12 October 2011

Sayangi masa anda

Terdetik dalam hati saya untuk mengkaji semula keberkesanan saya menggunakan waktu seharian. Ramai yang mengadu yang mereka tidak cukup masa, terlalu sibuk dengan kerja di pejabat, kekurangan waktu bersama keluarga, etc dan mereka menjadikan ini sebagai perisai atau alasan jika mereka gagal dalam merancang waktu. Perancangan waktu adalah amat penting untuk individu jika mereka inginkan masa mereka digunakan secara yang betul dan efisien. Perancangan waktu dan kajian semula penggunaan waktu ini, akan memberikan "feedback" kepada diri saya sendiri dimana waktu yang saya guna dengan betul dan di mana waktu yang banyak saya bazirkan untuk aktiviti yang kurang bermakna.

Dipendekkan cerita, (dalam jadual waktu, kalau ada lebih saya cerita lagi hehehe ) saya telah mengkaji semula di mana waktu yang banyak saya bazirkan dalam sehari. Saya ambik sehelai kertas putih dan saya tuliskan kesemua aktiviti-aktivti yang telah saya buat pada hari tersebut. Mungkin anda boleh menggunakan word atau notepad jika anda terbiasa menulis dengan komputer. Tapi bagi saya, menulis di atas kertas ni memberikan 'sentimental value' yang lebih dan impak yang berbeza dalam munasabah diri. Setelah melihat kembali penggunaan waktu saya ini, saya dapati banyak masa yang saya telah bazirkan dalam melayari laman web sosial FACEBOOK. Ada juga aktiviti lain yang saya lihat banyak "makan" waktu-waktu saya tetapi saya letakkan FACEBOOK sebagai pe 'makan' utama saya. Saya pangkah setiap aktiviti yang saya rasa perlu dikurangkan dan berikan keutamaan aktiviti mana yang perlu diambil tindakan secara berperingkat. Bukan apa, orang kata kalau lakukan 'Hijrah' secara drastik, nanti dia pantul balik. (macam rebound diet)

Sebagai langkah pertama untuk mengendalikan pe "makan" utama waktu saya ini, saya cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin saya boleh displinkan diri saya dengan bertekad untuk tidak membuka laman web FACEBOOK untuk masa masa yang tertentu. Tetapi malangnya usaha ini biasanya gagal atas sebab semangat untuk membuka dan melihat setiap notification rakan dalam facebook adalah tinggi.Mungkin  "Facebook Addiction syndrome" atau "Facebook Addiction Disorder" ada sedikit dalam diri saya.


Mungkin saya boleh terus memadamkan account FACEBOOK ini, tetapi bila pikirkan ramai kenalan dan network yang telah dibuat sewaktu menggunakan facebook, terasa sayang untuk padam. Mana la tahu ada peluang baru atau bisnes baru yang menarik, kat facebook la tempat yang biasanya "kick-start" untuk aktiviti aktiviti ini. Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan akhirnya saya jumpa apa yang saya carikan. Firefox Add-On untuk sekat laman FACEBOOK mengikut "setting" yang kita sendiri tetapkan. Kepada sesiapa yang pakai browser Firefox, boleh cuba layari Add-On LeechBlock ini di sini.

Yang bagusnya Add-On LeechBlock ni, kita boleh tetapkan laman web, waktu, hari dan bagaimana kita mahu sekat laman laman web tersebut. LeechBlock adalah alat produktiviti mudah yang direka untuk menyekat laman web membuang masa yang boleh menghisap kehidupan hari kerja kita. Apa yang kita perlu lakukan ialah menentukan laman web yang mana perlu disekat dan bila untuk menyekat mereka.

Kita boleh menetapkan sehingga enam set laman untuk disekat, dengan masa dan hari yang berlainan bagi setiap set. Kita boleh menyekat laman web dalam tempoh masa yang tetap (contohnya, 09:00-5:00), selepas had masa (contohnya, 10 minit dalam setiap jam), atau dengan gabungan tempoh masa dan had masa (contohnya, 10 minit dalam setiap jam antara 09:00 dan 17:00). Kita juga boleh menetapkan kata laluan untuk akses kepada pilihan lanjutan, untuk memastikan kita mendisplinkan diri untuk menyekat laman tersebut. Yang bagusnya, kita tidak boleh tukar tetapan sekatan jika ianya telah bermula, kena tunggu sampai tamat. So, memang kena sabar dan displinkan diri betul betul.


Sebagai langkah pertama, saya set tetapan untuk menyekat laman web FACEBOOK dalam waktu bekerja di pejabat. Saya ingin tetapkan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5.00 petang. Tiada lagi waktu ber FACEBOOK di tempat kerja ye. Waktu rehat saya nekad untuk hanya membaca surat khabar atau artikel-artikel menarik di laman web. Waktu-waktu saya surfing membaca berita dan artikel ni pon perlu saya kurangkan. Tapi takpa, step by step, next time bila da ready saya akan sekat laman laman web tersebut. Sebagai tambahan dalam tetapan sekatan FACEBOOK tadi, saya setkan saya hanya boleh melihat FACEBOOK 2 jam sehari dalam hari hari biasa tidak termasuk hari minggu. 

Kepada yang berminat untuk melihat contoh bagaimana kita setkan tetapan LeechBlock ini, boleh rujuk di sini. Untuk tetapan saya di atas, saya menggunakan contoh berikut:

Example #4: You want to block www.somesite.com and www.anothersite.com from 10:30am to 4:30pm on weekdays only, but you also want to block these sites after browsing them for more than an hour over the course of a whole day (on weekdays only).
  • Enter somesite.com anothersite.com as the domain names of the sites to block.
  • Leave blank the Load from URL field.
  • Enter 1030-1630 into the field for the time periods.
  • Enter 60 into the field for the time limit and select day from the drop-down menu.
  • Select within time periods OR after time limit as the condition for when to block the sites.
  • Select Mon Tue Wed Thu Fri as the days on which to block the sites.
Semoga langkah murni saya ini berkesan dan memberikan saya cara hidup yang baru. Pulangkan kembali masa masa emas saya supaya saya dapat menggunakannya dengan betul dan berhemat. Saya berdoa agar masa yang saya dapat jimatkan ini dapat saya gunakan untuk jalan Allah dan terus mencari keredhaan Nya. Kepada yang berminat boleh mencuba, bukan apa, "tool" sudah ada, gunakan sahaja.

 You will never "find" time for anything. If you want time, you must make it. - Charles Bruxton-



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites