20 February 2011

http://ceido.blogspot.com

Agak lama saya tidak menulis ataupun meluahkan sesuatu di dalam bentuk penulisan. Kalau diimbas kembali, kali terakhir saya menulis mungkin pada waktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Maksud saya, penulisan yang berbentuk karangan panjang dan berformat. Selepas dari itu, semasa di universiti ataupun di tempat kerja, saya lihat bentuk penulisan sebegini telah kurang saya pratikkan. Biasanya berbentuk laporan ringkas ataupun hanya di dalam bentuk format surat. Dan untuk menyiapkan sesuatu kerja penulisan, ianya hampir mengambil masa yang panjang untuk saya meletakkan titik noktah yang terakhir di setiap penulisan yang saya buat. Saya akan berulang-ulang membaca kembali ayat tersebut sebelum saya meletakkan titik noktah. Mungkin pembaca blog ini pernah mengalami pengalaman yang sama seperti saya. Saya tiada jawapan kepada misteri membaca banyak kali sebelum meletak kan titik noktah dalam penulisan buat masa sekarang, mungkin saya kena buat "homework" sedikit untuk mengulas misteri tersebut. Tunggu jawapan misteri ini dalam blog saya pada masa hadapan. 

Mungkin pembaca blog ini akan menyatakan, "kalau gitu lama laa nak siapkan satu entry dalam blog ni" ataupun "berapa lama laa si Mr. Ceido nak siapkan satu post ni?" setelah membaca blog saya ini. Saya pernah berkongsi pengalaman ini dengan kawan saya sewaktu belajar di Jepun dahulu. Seorang lelaki dan sering senyum sepanjang waktu walaupun beliau di dalam kesusahan. Beliau seoarang yang minat kepada bahasa asing dan beliau memberikan jawapan yang senang kepada saya.

 "kalau syaido nak jimatkan masa, tak nak kena baca berulang kali untuk letak titik noktah, apa kata syaido jangan letak titik noktah dalam penulisan awak, terus sahaja menulis sampai bab akhir...heheh". 

Mungkin ada benarnya apa yang beliau kata. Mungkin saya boleh praktikkan dalam penulisan saya pada waktu ini. Tulis dan terus menulis tanpa meletakkan titik noktah. Sedar-sedar sudah sampai ke bab kesimpulan. Lepas itu baru saya baca kembali dan baru letak titik noktah. Buat masa sekarang saya tidak mahu mengamalkannya dalam penulisan blog saya ini, tapi saya akan menulis dalam bentuk peta minda ataupun "Mind Mapping". 

"Kenapa nak kena tulis dalam bentuk peta minda ataupun "Mind Mapping" pulak?. Bukankah senang tulis sahaja dalam bentuk tulisan biasa". Saya tidak akan menjawab soalan tersebut sekarang. Saya akan menjawabnya di dalam "next entry" dalam blog saya ini. Saya cuma akan memberikan salah satu sebab kenapa saya menulis di dalam bentuk peta minda. Salah satu sebabnya adalah saya ingin menjimatkan waktu saya dalam menyiapkan satu "post" tentang sesuatu topic. Seperti yang saya sudah ceritakan di atas, symptom mengambil waktu yang lama untuk meletakkan titik noktah dalam penulisan menyebabkan saya memilih untuk hanya menulis di dalam bentuk peta minda. Seperti pembaca boleh lihat, tiada titik noktah dalam peta minda dan ianya menjimatkan masa saya untuk menulis dalam blog ini!!. 

Peta minda di bawah boleh menjelaskan apa yang saya ingin sampaikan di dalam blog ini. Untuk memulakan blog ceido.blogspot.com ini, saya merancang beberapa perkara yang perlu saya masukkan. Pembaca boleh merujuk gambarajah di bawah untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang blog saya ini. Elemen-elemen atau topik-topik yang akan saya masukkan di dalam blog ini mungkin berkaitan dengan perjalanan hidup saya yang lepas, kehidupan saya sekarang dan laluan yang akan saya pilih untuk masa hadapan. Topik-topik di dalam blog saya ini mungkin di tulis secara terperinci dan mungkin hanya akan menyentuh secara luaran sesuatu topic mengikut pengetahuan dan pengalaman yang saya ada sekarang.

Diharap pembaca seronok untuk membaca blog "baru" saya ini dan di harap memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak; penulis dan pembaca.  Saya mungkin akan mengikut kata-kata kawan saya di atas, bukan dari segi cara untuk menulis, tetapi dari segi untuk meneruskan perjalanan penulisan saya. Teruskan menulis tanpa meletakkan titik noktah. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis, menulis dan terus menulis. 

Mr. Ceido.

  

P.S: Harap maaf kerana kesulitan untuk melihat peta minda di atas. Saya hanya "print screen" peta minda tersebut dari software peta minda yang saya gunakan. Pembaca boleh gunakan "Magnifier" di komputer masing-masing untuk melihat lebih lanjut peta minda tersebut. Saya akan masukkan peta minda yang lebih jelas untuk next entry saya di dalam blog ini. Jumpa lagi!!!!

1 comments:

Wow, what an amazing giveaway!! Thanks so much.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites