
Agak lama saya tidak menulis ataupun meluahkan sesuatu di dalam bentuk penulisan. Kalau diimbas kembali, kali terakhir saya menulis mungkin pada waktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Maksud saya, penulisan yang berbentuk karangan panjang dan berformat. Selepas dari itu, semasa di universiti ataupun di tempat kerja, saya lihat bentuk penulisan sebegini telah kurang saya pratikkan. Biasanya berbentuk laporan ringkas ataupun hanya di dalam bentuk format surat. Dan untuk menyiapkan sesuatu kerja penulisan, ianya hampir mengambil masa yang panjang untuk saya meletakkan titik noktah yang terakhir di setiap penulisan yang saya buat. Saya akan...