03 November 2011

Tips belajar bahasa jepun: Mengajar untuk belajar

Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana nak belajar bahasa jepun mengikut cara yang paling effektif. Saya agak keberatan untuk terus memberikan jawapan sejurus soalan ditanyakan kepada saya. Bukan apa, cara atau kaedah yang paling effektif berbeza mengikut orang dan kita perlu mengenal diri sendiri supaya kita dapat mengenal pasti cara yang paling effektif. Jangan salah paham, mungkin cara saya hanya effektif kepada saya, tetapi tidak kepada anda.

Apa yang penting, kita tahu keupaayan dan tahap kemajuan kita. Kenal pasti kesesuaian keadah, persekitaran pembelajaran dan tahap motivasi masing-masing. Gunakan kemudahan atau "tool" dalam pembelajaran dengan cara yang betul. Saya yakin anda akan cepat untuk menguasai bahasa jepun. Bak kata Abraham Lincoln, "If i had six hours to chop down a tree, I'd spend the first four hours sharpening the axe." 

Keyword di sini, anda perlu bijak menggunakan "tools" yang ada dalam pembelajaran. Banyak bezanya orang yang belajar bahasa jepun secara manual dengan menggunakan "tools" yang ada. Pengunaan "tools" secara optimum, ditambahkan dengan keadah yang betul pastinya akan membuahkan hasil yang kita kehendaki.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kajian kaedah yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan memahami sesuatu yang baru kita pelajari. Kajian yang dijalankan menunjukan kadar pengekalan untuk pelbagai kaedah pembelajaran.

                     Cara Pembelajaran                        Kadar Pengekalan      
                     Mendengar (syarahan)                                      5%
                     Membaca                                                        10%
                     Menonton (drama, anime)                                 20%
                     Menulis (mengambil nota)                                 30%
                     Membincang                                                    50%
                     Melakukan (main peranan)                                75%
                     Mengajar                                                          90%


Kalau kita lihat hasil kajian di atas, kadar pengekalan yang paling rendah adalah cara memahami sesuatu dengan mendengar syarahan semata-mata. Oleh itu, cuba menggunakan anggota badan anda sebanyak yang mungkin dengan menggabungkan kaedah membaca, menonton, menulis, berbincang , main peranan dan sebagainya.

Jika anda sudah berjaya ke tahap itu, saya ingin berkongsi kaedah yang sering saya lakukan. Kaedah ini berkonsepkan "shadowing". "Shadowing" adalah satu kaedah meniru 'native speaker' dengan mengulangi apa yang mereka katakan. Ulang sebanyak yang boleh sehingga anda mendengar diri anda bercakap atau bertutur sama seperti 'native speaker'. Anda boleh mengharapkan peningkatan keupayaan dalam kedua-dua mendengar dan bertutur apabila menggunakan konsep "shadowing" ini.

Berbalik kepada hasil kajian di atas, kita dapat lihat kadar pengekalan ilmu yang paling tinggi adalah menggunakan kaedah mengajar (90%). Kita tidak boleh mengajar sesuatu secara berkesan jika kita sendiri tidak menguasainya ilmu yang nak disampaikan. Dalam erti kata lain, kita perlu untuk memahami subjek dengan baik untuk mengajar secara berkesan kepada orang lain. Kaedah pembelajaran yang menggunakan konsep ini dipanggil "mengajar untuk belajar" dan ianya boleh dilaksanakan dengan mengajar apa yang kita telah pelajari. Tak kira banyak atau sedikit, asalkan kita sampaikan. Tetapi pastikan kita kuasainya dahulu.

Sebenarnya perkongsian kali untuk bukan untuk anda, tetapi untuk diri saya sendiri untuk terus mengajar dan belajar. Tapi kalau anda nak pakai pon takpa hehe. Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan semangat "life-long learning ini". Sore ja...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites