Post kali ini MBBJ nak berkongsi drama jepun yang MBBJ rasakan menarik dan boleh membantu rakan-rakan di luar sana untuk belajar bahasa jepun. Walaupon sudah lama ditayangkan di jepun (Julai 2010), MBBJ baru berkesempatan untuk menontonnya di youtube. Di akhir post nanti MBBJ akan kongsikan link tersebut. Drama yang berkisahkan seorang "jurujual karisma" kedai pakaian (Haruko Kano) di Shibuya bercita-cita untuk menjadi seoarang guru. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang guru sekolah menengah dan berjanji akan membantu Haruko untuk mencapai cita-citanya. Tetapi sebelum menjadi seorang guru, Haruko diminta untuk mengajar asas bahasa jepun...