23 March 2011

Kelas Bahasa Jepun 2

Otak anda adalah satu ciptaan yang ajaib dan ianya kuat, lebih daripada yang anda sedari. Anda boleh mempelajari hal-hal baru, dan melupakan hal-hal yang tidak betul. Kekurangan semangat untuk pelajari benda baru cenderung memerlukan banyak pengulangan. Anda harus menguasai minda anda untuk memadamkan perspektif terhadap elemen-elemen palsu yang menghantui minda anda selama ini. Jika anda berjaya, pasti anda akan menang.

Dalam mempelajari bahasa jepun (ataupon hal-hal lain) makin cepat anda memadamkan minda anda bahawa ianya "sukar", semakin cepat anda akan mampu membuat kemajuan yang cepat.

Pada awalnya, pertuturan dalam bahasa jepun sangat asing bagi anda, dan kepercayaan diri anda terhadapnya adalah sifar. Pada saat anda mula mendengar dan mempelajarinya lebih mendalam, anda menjadi lebih selesa dan anda akan mula meminati untuk menguasainya. Ini adalah dari pengalaman saya dalam mempelajari bahasa jepun pada satu ketika dahulu.

Saya sangat menyarankan agar anda "berteman" dengan bahasa jepun. Jangan beranggapan bahawa ianya sebagai "raksasa" yang anda ingin jinakkan. Jadikan bahasa jepun sebagai kawan dan sekutu anda, sesuatu yang ingin anda lakukan. Cuba hidupkan kembali semangat untuk cinta belajar seperti kanak-kanak yang baru lahir. Semuanya ingin dipelari bermula dari merangkak hinggalah ingin mencapai sesuatu. Semuanya adalah termasuk dalam proses pembelajaran mereka. Saya yakin sebahagian dari anda masih mempunyai semangat cinta belajar tersebut dan ianya bagus, teruskan!!!

Jika anda melayan bahasa jepun seperti tugas, anda akan lebih sulit untuk mempelajarinya. Mari kita sama-sama berfikir tentang mempelajari bahasa jepun sebagai sesuatu yang menyenangkan anda ataupun anda lakukannya bersama hobi kegeraman anda seperti mendengar muzik atau menonton drama jepun!! Anda akan mendapati ianya amat menyeronokkan.

Ada banyak "sumber" anda boleh gunakan dalam mempelajari bahasa jepun, dan setiap "sumber" memberikan pendedahan kepada anda untuk berlatih dalam satu aatu dua bidang yang tertentu. Sebagai contoh, mendengar muzik jepun dapat membantu anda dalam bidang-bidang berikut:

Menyingkirkan perasaan "asing" Mempelajari perkataan-perkataan yang baru (sambil mengingatinya dengan baik) Belajar cara untuk menyebut

Dalam notes saya ini, saya akan menunjukkan cara terbaik untuk memperbaiki diri anda di setiap bidang.

Jangan bimbang tentang ape yang anda TIDAK TAHU, tetapi anda patut menumpukan tentang apa yang anda TAHU. Mulakan dengan satu langkah pada satu masa. Bak kata pepatah, "Roma tidak dibangunkan dalam sehari". Dari sudut yang lain, anda patut seronok melihat perkembangan diri anda, lihat kembali seberapa jauh anda telah pergi, berapa banyak yang anda telah kuasai dalam satu minggu, bulan atau tahun.

Jika anda tidak biasa untuk mempelajari sesuatu secara bersendirian, jangan risau. Saya akan membantu ada keluar dari kelompok itu seperti mana seorang guru ataupon professor akan bantu anda. Ingat, walaupon anda dalam persekitaran kelas, ianya masih terserah pada anda untuk belajar atau tidak. Jika anda tidak meletakkan diri anda untuk belajar di dalam kelas, sebenar nya anda masih gagal untuk pelajari sesuatu. Sebaliknya, jika anda belajar di luar kelas, dan melakukan kerja rumah anda, anda akan berakhir dangan mememilki sesuatu yang nilainya A. Anda harus kenali diri anda dan kenapa tidak mula belajar dangan style anda yang tersendiri. Selama mana anda mempunya bahan bahan dan bimbingan, anda sepatutnya boleh membuat kemajuan yang memberansangkan.

Sebenarnya banyak lagi tip-tip yang khusus sebagai kemajuan mempelajari sesuatu. Misalnya, ketika anda ingin menghafal senarai kata, waktu pagi adalah waktu yang terbaik. Ini kerana otak anda seperti simen basah, ianya sangat menerima maklumat baru dan melekat dalam otak anda. Pernahkan anda terbangun setelah mendengar satu lagu ataupon bunyi dari jam pengera yang menganggu anda dari tidur dan anda kemudian cuba ingin melupakan bunyi terserbut dari kepala anda? Hampir mustahil. Tip penghafalan di waktu pagi amat memberikan keuntungan kepada ada yang ingin menghafal perkataan baru. Jika anda meluangkan masa sekurang kurangnya 5 ke 10 minit di pagi hari, anda akan melihat perbezaannya. Penyelidikan telah mendapati bahasa anak anak sekolah mempelajari sesuatu dangan lebih baik dalam 1 jam pertama kelas mereka atas alasan yang sama!!!

OK, cukup itu saja saya meleret tentang mempelajari bahasa jepun. Kita masuk nota-nota ataupun apa yang dipelajari untuk kelas yang kedua ini. Dalam kelas ini, masih lagi ditekan kepentingan menghafal hiragana dan katagana. Anda harus terus berjuang dan berjuang dalam menghafal kesemua huruf-huruf hiragana tersebut. Ini kerana minggu depan kita akan masuk ke cara menyatukan hiragana tersebut untuk dijadikan satu perkataan atau ayat. Saya ada berikan satu SOFTWARE yang saya rasa dapat membantu anda dalam menghafal. Ganbatte minna!!!

Kemudian kita masuk kepada contoh beberapa perbualan asas dalam memperkenalkan diri dan ucapan pada waktu pertama bertemu iaitu:


 Kepada yang sudah boleh membaca hiragana:

Sumisu: たなかさんですか

Tanaka: はい、たなかです


Sumisu: たなかさんはがくせいですか


Tanaka: いえ、がくせいでわありません。かいしゃいんです

Hayashi:ごしょうかいします。こちらはやまださんです。すみさんのひしょです。こちらはたなかです


Yamada: はじめまして。やまだです。どうぞよろしく


Tanaka: はじめました。たなかです。どうぞよろし


Dalam perbualan tersebut, saya ingin menekankan penggunaan DESU KA untuk menanyakan sesuatu, pengunaan DESU untuk menyatakan sesuatu, DEWA ARIMASEN untuk menunjukan TIDAK. Selain dari itu, dalam perbualan yang kedua, saya ingin menekankan penggunaan KOCHIRA (sini) dan SOCHIRA (sana). Selain itu juga, jika kita pertama kali bertemu, biasanya kite akan memperkenalkan diri dengan menyebut, HAJIMEMASHITE, ______ DESU, DOUZO YOROSIKU. Jangan risau, kelas pertama dan kelas kedua masih lagi perkenalan kepada bahasa jepun. Kita akan membincangkan topic ini sekali lagi secara detail dalam silibus yang akan saya kuarkan mengikut tahap mana yang kita tuju iaitu saya berharap di ujung kelas ini akan anda semua boleh menduduki ujian level 4!!!

Sambil-sambil anda menghafal hiragana, anda juga boleh menghafal ucapan-ucapan yang saya rasa penting dalam kehidupan seharian kita. Jom bersama-sama menyebut ucapan tersebut dengan penuh semangat:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites