member of the rat race). Anda boleh mencari rakan rakan lain atau peluang "network" perniagaan kecilan di sekitar anda. Tak salah join TT (teh tarik time) meraka di restoran-restoran mamak.

[3] Matlamat masyarakat anda

 Anda mungkin secara tidak sengaja menerima pakai matlamat keluarga dan rakan rakan dalam mereka bentuk matlamat sendiri. Tetapi keduanya itu sahaja. Masyarakat di sekeliling anda kesuluruhannya juga boleh menpengaruhi matlamat tertentu anda. Malah boleh menyebabkan anda untuk meletakkan matlamat yang ada sendiri tidak ingin lakukan.

Syarikat syarikat besar yang mempunya jenama yang hebat mempengaruhi anda untuk mempunyai atau menyertai sesuatu yang penting dengan menyatakan iainya adalah kemestian dalam hidup anda. Mereka menggalakkan anda untuk mempunyai matlamat yang menjurus kepada product mereka. Sebagai contoh, akhirnya anda akan membeli keahalian gym atau produk diet mereka kerana mereka menyakinkan anda yang anda "harus" menjaga bentuk badan - walaupun sebenarnya anda sudah cukup sihat.

Jika anda mendapati anda terjerumus dalam agenda meraka, mungkin anda boleh tanya diri anda:
  1. Adalah perlu saya membeli rumah sekarang, atau cukup dengan menyewa sahaja
  2. Adalah alat baru/ produk itu benar benar meningkatkan gaya hidup saya
  3. Adalah saya memerlukan kerata yang baru
  4. Perlukah makan di tempat yang hebat dan romantik di malam menyambut ulang tahun perkahwinan saya
Beberapa matlamat dan keutamaan masyarakat mungkin selaras dengan gaya hidup anda. Tetapi ada juga yang tidak.

Bagaimana untuk mengubahnya: Jangan takut untuk beza dengan orang lain. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menepis pandangan yang berbeza dalam masyarakat kita. Tidak salah untuk bersederhana, elakkan barangan berjenama atau buat apa yang anda ingin lakukan.

Kita hanya mempunya satu nyawa untuk hidup dan banyak peluang untuk "menghiasi" nyawa kita itu. Jangan bazirkan masa yang ada dengan mengejar matlamat orang lain. Pikirkan secara mendalam dan putuskan apa yang anda mahu, dan kejar matlamat yang ingin dikecapi dengan sepenuh hati.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites