Koleksi percuma dari MBBJ

Dapatkan koleksi FB Cover, Wallpaper dan Calender MBBJ yang terkini di sini.

Tatabahasa Yoda

Pernah dengar tatabahasa Yoda? Walaupun tonggang terbalik, tetapi menarik untuk dikongsikan bersama

Nihonjin no Shiranai Nihongo - 日本人の知らない日本語

Belajar bahasa jepun sambil melihat JDrama. Menarik dan penuh informasi.

Stay Hungry, Stay Foolish

Kejayaan kurang mengajar kita untuk terus kehadapan, tetapi kegagalan boleh Stay hungry, stay foolish.

Cara menggunakan Rikaichan dan Rikaikun

Add-on firefox yang mesti ada. Memaparkan cara membaca dan terjemahan perkataan semasa melayari website berbahasa jepun.

03 June 2011

Japanese Body Language Part 2


Sambungan daripada Japanese Body Language Part 1.

Untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang jepun melalui bahasa tubuh atau riak muka meraka, kita boleh memahaminya dengan isyarat tangan yang mereka buat.  Isyarat ini berbeza dengan isyarat yang biasa digunakan oleh orang-orang bisu. Isyarat tangan orang jepun agak pelik dan unik kerana ianya ada identiti dan budaya orang jepun itu sendiri.

Ada antara isyarat tangan ini sama dengan isyarat tangan yang digunakan oleh budaya atau etnik lain. Yang menariknya, isyarat tangan biasanya berbeza mengikut kawasan dan budaya masing-masing. Kalau anda perasan, untuk menunjukkan diri sendiri, biasanya kita akan menunding jari ke arah dada sendiri untuk menyatakan 'saya'. Tetapi untuk orang jepun, untuk menunjukkan 'saya', mereka akan menunding jari ke arah hidung mereka.

Banyak lagi contoh-contoh isyarat tangan yang biasa digunakan oleh orang jepun. Nanti saya kongsikan bersama anda. Buat kali ini, cuba lihat antara bahasa tubuh orang jepun yang ingin saya kongsikan.







02 June 2011

Japanese Body Language Part 1


Nak belajar ‘body language’ yang biasa digunakan oleh orang jepun? Jom saya berkongsi dengan anda antara ‘body language’ orang jepun yang mereka gemar buat. Semua orang tahu yang orang jepun ni kaya dengan ‘expression’ ataupun raut muka semasa mereka bercakap. Gabungan intonasi dan raut muka ini menyebabkan bahasa jepun menarik untuk dipelajari. Kalau anda kurang yakin untuk bercakap dalam bahasa jepun, cukup dengan mengayakan apa yang hendak disampaikan boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan.

Munurut kajian, manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan  hanya 30% menggunakan perkataan dan selebihnya terdiri daripada bahasa tubuh (body language) atau perilaku nonverbal. Jadi, untuk berkomunikasi dalam bahasa jepun yang berkesan tidak cukup dengan belajar tatabahasa dan ‘vocab’ jepun sahaja, anda perlu juga ‘master’ dalam menggunakan 70% bahasa tubuh dan isyarat ini.
Rujuk video di bawah. Selamat mencuba!!!

                                    
                                   
                                   
                          

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites