20 October 2011

Perkara yang kita perlu tahu sebelum memulakan PhD ( FYP & Master etc)

1.  Kejar 'dateline' pertama
Biasanya setelah pertemuan pertama kita dengan penyelia, sudah pasti beliau memberi penerangan tentang research yang akan dibuat dan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Walau apa pon tugasan yang diberikan, kita harus siapkan tugasan tersebut sekurang kurangnya sebelum 24 jam dari 'dateline'.

2.  Berkenalan dengan orang-orang sekeliling kita (terutama yang berkaitan dengan tajuk PhD)
Dalam perjuangan untuk menyiapkan PhD, kita akan pasti bertemu dengan ramai orang dan mungkin kita akan bergantung kepada mereka untuk menyiapkan PhD kita. Di awal PhD, mungkin peranan mereka tidak ketara tetapi di saat kita memerlukan meraka, baru lah kita sedar yang meraka adalah insan penting dalam hidup kita. Cuba cuba untuk berbaik dengan mereka ( kerani pejabat, technician, PAR) sebelum kita memerlukan pertolongan mereka di saat saat akhir. Senyum dan berkenalan adalah salah satu idea yang baik. Belanja makan lagi baik hehe

3.  Berterima kasih kepada mereka insan-insan yang terlibat dalam PhD kita
Terutama kepada penyelia PhD kita. Walaupun kita selalu merungut jika penyelia jarang berada di pejabat atau di universiti disaat kita perlu berbincang dengan beliau, tetapi dengan ucapan yang simple, 'terima kasih' cukup menunjukkan kita menghargai masa 'emas' beliau. Pastinya, jika dibandingkan dengan waktu kita, beliau lebih sibuk dari kita. (waktu kelas, meeting fakulti, meeting research group, etc)

4.  Ambil tahu hal hal research PhD orang lain
Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Dengan 'menyibuk' dengan reseach orang lain, ianya akan menambahkan pengetahuan kita disamping dapat meluaskan scope bidang kerja research kita. Hala tuju PhD kita mungkin akan menjadi sempit dan ada kemungkinan akan hilang arah apabila kita semakin banyak membaca journal berkaitan PhD kita. Dengan mengambil tahu research orang lain dan menunjukkan minat terhadapnya, mungkin rakan rakan kita akan menunjukkan minat yang sama kepada research kita. Mungkin pertukaran idea dan ilmu ini mempercepatkan proses pemahaman terhadap research PhD kita.

5.  Kuasai sesuatu dan focus
Kita adalah manusia dan tidak semua kita harus tahu. Dan kita tidak sepatutnya tahu semua perkara. Tetapi cuba untuk kuasai sesuatu tak kiralah apa pon. Sekurang kurangnya satu perkara. Lagi baik, perkara tersebut dapat memberikan faedah kepada kita dan orang disekeliling kita.

6.  Jangan nak terus mula menulis
Ramai yang kata, kita harus mula menulis sedikit demi sedikit di awal waktu PhD. Nanti senang nak 'compile' masa waktu menulis tesis. Saya kurang setuju kerana apa yang kita tulis waktu ini, sukar untuk kita rumuskan dalam tesis nanti. Fakta-fakta dalam 'literature review' kita mungkin belum cukup kuat dan tersusun pada waktu ini. Kalau nak tulis dalam buku nota takpa la. Yang ni memang afdal.

7.  Muat turun 'journal' tidak dikira sebagai sedang membuat 'literature review'
Kita tidak boleh kata yang kita sedang membuat 'literature review' dengan hanya muat turun journal tanpa membacanya. Baca sebanyak mana yang boleh dan cuba untuk menganalisis fakta-fakta yang ada dengan membuat nota.

8.  Terbitan
Kita perlu berusaha untuk kearah menerbitkan seuautu yang kita telah lakukan dalam reseach PhD. Jika kerja-kerja kita tidak sampai ke tahap yang boleh diterbitkan di dalam mana-mana terbitan, ianya sudah pasti juga tidak bernilai kepada PhD kita.

9.  Luaskan 'networking' 
Kenali pakar-pakar atau orang orang penting dalam bidang kita. Berkenalan dengan orang yang kita jumpa semasa di persidangan atau seminar, dapatkan kad perniagaan meraka, 'add' mereka di dalam Linkedin atau Facebook. CV yang kita akan hantar kepada mereka 3 tahun dari sekarang tidaklah menjadi terlalu asing kepada mereka. Email yang mungkin kita akan hantar akan dibalas dengan cepat kerana ini bukan kali pertama kita bertemu.

10.  Catatkan apa yang kita lakukan
Buat nota dan catatkan segala yang telah kita lakukan. Anggap la macam kita sedang membuat nota untuk diserahkan kepada 'next' penganti kita. Pastikan jelas dan senang untuk dipahami.

11.  Masa tidak menunggu kita
Kadang-kadang kita tidak sedar masa berlalu dengan pantasnya. Setkan target yang kita perlu capai dalam jangka waktu pendek dan panjang. Sekurang-kurangnya target untuk setiap bulan.

12.  Buat kesilapan
Jangan segan silu untuk buat kesilapan. Dengan membuat silap, kita akan keluar dari zon selesa dan berani untuk mengambil risiko. Sedar tak sedar, dalam kehidupan seharian kita, kita banyak belajar dari kesilapan. Hanya pastikan kita belajar dari kesilapan dan bertanggungjawab keatas kesilapan yang dilakukan, dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk kali yang kedua.

Rujukan: website The Three Month Thesis

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites