MBBJ lupa nak kongsikan tentang kanji yang semalam MBB pos di Pages Facebook. Kalau nak tahu, sebenarnya kanji 絆(きずな)tu adalah kanji untuk tahun 2011 atau kebiasaannya dipanggil "Kanji of the Year" untuk tahun 2011. Kalau dalam bahasa jepun dipanggil 今年の漢字. Kanji tahunan ini adalah kanji yang dipilih oleh orang awam melalui pengundian yang di buat oleh JKATF (Japan Kanji Aptitude Testing Foundation). Kanji yang dipilih akan mewakili peristiwa atau tema yang sesuai untuk tahun itu. Setiap tahun pengumuman kanji yang terpilih akan dibuat di sebuah kuil Kiyomizu-dera di Kyoto, dimana ketua sami budhha di sana akan menulis kanji tersebut di atas sekeping kertas yang besar untuk paparan umum.
MBBJ masih ingat masa berada di sana dulu, banyak rancangan tv jepun pada waktu itu akan melansungkan secara "Live" majlis tersebut. Apa yang menariknya, saat-saat debaran menunggu sami buddha menyiapkan tulisan kanji di atas kepingan kertas tersebut. Setiap coretan kanji akan di ulas oleh pengacara tv, meneka kanji yang akan terpilih dan di akhiri dengan "aaaaaaaa" selepas ketua sami siap menulisnya.
Berbalik kepada kanji untuk tahun 2011, kanji tersebut di pilih berdasarkan tragedi gempa bumi yang berlaku di jepun pada tahun itu. Bencana alam yang mengemparkan seluruh dunia dan mengherot masyarakat jepun untuk hidup diselubungi kesusahan dan kesedihan. Tsunami yang merempuh pantai utara-timur jepun pada 11 Mac, membunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan kerosakan yang teruk di bahagian yang dilanda tsunami. Akan tetapi, tsunami yang datang tidak dapat membunuh semangat orang jepun dan sikap tabah; keazaman mereka untuk menarik perhatian antarabangsa bersama-sama untuk mengharungi dugaan tersebut.
Rakyat jepun membuka mata antarabangsa dengan memaparkan semangat kerjasama dan bagaimana ikatan yang terjalin di antara satu sama lain. Kanji kizuna yang dipilih amat tepat untuk menyimpulkan ikatan silatulrahim atau "bond of friendship" yang ada pada waktu itu. Rakyat jepun mencari semula kepentingan ikatan tersebut untuk bangun semula selepas tragedi tsunami 2011.
Selain daripada itu, MBBJ juga dapat maklumat yang kanji kizuna terpilih atas sebab kemenangan skuad bola sepak wanita jepun di FIFA Women's World Cup 2011. Mungkin kemenangan yang diperolehi adalah hasil keyakinan dan semangat kerja berpasukan di kalangan pemainnya.
Untuk melihat kanji-kanji lain untuk tahun sebelumnya, boleh lihat di laman
Wikipedia.