30 March 2011

Kenapa ramai yang risau tentang tekanan darah saya. Perlukah saya pastikan tekanan darah saya rendah?

Jawapan:

Setiap tukang paip akan memberitahu anda bahawa sesuatu paip akan akhirnya pecah jika paip yang membawa air pada tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan yang telah direka untuk paip tersebut. Jika tekanan pada paip bukan sahaja tinggi tetapi berubah-ubah di setiap peringkat atau sambungan, ianya akan lebih cepat untuk pecah  kerana tekanan yang berlebihan pada paip.

Situasi yang sama akan berlaku dalam tubuh manusia ketika tekanan darah di arteri menjadi terlalu tinggi. Arteri dari seseorang yang bertekananan darah tinggi akan menjadi keras, rapuh dan akhirnya akan pecah; dan akan menyebabkan "stroke", serangan jantung atau kecederaan serius kepada organ tubuh yang lain.

Sebahagian besar orang yang mengalami tekanan darah tinggi biasa nya tidak mempunyai tanda-tanda dari masalah tersebut selama bertahun-tahun, tetapi jika anda lambat untuk mendapatkan diagnosis; pada masa anda tahu yang anda mengalami tekanan darah tinggi, mungkin anda sudah terlambat. Setelah menjalani diagnosis, beberapa ujian akan dilakukan untuk melihat punca atau penyebab khusus kenapa tekanan darah meningkat, tetapi kebiasaanya majoriti mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi memiliki ciri-ciri atau asas hipertensi. Pengubatan atau rawatan diperlukan dalam semua kes hipertensi ini untuk mengelakkan berlakunya masalah yang serius pada waktu jangka panjang.

Tiada ubat untuk merawati tekanan darah tinggi, tetapi biasanya ianya boleh dikawal pada kebanyakan pesakit dengan memgambil satu atau dua ubat sehari.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites