Berjumpa lagi dalam topic cara mengunakan microsoft word phonetic guide. Kepada yang sudah biasa mengunakan fungsi ini di word semasa menulis, boleh skip post MBBJ kali ini. Kepada yang masih belum pernah cuba, boleh buka dulu microsoft word di komputer masing-masing dan ikut cara yang akan MBBJ kongsikan.
Sebelum MBBJ tunjuk cara menggunakan fungsi ini, MBBJ ingin jelaskan kenapa kita perlu menggunakan fungsi ini. Sebagai perkongsian pengalaman, dulu MBBJ gunakan fungsi ini untuk:
- Sebagai memenuhi syarat dalam laporan akhir projek masa belajar duhulu. Report yang disediakan hendaklah mengunakan fungsi phonetic guide ini.
- Mengetahui cara membaca kanji yang susah-susah.(salah satu cara selain menggunakan online dictionary)
Kebiasaannya semasa MBBJ membaca penulisan berbahasa jepun, MBBJ akan rujuk kamus elektronik jika ada perkataan yang MBBJ tidak tahu. Itu pon jika MBBJ tahu cara menyebutnya atau terpaksa mencarinya secara manual (cth. kira bilangan stroke kanji, onyomi dan kunyomi kanji dsb). Part ini MBBJ akan kongsikan kemudian. Berbalik kepada cerita di atas, salah satu cara yang biasa MBBJ lakukan ialah dengan mengunakan fungsi phonetic guide di microsoft word ini.
Mungkin rakan-rakan di luar sana boleh mencuba cara di atas sebagai salah satu pilihan untuk mencari cara membaca kanji. Kalau yang sudah ada add-on atau cara yang lain, tak salah untuk mencuba. Mungkin satu hari nanti anda akan menggunakan fungsi phonetic guide ini. Nak nak kepada yang belajar di jepun dan akan membuat report di dalam bahasa jepun.
Cara nak menggunakannya, untuk post kali ini MBBJ akan gunakan microsoft word 2010 sebagai contoh.
- Mulakan dengan membuka microsoft word dan cuba copy and paste kan sebarang perkataan atau tulisan bahasa jepun yang ber "kanji". Highlight kesemuan perkataan atau ayat tersebut.
- Kemudian pergi ke ribbon font dan pilih icon Phonetic Guide.
- Pop-up paparan fungsi ini akan keluar dan anda boleh menukar setting mengikut citarasa sendiri.Tekan OK.
Kalau icon phonetic guide ini tiada dekat ribbon font di word anda, cuba add kan icon tersebut di Customize the Ribbon. Right click di mana-mana bahagian ribbon font dah pilih customize. Tambahkan fungsi Phonetic Guide tersebut.
Selamat mencuba!!
1 comments:
What is Titanium Prices in a Betting Exchange - TITanium
What is Betting Exchange trex titanium headphones Prices in a Betting Exchange? Find titanium pan out what ceramic vs titanium is Titanium prices in a gold titanium alloy betting t fal titanium pan exchange.
Post a Comment