Blog ini sedang saya perkemaskan design dan kandungan yang akan saya masukkan. Pada mula saya offkan dulu supaya pengunjung blog ini tak nampak keserabutan saya menyusun kembali bahagian-bahagian yang ada dalam blog ini. Banyak yang saya perlu baiki untuk pastikan kandungan lama blog boleh diguna pakai dalam theme baru. Walaupun ada beberapa bahagian yang saya belum sempat edit lagi, harap pengujung blog ni tak kisah dan terus mengikutinya. Dari masa ke semasa saya akan cuba siapkan proses pemindahan ke theme yang baru.
Sempena theme yang baru ini, saya berhajat untuk mengurangkan post-post peribadi yang mungkin membosankan para pengunjung setia blog ini. Saya cuba untuk membawa topik topik yang berkaitan dengan bahasa jepun dan perkongsian ilmu dalam blog ini. Jika pengunjung berminat nak tahu kisah hidup saya, bolehlah ke blog peribadi saya yang baru nanti. Blog peribadi itu belum siap lagi. Template pon tak decide lagi hehe...InsyaAllah waktu cuti nanti saya settlekan.
Post-post yang lain seperti "Siri bercakap dengan jin" akan saya pindahkan ke blog yang baru agar tak menganggu mood nak belajar bahasa jepun. Maklum la, bila da tersangkut kat cerita-cerita dalam siri itu, memang susah nak berganjak dari depan skrin computer. Sebenarnya boleh saja saya linkkan semua dalam satu page untuk kesemua siri bercakap dengan jin tersebut. Tetapi saya dengan sengajanya letak satu satu dalam post saya kerana dalam waktu yang sama, saya nak baca balik siri tersebut. Terkenang zaman kecik-kecik berebut dengan abang nak baca dan terpaksa baca bawah lampu suluh sebelum tidur.
Mungkin ada banyak lagi perubahan dalam blog ceido.blogspot.com yang akan saya lakukan. Perubahan yang saya fikirkan perlu untuk me"meriah" kan lagi post-post dalam blog ini. Di harap pengunjung setia blog ini senang dengan perubahan yang saya bawa dan teruskan memberi sokongan dalam memajukan blog ini. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menjayakan niat dan hasrat murni ini.
Kalau ada nak komen theme baru, jangan segan sila komen kat bawah ni ye...